Thursday, December 16, 2010

HOBI DI HUJUNG MINGGU..


( Challet atas bukit..)



(pemandangan dari challet)


( saje2 je nak tunjuk gambar padang kat DUZAK hehe..)

“Dan, bile nak gi Eikenhof lagi?? “ tak sabo aku nak lumbe kude nih.. “ tanya seorang teman..

“Eh..untuk aku 2 kali sebulan ke sana harus tau. Nanti aku bagitau balik “ jawab saya.

Eikenhof, satu kawasan yang terletaknya 5km dari Darul Uloom Zakariyya. Kawasannya yang dipenuhi dengan bukit bukau serta padang tanaman jagung yang besar seluas 2 km. Jadi, kalau nak ke Eikenhof tu, pasti akan melalui padang jagung tu. Tidak lupa juga ada padang ragut untuk haiwan ternakan dilepaskan berdekatan dengannya. Kiranya, Eikenhof ini, dipenuhi dengan ladang-ladang yang menghijau serta kandang-kandang haiwan ternakan seperti lembu,kambing, ayam dan sebagainya. Maka, di situ jugalah terletaknya “Stirrup” iaitu nama tapak perkemahan untuk memburu haiwan dan tapak untuk menunggang kuda. Tapak perkemahan ini sebesar 2-3 km kalau tak salah. Dipenuhi dengan padang-padang yang luas serta bukit bukau. Kalau datang untuk berkemah pada waktu malam, boleh nampak binatang-binatang seperti kijang, kuda belang, seladang dan sebagainya. Tetapi yang pasti, harimau, singa atau yang sama waktu dengannya tu, tak ada di situ. So, tempat yang aman damai dari binatang buas.

Waktu mula-mula naik kuda dulu, memang agak takut. Yelakan, tinggi betul kudanya. Umur sendiri waktu tu pun baru 14 tahun. Lepas tu terdengar pula berita tentang aktor superman pun lumpuh setelah jatuh kuda. Oleh kerana nak ambil pengalaman punya pasal, cuba jugaklah. Beramai-ramai dengan teman se-Malaysia . Kuda yang pertama saya tunggang berwarna putih. Namanya Marsha.

Pada permulaannya tu slow and steady je tunggang kuda. Cuba untuk selesakan dengan kedudukan atas para tu, belajar sikit-sikit macam mana nak ke kiri dan ke kanan. Dan yang penting sekali belajar macam mana nak stop. Oleh kerana masa yang diperbolehkan untuk menunggang hanya selama sejam (tergantung atas pembayaran yang dilakukan), salah seorang senior kami mengajak ramai-ramai ke padang yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut. Sebesar padang bola. Di situlah saya dan teman yang lain, cuba untuk menguji pengetahuan masing-masing tentang teknik menunggang kuda ini dengan berlumba. Subhannallah, cukup menarik sekali sewaktu di atas kuda ketika ia sedang berlari. Rasanya naik motor selaju-lajunya pun tidak akan dapat merasai seperti di atas kuda. Makanya, tidak ada faedahnya merempit. Hehe. Bila dah berjaya menungang kuda dengan laju, hilanglah semua rasa takut-takut yang pernah menyelubungi diri. Alhamdulillah..

(namanya Marsha)

Selepas dari hari itu, kerana rasa terlalu seronok menunggang kuda, saya sendiri menetapkan jadual untuk menunggang kuda 2 kali sebulan. Sebenarnya, nak ikutkan tiap-tiap minggu nak pergi. Tetapi pembayaran yang perlu dilakukan agak mahal untuk sejam. Setiap tahun akan meningkat sebanyak 10 rand = rm 5. Cukupla 2kali seminggu tu. Boleh dikatakan sudah menjadi hobi saya untuk menunggang kuda. Rasanya tak boleh kira dah beberapa kali menunggang.

Kerana terlalu kerap sekali saya ke sana, hinggakan tuan tanah itu sendiri sudah mengenali diri saya. kadang kala, dia memberikan waktu extra sejam untuk menunggang kuda secara percuma. Sebagai ganjaran kerana sering datang beramai-ramai.

Setiap kuda mempunyai level-levelnya. Ada yang beginner, ada yang medium, dan yang terakhir expert. Yang beginner ini, sesuai untuk orang yang baru pertama kali menunggang kuda. Sedikit malas dan tidak begitu pantas larinya. Yang medium pula, kuda yang sedikit jinak, kadang kala itu malas, tetapi ia berlari dengan laju. Dan yang terakhir, expert, sesuai dengan levelnya, kuda yang agresif, sukar untuk dikawal dan larinya juga agak kencang. Seringnya saya hanya menunggang yang medium. Pernah sekali saya diberikan kuda yang expert. Oleh kerana terlalu ganas, saya terjatuh sekali dan langsung dipijak olehnya. Alhamdulillah, cedera yang saya alami tidak begitu teruk. cuma luka di badan di tangan. Selepas itu terasa fobia untuk memilih yang expert.

Tetapi, yang menariknya, lepas kejadian itu, setiap kali saya datang ke sana, pasti akan ada seekor kuda ini yang akan menghampiri saya. Sangat jinak. Seakan saya ini tuannya sendiri. Setelah diperhatikan, ternyata kuda yang sama itulah pernah menjatuhkan saya. Mengapa ia begitu jinak tiba-tiba, wallahu`alam hingga sekarang saya sendiri tidak tahu. Oleh kerana kejinakkannya itu, saya memberanikan diri untuk menunggangnya sekali lagi. Alhamdulillah, memang tidak ada apa-apa yang berlaku. malahan, kuda ini amat mudah untuk dikawal sedangkan ia adalah kuda berlevel expert. Oh ya, kuda ini bernama Ziggy. Maka, setiap kali ke sana, kuda itulah yang sering tunggang hingga ke akhirnya.

( ini lah Ziggy.. tinggi jugak.. )

Kini, semua itu sudah tinggal kenangan. Sudah lama meninggalkan negara selatan itu. Wallahu`alam, tidak tahu bila lagi akan ke sana. Ada juga cuba untuk mencari tempat ternakan kuda di Malaysia. Ternyata tidak sebebas seperti sana. Dengan kawasannya yang kecil dan waktu masa untuk menunggang sangat terhad. Cuma di Terengganu, di pantai teluk ketapang, dapat saya melepaskan rasa rindu untuk menunggang dengan bebas di tepi pantai, setelah sekian lama tidak menunggang. Rasa saying sekali hobi yang ada ini ditinggalkan begitu sahaja. Terasa seperti ingin membeli dan menternak kuda sendiri. Tetapi, semestinya kos penjagaan kuda ini tidak semudah yang dijangka. Takat ini, cukuplah sekadar menunggang sekali sekala di ketapang, itu pun sekiranya pulang ke kampung di Kuala Terengganu.

Wallahua`lam..

( yang ni kuda lain pulak.. namanya, Casper.. dan yang sebelah tu, nama dia Naufal. keh3..nama kuda tu xingat dah.)

P/S : Menunggang kuda juga dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Seluruh otot akan bergerak. Makanya, kita juga akan berasa sedikit keletihan setelah menunggang kuda. Lihat betapa indahnya sunnah Nabi Saw, bukan sahaja terasa nikmat dengan beramal dengannya, malahan dapat menjaga kesihatan kita sendiri. sama-samalah kita mengamalkan sunnah Nabi Saw, walaupun tidak dapat mengamalkan kesemuanya, sekadar kemampuan kita juga ada pahalanya.

- Pernah sekali waktu ingin melihat kuda sepupu bonda di Terengganu, kebetulan di kandang yang sama ada kuda milik Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan. Sayangnya kuda milik Sultan Mizan tidak begitu sihat. Tak dapat nak cuba menunggangnya. ^_^

Wednesday, December 15, 2010

SAYA & NASYID...


Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana.

-Secerah pawana-

Lagu inilah yang membuatkan diri ini meminati nasyid hingga sekarang. Zaman kegemilangan kumpulan Nada Murni mendendangkan bait-bait kata yang cukup indah lagi bermakna. Kemudian setelah beberapa tahun, menyusul pula kumpulan RAIHAN dengan album pertamanya “Puji-pujian”. Waktu ini, lagi dahsyat aura nasyid ni. Setiap kali dengar je, tangan mesti nak berkompang sekali. Tengah makan ke, dalam kereta ke, or mana-mana je, mesti berkompang. Sampai kene marah dengan bonda pun ada. Ye la kan, bising satu hal, pastu, bekas-bekas makanan jadi mangsa kompangnya. Lagi-lagi meja makan. Sedap bunyinya bila di palu. Tapi bila ketuk kompang betul, sikit pun tak menjadi. Hehe. So, dari sekolah rendah, hingga ke luar negara pun, semangat nasyid ni tak hilang.

Tapi, waktu di africa, kebetulan berangkat ke sana lepas raya. So, lagu paling fames waktu tu, lagu “ Lebaran Aidilfitri “ gabungan ahli-ahli kumpulan nasyid. Antaranya, Raihan, Yassin Brothers, Man Bai dan ramai lagi. Memang terus beli kesetnya. (pakai walkman je dulu..^_^) dengan harapan boleh dengar puas-puas di asrama. Tapi, sayangnya, baru seminggu dengar, terus kene rampas dengan ust. Pelik juga pada mulanya, kenapa kene rampas pulak. Dengan dalam bilik je pun, bukan kat kelas. Bila tanya balik ust tu, dia jawab,

“ no music allowed in this place.. don`t you know it`s Haraam?? “

Lagi terkejut dengar jawapan ni. Kenapa tiba-tiba haram pulak? Oleh kerana speaking waktu tu memang fail, tak nak la tanya banyak soalan. Terus balik bilik. Lama lepas tu, barulah tahu, rupanya ada perbezaan pendapat tentang musik. Pada pendapat sesetengah ulama`, memang musik yang berkaitan dengan gitar dan segala macamnya tidak dibenarkan, kecuali kompang. Dan sebahagian ulama` membolehkan, asalkan ianya tidak melalaikan. Makanya, kurangla mendengar nasyid-nasyid Malaysia waktu di sana. Kalau dengar pun, secara senyap-senyap. So, bukan bermakna tidak ada nasyid di south africa. Di mana-mana juga ada. Cuma tanpa musik. Kadang-kadang sedap juga mendengar versi suara sahaja. Itulah alkisahnya. Dan pada akhirnya, semangat nasyid itu tetap ada walaupun lama tak dengar. Bila dapat pulang ke tanah air, update balik nasyid-nasyid yang tertinggal. Sampai la sekarang.

Akhirnya, waktu belajar di Institut Pengajian Azhar,Klang, terdetik pula dalam hati ingin menubuhkan kumpulan nasyid sendiri. Kebetulan, ada juga yang mempunyi semangat yang sama. Maka, kebetulan pada tahun 2008, ada majlis “Malam Kesenian Islam” di Klang. Maka ada jemputan untuk membuat persembahan. Waktu itulah, terwujudnya sebuah kumpulan nasyid dari mahasiswa Institut Pengajian Azhar yang dinamakan FIL-HEART.

Fil-heart adalah slogan dwi bahasa, yang terdiri dari bahasa Arab yaitu Fi- في yang bererti “dalam” atau “di dalam”, dan Heart dalam bahasa ingris yang bererti “Hati” . apabila di terjemahkan kedalam bahasa melayu, terbentuklah ia menjadi “ dalam hati “.

Kumpulan ini bukanlah sebuah kumpulan yang formal. ianya diwujudkan hanya untuk membuat show undangan khusus, sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja. Maka, ia tidak mempunyai album sendiri, studio sendiri dan sebagainya. Persembahan yang pernah dilakukan setakat ini, Cuma 3 sahaja.

Yang pertama, pada tahun 2008, di “Malam Kesenian Islam” Klang,

Keduanya, pada tahun yang sama juga, di Balai Umum, di Klang juga,

Dan yang terakhir, pada tahun 2009, di Karnival Keusahawanan & Pertanian, Anjuran kerajaan Selangor, di Klang.

(persembahan pertama, 2008)

( jemputan kerajaan Selangor, 2009)

Inilah hasil dari semangat yang terbina dari kecil. Walaupun tidak banyak yang dapat dipersembahkan, dapatlah juga serba sedikit pengalaman bersama teman-teman seperjuangan. Tidak mementingkan suara semata, tetapi dengan harapan, dapat menyampaikan bait-bait dakwah kepada saudara sesama islam yang lain. Itulah di antara tujuan utamanya sehingga sekarang.

Dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah taala, dengan limpahan rahmat dariNya, setelah sekian lama tidak bergerak kerana berada di negara jiran, terdapat juga jemputan dari teman-teman Indonesia yang menjemput untuk tampil ke hadapan mereka dengan mendendangkan nasyid-nasyid Malaysia di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Dengan persembahan yang telah dilakukan, selain dari penyampaian meseg dakwah Islami, kami juga berjaya mengeratkan lagi ukhuwah bersama teman-teman Indonesia. Dan syukur Alhamdulillah, dengan penampilan anggota baru, dapat juga membuat sedikit persembahan di Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia, baru-baru ini.

Kiranya, secara automatik banyak pengalaman-pengalaman baru telah diperolehi sewaktu di sini. Dengan semangat yang dahulunya kompang menggunakan meja, tupperware dan sebagainya, kini mencuba sendiri menyampaikan pesanan-pesanan dakwah kepada yang lain. Begitu juga dengan teman-teman yang lain.


( di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia,

Malaysian Festival 2010 )

Wallahu`alam..

P/S : sesungguhnya, setiap manusia yang bernyawa, di mana sahaja mereka berada, pasti akan ada sesuatu yang baru akan mereka hadapi. Itulah yang akan menjadi pengajaran kepada diri. Sekiranya tersalah guna, perbaikilah ia.. dan sekira baik, hiasi lagilah ia.. kerana itulah manusia akan sentiasa belajar sehingga akhir hayatnya.. ^_^

- Bukan untuk promosi yer.. hehe.. sekadar perkongsian..

- Terasa juga nak buat album, tapi rasa tak mampu lagi pulak...

Thursday, November 4, 2010

MEMASAK..

“Dan, daurah nak buat da`wat untuk budak Malaysia nanti, ko masak boleh? “ Tanya seorang teman kepada saya suatu ketika duhulu di Darul Uloom Zakariyya, South Africa.

“Nak masak mende pulok?” Pertanyaan saya kepadanya.

“Ikut suke ko la. Dieorang tak kisah pun..” Jawabnya.

“insyallah boleh2. Tapi bukan aku sorang la ek..” Balas saya kembali.

“ok.. nanti aku inform balik..” Balasnya sambil berjalan pergi.

Daurah adalah title yang diberikan kepada kelas `alim tahun akhir. Apabila mereka tamat, setiap seorang dari mereka akan diberikan title ‘Moulana’. Itulah saat yang paling menggembirakan mereka apabila tamat pengajian di DUZAK setelah 7 tahun mereka berjuang bersama-sama.

Dan ‘da`wat’ pula bererti ‘jamuan makan’. Dari mana asalnya perkataan ini saya juga tidak tahu. Oleh kerana di sana sering menggunakan da`wat, maka terikut-ikut jugalah tanpa ingin tahu dari mana asal-usulnya.

Memang telah menjadi kebiasaan apabila ada di antara student Malaysia yang bakal menamatkan pengajian, mereka akan memberi da`wat kepada student Malaysia yang lain sebagai tanda memberikan sokongan terhadap mereka-mereka yang masih dalam pelayaran. Sepatutnya student daurah yang diberikan jamuan, tetapi terbalik pula yang terjadi. Itulah rutinnya setiap tahun.

Bukanlah saya ini seorang yang handal dalam memasak,sehingga dijemput memasak. Sekadar membantu dalam masakan, insyallah boleh. Kalau nak masak apa-apa, mesti rujuk buku masakan dulu untuk cara yang mudah. Nasib baik ada yang bawa buku masakan dari Malaysia. Tapi kadang-kadang buku kata lain, saya buat lain. Asalkan sedap dan jadi je la.

Teringat semasa pertama kali saya belajar memasak. Waktu itu baru berumur 15 tahun. Selalunya di cuti hujung minggu kami semua akan memasak beramai-ramai. Saya hanya mampu melihat cara sahabat-sahabat senior saya memasak. Tapi kebetulan pada satu hari itu, sahabat-sahabat senior keluar dan akan pulang keesokan harinya. Maka, pada malam harinya, saya dan sahabat yang seangkatan dan seumur saya hanya duduk di dalam bilik dan bersembang. Tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran saya untuk memasak.

“ko tahu masak ke?” tanya salah seorang teman.

“ntah belum cuba belum tahu. Boleh kot, sebab aku ingat dieorang masak camne.” Jawab saya.

“ok la. Ko masak. Aku potong bawang..” balasnya.

Oleh kerana terlalu lapar mungkin, so, nothing impossible la. Yang saya ingat untuk masak waktu itu ialah nasi goreng. Nasib baiklah kami semua sudah dilatih oleh senior-senior untuk masak nasi. Begitu juga potong bawang, agar mudah mereka memasak. Dan tidak lupa juga akhir sekali, selepas masak kami juga yang membasuh. Satu package la kiranya.

Sewaktu tumis bawang semua, saya membayangkan warna nasi goreng itu adalah warna kekuningan. Sama seperti mana masakan bonda di rumah. Tetapi, yang meragukan saya ialah, bagaimana untuk menjadikan nasi itu berwarna kekuningan. Apakah dengan mencampurkan nasi dengan tumis itu sahaja atau dengan minyak yang banyak. Maka, saya bertanya kepada teman saya yang ada, mungkin mereka ingat cara-caranya. Akan tetapi, jawapan mereka semua ialah “tidak tahu”. Setelah itu saya cuba ingatkan kembali. Dan ternyata tidak berhasil.

Sewaktu mencari bahan-bahan rempah di dalam kotak, ternampak serbuk kunyit. Dalam hati saya berkata, “ini kot yang wat nasi jadi kuning..” Tanpa fikir panjang, saya tumiskan sekali serbuk kunyit bersama tumisan tadi, campur air sedikit sehingga menggelegak, kemudian campur dengan nasi. Apabila melihat nasi tadi menjadi kekuningan, saya menghembuskan nafas panjang. Dalam hati memuji diri sendiri, “jadi jugak nasi goreng aku..” hingga terlupa untuk mencuba apakah rasanya.

Sewaktu ingin menghidangkan, salah seorang teman mencuba. Sambil terbatuk dan menjelirkan lidahnya, beliau berkata,

“ dan, ko masak mende ni? ni nasi kunyit la..”

Sahabat yang lain menyelit, “eh, patutlah kuning je aku tengok..”

Apabila kami semua rasa, ternyata rasanya tawar , hamis, dan berminyak. “loh, aku ingatkan letak kunyit.. lupe pulak nak rasa. Hahaha…” jawab saya sambil tergelak. Kemudian diikuti gelak tawa teman yang lain. Maka kesudahannya, membazir satu periuk nasi buang dalam tong sampah.

Setelah kejadian itu, saya belajar sedikit demi sedikit masakan-masakan Malaysia. Alhamdulillah, berjaya akhirnya untuk memasak nasi goreng dan sebagainya.

Sewaktu da`wat daurah tersebut, saya cuma memasak nasi ayam. Walaupun, tidak seenak kedai nasi ayam yang ada di Malaysia, makanan semua berjaya dihabiskan. kata teman yang lain, “ko duk rilek pulak.. kiteorang gi basuh.. “

“beresss..” jawab saya..

P/S : ilmu itu bermacam-macam. Ada yang berpraktikal, ada yang tidak. Maka, yang berpraktikal itu, perlulah kita cuba sendiri untuk mengetahui apakah kita benar faham dengan teori yang diajar. Agar nampak gambarannya. Contohnya, ilmu berkenaan dengan haji, kita tahu kaedah-kaedahnya, tetapi selagi tidak kesana, kita tak akan dapat gambarannya. Maka, jangan mengalah dengan percubaan kali pertama. Berusahalah untuk berjaya untuk kali kedua.

Wallahua`lam..

Wednesday, November 3, 2010

BUAT NOVEL??

Sememangnya terlalu lama tidak meng’update’kan blog ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kerana tak tahuapa entry yang perlu di update kan. Mungkin terlalu banyak dalam kepala memikirkan tentang tajuk-tajuk yang sesuai.

By the way, tengah-tengah hujan petang tadi, berjalan pulang dari kampus ke rumah sewa, terlintas tiba-tiba dalam kepala nak buat novel. Sambil dengar nasyid-nasyid yang ada dalam henset ni, tengok sekeliling dapat pulak ilham tajuk apa yang nak buat. Tetapi, bila fikirkan balik, untuk buat novel tu bukanlah semudah yang dijangka. Tutur bahasanya perlulah jelas dan mudah untuk difahami. Apatah lagi ceritanya, perlulah menceritakan yang fakta semata.

Sebenarnya memang lama dah terasa nak buat novel. Kalau bukan novel, mungkin update di blog sahaja. Ini semua adalah ilham sebelum tidur sejak dari bulan puasa tahun 2010 ini lagi. Tajuk yang baru keluar ialah "Selama Hidup Dibawah Naungan Al-Quran dan Perjalanannya". Panjang bukan? Ini cuma tajuk yang spontan.

Rasanya, updata di blog je kot. Rasa tak layak pulak untuk menulis novel ni. Mungkin cerita tentang kehidupan yang dialami sendiri. Perjalanan yang mungkin nampak mudah dari pandangan mata orang lain,tetapi apa yang telah dialami tidaklah semewah yang disangkakan. Ada suka dan dukanya.. Wallahu`alam..

Insyallah kalau ada masa yang kosong, akan saya meng’update’kan blog ini. Esok ada ujian tengah semester pula. Nak update ni pun kena type dalam Word dulu, lepas tu baru copy paste masuk dalam blog. Supaya senang nak edit nanti.

Ok, sampai sini dulu, pendek entry ni. Bila pulak nak update agaknya. Wallahua`lam.

ilal liqa`... Wassalam

p/s : maaf bahasa berubah2. Rasenya pasni kena type dalam bahasa biasa je. Campur2 baku sikit. Asalkan tak rosak bahasa ibonda..^_^

Wednesday, October 20, 2010

KEMBALI..

Harapan dari setiap insan,

kesenangan serta ketenangan,

menjalani hidup ini tanpa ada cobaan..


Sayang harapan itu tak pasti,

kerna cobaan akan terjadi,

tuk menguji sabar diri

dan ketaqwaan..


Akankah kita tetap tegar,

menjalaninya dengan keikhlasan,

ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan..


Katakanlah,

Kami ini adalah miliknya Allah,

yang akan kembali kepadaNya,

kapan dan dimana saja..


Dan berdoalah,

Mohon ampunan dari semua kesalahan,

agar mendapat keredhoan

dan pertolongan..


Sayang harapan itu tak pasti,

karna cubaan akan terjadi

tuk menguji sabar diri,

dan ketaqwaan..


Akankah kita tetap tegar,

menjalaninya dengan keikhlasan,

ataukah terjerumus ke dalam keputus asaan..


Katakanlah,

Kami ini adalah miliknya Allah,

yang akan kembali kepadaNya,

kapan dan dimana saja..


dan Berdoalah,

Mohon ampunan dari semua kesalahan,

agar mendapat keredhoan,

dan pertolongan..dalam ujian..

Monday, April 5, 2010

SETELAH KIAN LAMA..

assalamualaikum wrt..

alhamdulillah, setelah kian lama betapa memerah kepala ni,akhirnya dapat jugak ilham untuk menulis serba sedikit dalam blog ni.. hanya sekadar update sedikit.. pertama2nya, syukur alhamdulillah, dengan anugerah kekuatan ingatan dari Ilahi, masih dapat ingat password blog ni.. almaklumlah, dah lama xbuka.. haritu, dah salah dua kali dah.. takut jugak kot2 salah kali ketiga, terus kene block pulak blog ni.. fobiaaa.. huhu..

bila cerita pasal block ni, teringat satu ketika dulu, bonda meminta saya mengeluarkan duit dari ATM. ( waktu itu ada di KL SENTRAL..) so, selalunya, bila diminta untuk memilih bahasa, saya lebih selesa menggunakan bahasa english dari bahasa malaysia.. ( bkn dah lupe asal usul eh.. dah bese dgn b.i.. tp SPM B jgk..hahaha) so, waktu itu cuba memberanikan diri untuk memilih bahasa malaysia , ( macam meletup pulak ATM tu kalo xguna bahsa msia..=) ) bila dah pilih bahasa, diminta tuk memasukkan nom pin.. pastu, tertera pulak perkataan "akuan semasa, akaun simpana dan akuan ape ntah..( xingat..hehe.. ) so, waktu tu, dalam kepala tengah dok mikir, " alahai.. ape pulak beza akaun simpanan dan semasa ni.. " rasenya macam sama je.. so, kenela translate pulak dalam bahasa english.. jadila " current account n savving account.. tapi bila dah translate, baru perasan.. selama guna ATM ni. xterpikir pulak ape beza current n saving.. selalu dok tgk org tekan kat saving, ikut jela kan..haha

kemudian, bile dah tekan simpanan, kad bank pun keluar.. nak kuarkan berapa banyak pun xtanya lagi.. dalam kepala pikir, " mungkin salah tekan kot.. kene tekan akuan semasa agaknya.." ( dah mula confius dengan benda yang confius ni.. double confius laaa..) so, masuk kan kad balik, pilih bahasa m`sia jugak ..( xpuas hati..huhu ) then, tekan kat akuan semasa.. dah tekan tu, tertera pulak, " transaksi anda tidak berjaya " alahai... sabo jelaa... dah beratur org kat belakang ni haa..

last sekali, terpaksa cuba balik dan memilih bahsa english.. bile dah tekan saving account tu, pun sama jugak.. xberjaya.. dok belek kad bank tu.. apehal pulak la dengan kad bank ni.. so, try balik.. dalam bahasa english jgk, bila tertera " insert pin, baru la terpikir, " eh dia minta nom pin kad ni la.. bkn kad bank sendiri.." aduh... kenapa la baru nak perasan kad bank tu bonda yang punya.. padan la asyik kene tendang je( hahaha )

so, bile balik umah, bgtau kat bonda tak dapat nak keluarkan duit. bile tanya kenapa, saya jawab, " salah pin kod pulak.." .. bonda tanya, "ai, selama ni xpernah salah pun??" saya jawab balik, " harini cuba guna ATM tu dalam bahasa malaysia.. terlalu fokus nak paham ape yang ATM tu tanya, keliru sampai terlupe tu kad mak.. terletak kod bank sendiri laa..kene block la jawabnye.." pastu bonda gelak je.. sampai ke malam kene gelak.. huhu.. lagi2 bile kakak sulong ni tahu..( hahaha ) so, sejak dari hari tu, bile keluarkan duit dari ATM, guna bahasa english je.. sampai la sekarang... dah fobia... nasib baik la kat indonesia ni, ATM dia ada bahasa english.. bahasa malaysia pun xlulus, apatah lagi bahasa indonesia.. ( hahahaha )

so, rasenya takat ni dulu untuk pembukaan update tuk tahun 2010 ni.. lame dah pikir nk update. tp, xsampai2 ilhamnya.. ni baru sampai sikit2.. xtau la bile lagi nk update ni..hehe.. so, minta maaf banyak2 kerana baru sekarg baru nak update.. banyak cerita sebenarnya.. tapi, nk cerita pun, kene tengok keadaan jugak kan.. takut org terkejut membaca je cerite yg xpatut cerita.. haha..

takat ini je dulu.k. insyallah, ada masa, saya akan update blog ni sentiasa... akhir kalam, wassalam...

p/s : maaf post yg ni guna bahasa pasar je.. haha..