Monday, July 27, 2009

RESULT??

“Salam.. enta 1 jer yg xluls.. anta kna tasfiyyah ykni maddah Al-Quran..”


Sms ni telah saya terima daripada Al-fadhil Sheikh Mufti `allamah Ust Ikram pada tanggal 23 julai baru-baru ni dimana markah-markah peperiksaan akhir semester dikeluarkan. Sehari sebelumnya, ramai sahabat-sahabat sudah mula bertanyakan bagaimanakah dengan result? Jawapan saya hanya tunggu dan lihat esok..


Memang tidak dinafikan debaran yang melanda atas diri saya pada malam itu. kerana peperiksaan kali ini amat payah dan susah. Tidak seperti semester yang lalu. Mungkin kerana ada sedikit keringanan atas sebab-sebab yang tertentu.


Jika tidak lulus satu maddah, kenalah mengambil ulangan pada 28 julai. Begitu juga dengan 2 maddah. Akan tetapi, jika tidak lulus 3 maddah, pihak hal ehwal akademik akan memastikan mereka yang tidak lulus 3 maddah itu akan dimasukkan kedalam semester 3. Begitu juga dengan 4 maddah. Jika melebihi dari 5 maddah mereka akan dikenakan ulangan tahun..


Dan juga telah disyaratkan kepada tahun akhir, mereka tidak layak untuk mengambil konvo dan sijil jika mereka tidak lulus melebihi dari 2 maddah. Mungkin syarat sebegini dilakukan juga di kolej-kolej yang lain. Inilah sebenarnya yang amat merisaukan saya.


Walaupun hanya satu maddah yang saya tidak lulus, yakni Al-Quran, tidak melemahkan diri untuk bersyukur kehadrat Ilahi. Malahan tergelak ayahanda dan bonda pabila dimaklumkan keputusan saya itu. Bagaikan tidak percaya kerana selama ini tidak pernah lagi tidak lulus dalam maddah Al-Quran. Mungkin takdir Ilahi.


Setelah keputusan itu telah di’comfirm’ kan sendiri oleh ust zailani ( bahagian akademik ), ust ada mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang dimaklumkan. Kemudian, rakan saya menghantar sms,

“macam mane aku nagn ko bleh xlulus al-quran? Pelik tul.. yg xhafiz boleh dapat jayyid jiddan.. yg hafiz dpt dhaif jiddan.. ape cer??”


“eh, aku ingat aku sorg jer yg xlulus.. ko pun xlulus gak ek? Haha.. gi nek bas ngan aku la 26 ni yer..kih3. aku pun xtaula.. mls plk nk gi. Yelakan, kalo makbul tu boleh terima lagi la.. ni dhaif jiddan tuu..xpe la nk aku try member kudqi cek balik..” saya menjawab..


Markah untuk dhaif jiddan ialah lingkungan 15-20 perseratus. Seperti mana yang ust zailani mengatakan, ada sesuatu yang tidak kena. Dan yang amat memushkilkan saya ialah dhaif jiddan. Bukan kerana tidak puas hati dengan markah tersebut. Tetapi seperti tidak memadai dengan jawapan yang telah saya tulis waktu exam.

Setelah menghubungi rakan-rakan di KUDQI, mereka memberitahu saya pihak atasan akan menyemak kembali markah-markah yang telah dikeluarkan. Mereka akan memaklumkan pada 26 julai jika ada perubahan. Maka perasaan debar datang kembali. Dengan harapan LULUS..


Kemudian pada tarikh yang dijanjikan, keputusan yang baru telah diumumkan. Rakan-rakan yang lain sudah mengetahui markah mereka. Saya mengambil keputusan untuk ke Klang untuk melihat sendiri markah yang bakal diperolehi..


Semasa dalam perjalanan ke klang, seorang rakan saya menghubungi saya dan memaklumkan bahawa saya lulus dalam maddah Al-Quran.. begitu juga dengan rakan yang tidak lulus bersama saya itu. namun begitu masih terasa untuk melihat sendiri keputusan yang diumumkan.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala diatas pemberian nikmatnya dan rasa kasihnya kepada hambanya yang lemah ini, bukan sahaja Al-quran, tetapi lulus kesemuanya..


Ingin saya ucapkan bebanyak terima kasih dan syukran atas pertolongan kalian membantu dan memberikan saya semangat ketika peperiksaan hari itu sehinggalah kini..


Semoga kalian juga memperolehi markah yang lebih tinggi dari saya.. semoga dapat konvo dan menerima sijil bersama..aminn


Wallahua`lam..


p/s:

-firman Allah swt

“ barang siapa yg bersyukur, akan aku gandakan nikmatnya.. dan barang siapa yang ingkar, sesungguhnya azabku amatlah pedih..”


- sheikh iqre, jazakallahu khair...=)haha


-dan barang siapa yang nk tahu markah saya, tanye sendiri lah yer…=)

5 comments:

ramadhan subky latif said...

wassalam... terima kasih Pak Karamu =)

Anonymous said...

congrats2 lulus :) ..
maddah itu apa ye? klu ikut ayat cam paper or subjek mata pelajaran ek hehe. ni org xbelajar bhs arab main translate je

ramadhan subky latif said...

syukran......
aah, btul tuh maksud die.. boleh la jadi translater pas ni yer...hihi...gaji pun banyak per... ngeh3..

missherny said...

wah2..
tahniah la..
suspen jugak baca ayat pertama awak tu..
but i know.
at the end msti ada something yg berubah..:)
congrats ya.

ramadhan subky latif said...

syukran...=)
saje wat suspention sikit..kihkih..
n thanks for ur visit n comment...