Monday, December 14, 2009

AYAHANDA..

( aidilfitri 08 )

“ Apak… apakk… apakkk…” jerit ku.. “ya..” jawab ayahanda.. “ assalamualaikum apak..” sahut ku kembali sambil mencium tangannya dan pipinya.

Apak, panggilan adik-beradikku dari kecil hingga sekarang untuk ayahku yang ber'slank' Perak bermaksud "ayah". Teringat sewaktu kecil, ketika masih bersekolah rendah. Tidak pernah tinggal memberi salam kepada ayahanda sebelum masuk tidur. Tidak kira di mana pun, tetap akan memberi salam kepadanya. Selagi beliau tidak menyahut panggilanku, selagi itulah namanya ku jerit. Bonda dan adik beradik yang lainnya Cuma menggelengkan kepala. Kerana hanya diriku seorang sahaja yang berkelakuan sebegitu dalam keluarga. Namun pun begitu, ayahanda hanya melayan karenahku tanpa mengatakan apa-apa. Hanya senyuman sahaja yang beliau berikan.

Beliau adalah anak kelahiran setiawan, Perak, di lahirkan pada tarikh 28 julai 1940. Beliau adalah seorang yang sentiasa serius sama seperti bonda. Akan tetapi tidaklah segarang bonda.( hehe ) namun pun begitu, beliau amat tegas jika ianya berkaitan dengan solat jemaah. Boleh dikatakan setiap solat fardu, beliau akan ke surau ataupun masjid-masjid berdekatan. Setiap setengah jam sebelum azan, beliau akan mengajakku atau adik bongsu ku ke masjid bersama..( kerna yang selalu ada di rumah cuma diriku dan adikku..)

Beliau juga telah menetapkan masjid yang perlu pergi untuk setiap solat. Setiap solat subuh, telah ditetapkan ke Surau an-Nur, koperasi Polis. Solat zohor di Masjid Saidina Ali, Padang Balang. Solat asar di Surau an-Nur. Solat maghrib dan isyak ke Surau Tarbiyyah, Taman Melewar. Jika ada kuliah di markaz, beliau akan ke markaz untuk solat maghrib dan isyak. Itulah rutin harian beliau..

Yang amat ku hormati terhadap ayahanda ialah, beliau sering bangun di tengah malam untuk menunaikan solat tahajjud. Boleh dikatakan setiap hari beliau memulakan pagi dengan menjamu hidangan pahala di waktu pagi dari yang maha Esa. Tidak menghiraukan lagi keasyikkan malam yang aman untuk dibuai mimpi-mimpi. Beliau lebih suka untuk mengutip pahala-pahala yang berterbangan di kamar suci. Ketika beliau menunggu kami di dalam kereta di waktu subuh untuk ke surau, alunan zikrullah masih tidak berhenti-henti. Tidak jemu berzikir sehingga matahari mulai terbit. Subhannallah. Walaupun beliau tidak berstatus ulama` tetapi bagiku, amalan-amalan beliau sudah hampir setaraf dengan ulama`.

“Ya Allah Ya Tuhanku, terimalah segala amalan-amalan ayahandaku.” Amin. Semoga diriku dapat mengikuti jejak langkah beliau.

Setelah terbitnya matahari, beliau akan melakukan senaman pagi sebagai “warm up “ untuk memulakan kerja harian beliau iaitu, menaip. Dari mula isyrak hingga ke zohor beliau hanya berada di bilik untuk menaip artikel-artikel yang bakal di siarkan ke dalam harakah dan siasah.

Teringat sewaktu beliau berucap ketika mana rombongan dari KUDQI, Terengganu datang ke rumah untuk bertemu ramah bersama ayahanda, beliau ada berkata,

“ saya tidak pernah rasa jemu untuk menaip walaupun berjam-jam saya mengadapnya. Itulah kerjaya saya. Dan saya akan teruskan menaip sampai bila-bila. Saya berasa lagi jemu jika tidak menaip..”

Benar katanya, sekiranya beliau tidak dapat menaip, beliau akan berasa tidak selesa. Kadang kala, jika ada apa-apa yang belaku dengan komputernya, lantas beliau akan menyuruhku untuk melihat apa masalahnya. Kalau komputernya bermasalah di awal pagi, di waktu itu jugalah beliau akan mengejutku. Amat bersusah hati jika tidak dapat menaip dalam satu hari.

Bukanlah bermaksud beliau tidak pernah berehat. Selalu juga kami sekeluarga bercuti. Jika ada rezeki kami ke kampung. Sewaktu di kampunglah beliau akan berehat secukupnya. Jika beliau dapat bertemu dengan rakan-rakannya yang lama, lagi gembiralah beliau. Itulah yang menggembirakan diriku pabila dapat melihat ayahanda sedang bergembira. =)

Yang lagi menggembirakan beliau ialah pabila dapat diusik oleh cucu-cucunya. Lagi-lagi cucunya yang sulong, Raja Dhia Nazneen Insyirah. Jika ayahanada sedang menonton television, cucunya akan datang mengganggu untuk menukar siaran. Sehinggakan cucunya pandai menyorok remote dari ayahanda. Ketika itulah ayahanda hanya tersenyum kerna tidak jumpa di mana remote itu berada.( haha..=D )


( bersama cucu kedua beliau )



Namun, anakanda beliau yang ini, masih belum dapat mengembirakan beliau walaupun sudah dihantar merata untuk menimba ilmu. Masihku berusaha untuk mencari apakah yang dapat mangembirakan hati beliau walaupun beliau tidak meminta. Beliau tidak pernah memarahi sekiranya pernah ku melaku kesalahan. Cuma menegur sebagai syarat seorang ayah. Maafkan anakanda. Semoga diriku ini dapat berjasa kepada ayahanda selagi hayat dikandung badan.




Sewaktu beliau masih begitu aktif di dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS), beliau tidak pernah mengenepikan hal-hal keluarga. Seperti yang terjadinya ketika beliau dilantik sebagai Penasihat Menteri Besar Terengganu. Setiap hari khamis, beliau akan pulang ke Kuala Lumpur untuk bersama keluarga dan kembali semula ke Terengganu pada malam ahad.



Ahmad Subky Latif, itulah ayahandaku. Tidak merasa jemu bersama keluarganya walaupun semuanya sudah melangkah dewasa. Tegurannya juga yang amat simple, tetapi bisa terngiang-ngiang di telinga seolah-olah baru di tegur walaupun sudah lama. Amat bersyukur diriku ini mendapat ayahanda yang amat mementingkan keluarga.

“Ya Allah ya tuhanku, berkatilah amalan ibubapaku, terimalah amalan-amalan mereka, jika mereka sakit, syifakanlah. Pabila mereka bersyukur, gandakanlah. Limpahkanlah rezeki keatas ke mereka dan kurniakanlah kepada mereka ketenangan yang abadi di dunia dan akhirat. Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim..

Akhir sekali, jika ayahanda terbaca tulisan ini, anakanda ingin mengucapkan,
“ assalamualaikum apak..” =)

Wallahu`alam..

Monday, November 23, 2009

BONDA..



“ amacam kat sana? Ada duit tak? Nanti mak suh kakak bank in tuk raya haji nih..” ucapan bonda sewaktu saya menghubungi beliau semalam.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu. Dilahirkan pada 6 april 1955. Sentiasa berwajah garang, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang ibu yang amat penyayang. Setiap kali saya dan adik beradik saya membuat suatu kesalahan, memanglah beliau akan memarahi. Akan tetapi, setelah beberapa minit kemudian, suasana marah itu akan bertukar keadaan yang ceria. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah bonda tidak memarahi kami sebentar tadi. Tetapi, kenakalan saya yang amat tinggi, masih berdegil dan sentiasa membuatkan bonda marah sehinggakan beliau tidak larat untuk memarahi lagi. Itulah satu kesalahan yang amat besar dari seorang anak, sanggup mempermain-mainkan seorang ibu. Harap segala dosaku diampuni.

Teringat satu ketika, sewaktu saya darjah enam, (sri al-abqari, sri Gombak) selepas loceng sekolah berbunyi, semua pelajar-pelajar berlari untuk pulang ke rumah. Akan tetapi, saya dan rakan-rakan sekelas hanya melihat mereka berlumba-berlumba masuk ke dalam kereta untuk pulang kerana kami semua mempunyai kelas tambahan untuk persediaan UPSR nanti. Saya hanya sempat berjumpa dengan bonda ( ketika beliau ingin mengambil adik ) untuk mengambil sedikit wang saku untuk makan tengah hari dan petang. Setelah bonda pulang, saya dan rakan-rakan ( berlima) langsung ke warung berdekatan sekolah untuk menjamu selera.

Oleh kerana, terlalu asyik makan dan bersembang, tidak perasan waktu tuisyen sudah bermula. Salah seorang rakan terus berhenti makan dan berlari ke sekolah, takut dimarahi cikgu. Akan tetapi, saya dan 3 lagi rakan masih duduk dan terus bersembang. Waktu itu, memang kami tahu, jika terlewat, cikgu akan memarahi kami. Maka kami mengambil keputusan untuk memonteng tuisyen untuk melarikan diri dari dimarahi.

Setelah itu, salah seorang rakan mengajak untul memancing di sebuah tasik, berhadapan dengan masjid sri Gombak. Perjalanannya agak jauh, tetapi kami sanggup ke sana untuk menghilangkan rasa bosan yang ada. Hampir 1 jam di sana, kami mengambil keputusan untuk pulang kerana waktu tuisyen juga hampir tamat.

Pabila sampainya kami di sekolah, tuisyen juga sudah tamat. salah seorang dari rakan yang masuk tuisyen itu, memberitahu kami bahwa yang mengendali tuisyen tadi adalah guru besar. Dan sewaktu tuisyen, guru besar ada menanyakan di rakan yang lain. Maka, rakan yang berlari ke sekolah tadi itu, memberitahu guru besar bahwa kami semua masih berada di warung makan dan ingin memonteng tuisyen. Setelah itu, guru besar memanggil kami berempat ke biliknya. Disana kami dihukum dan dirotan olehnya.( berapa kali ntah..haha)

Sepatutnya, saya pulang ke rumah dengan seorang rakan tuisyen. Oleh kerana, saya di panggil dan denda begitu lama, saya ditinggalkan. Akhirnya, saya pulang ke rumah dengan berjalan kaki sahaja. ( nak dekat 2jam jgk tu..)

Sewaktu dalam perjalanan, di dalam hati saya mengharapkan bahwa, janganlah guru besar memberitahu kepada bonda apa yang telah berlaku. Guru besar yang bernama Ustazah Nuridah Salleh ( sekarang ketua dewan muslimat PAS ) amat rapat dengan bonda. Dalam hati saya tidak berhenti berdoa sehinggalah sampai ke rumah.

Beberapa minit sebelum maghrib, saya tiba di rumah. Bonda tidak ada di rumah. Yang ada hanyalah ayahanda dan adik. Terasa amat lega sekali pabila adik mengatakan bonda memang tidak ada di rumah sejak petang tadi. Ayahanda juga tidak mengatakan apa-apa. Cumamenyuruh saya mandi dan bersiap untuk ke surau. Rasa gembira sekali kerana bonda tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku. Memang takut sekali, sekiranya bonda tahu, comfirm saya akan di pukul..

Setelah pulang dari surau, dari tingkap saya ternampak bonda sedang bersembang di telifon. Saya masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang innocent sekali. Mengaggap tidak ada apa-apa berlaku. Tamatnya percakapan bonda di telifon tadi, bonda mengambil hanger baju lalu merontan saya. Rupanya, yang telifon tadi adalah guru besar. (haha..kantoi..)

Selepas dirotan, saya terus ke bilik untuk memencilkan diri. ( kononnya merajuk..padahal ssalah sendiri..haha) Saya menengis di dalam bilik dan akhirnya tertidur. Sewaktu saya tidur, saya terjaga kerana merasakan kaki saya di sentuh. Rupanya bonda sedang meletakkan minyak balm pala di kaki saya di tempat mana saya di rotan. Pada ketika itu, saya hanya buat-buat tidur kerana takut bonda akan memarahi saya lagi. ( lihatlah betapa besarnya kesayangan ibu pada anaknya.. )



Pada keesokan harinya, bonda mengejut saya untuk bangun subuh dan bersiap untuk ke sekolah. Sewaktu sarapan, saya banyak berdiam diri, kerana masih teringat kejadian semalam. Bonda melihat saya dan Cuma menyuruh saya dan adik untuk cepat menghabiskan makanan kerana takut lewat ke sekolah. Sewaktu, bonda menghulurkan wang saku sebanyak RM2,dalam keadaan senyum bonda memberitahu saya untuk belajar elok-elok. Ketika itu, hilang rasa gementar dan pelik seolah-olah tidak ada apa yang berlaku semalam. Itu la bondaku. Tidak menyimpan perasaan marahnya walau senakal mana anaknya.

Setiap kali saya keluar bersama rakan-rakan diwaktu malam, bonda sering mengingatkan saya untuk pulang dengan awal ke rumah. Saya Cuma menjawab “ok, sebelum pukul 1 pg nanti, sampailah.” (haha..lewat tu.) keasyikan bersembang dengan rakan-rakan hinggakan lupa sudah melebihi jam satu pagi. Akhirnya mengambil keputusan untuk tutup majlis dan pulang ke rumah.

Sampainya di rumah, bonda memarahi dan mengatakan “ selagi awak tak balik, mak tak boleh tidur tau tak??” saya cuma mengangguk. Terasa juga kekesalan melakukan sebegitu pada bonda. Walaupun, keluar bersama rakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang agama, masih merasakan pentingnya lagi janji terhadap bonda. Itulah kesalahan yang masih dilakukan sehingga kini. Maafkan daku bonda.

Memang tidak dinafikan, ramai rakan-rakan saya yang tukut melihat bonda. Kerana wajah seriusnya. Akan tetapi itu hanya permulaan perjumpaan sahaja. setelah mereka mengenali bonda, mereka mengatakan kepada saya, “ sporting la pulak mak ko dan,,” saya mengangguk dan senyum bangga. Memang semua pada mulanya takut. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Walaupun begitu, kegarangan dan ketegasan bonda itulah yang banyak menjadikan saya seorang manusia walaupun saya boleh dikatogerikan sebagai anak yang tidak soleh,tidak mendengar kata bonda. Saya sering terbayang dengan kata-kata beliau ketika beliau marah. Terasa kekesalan dan berdosa yang teramat kepada bonda. Dan terasa amat terharu, pabila beliau amat-amat risau tentang keadaan saya dimana sahaja saya berada walaupun saya banyak tidak mendengar kata-katanya.

Seperti yang kakak sulung saya tulis dalam blognya, bahawa, walaupun saya berjauhan dari rumah, bonda sering menghubungi saya seolah-olah saya berada di Malaysia. Kata kakak, “anak manja” (haha..)



Itulah bondaku yang bernama Naznah Taha. Bonda yang amat ku sanjung dan sayangi. Siapalah diri ini jika tiadanya. Tidak dapat terbayar budinya walaupun dunia ini bisa diberikan kepadanya. Harapan saya ialah, agar dosa-dosa saya padanya diampunkan. Semoga dirinya sentiasa di bawah keredhaan Allah taala dan sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan..amin…

Wallahua`lam..

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

Saturday, November 21, 2009

RUMAH ANAK MALAYSIA DI JAKARTA

"bu', jangan lupa ajak pak mukhtasar ke rumah untuk jamuan nanti ya..."kataku pada ibu yuyun. " baik dong.. nanti aku pesan pada pak mukhtasar.." jawabnya..

Ibu Yuyun, jiran saya dan merangkap sebagai wakil renter rumah sewa kami di sini. salah seorang rakyat Indonesia yang mula-mula kami kenal. Banyak information yang kami perolehi dari beliau, samada berkenaan tempat, shopping mall dan sebagainya. Musykil juga pada mulanya, kerana beliau bisa memahami pertuturan kami yang masih fresh dari malaysia ini, terutamanya dari terengganu. Akan tetapi, tuturan beliau tidak dapat kami pahami. Dikit-dikit itu bisalah.. Rupanya, beliau ada menyewakan balik rumahnya kepada student-student malaysia. Padan la..

Setelah beberapa hari menetap bersama jiran-jiran Indonesia ini, kami dapat bertutur sedikit demi sedikit. Bahasanya seperti bahasa baku di Malaysia. Walaupun agak sama, ada beberapa perkataan yang mereka gunakan dalam istilah jawa. itulah yang agak merunsingkan kami untuk sementara. Alhamdulillah, dalam kuliah, lecturernya ( Dosen) tidak menggunakan istilah-istilah jawa.

Ketika berlakunya kekecohan antara Malaysia-Indonesia, jarang sekali kali keluar ke bandar untuk membeli bahan rumah. Jiran-jiran telah memberitahu kami untuk tidak keluar kemana-mana buat sementara waktu. Mereka mengatakan bahawa, orang-orang yang membuat kekecohan di bandar itu adalah mereka yang inginkan publicity media. Suka memperbesarkan hal-hal yang kecil. Alhamdulillah, kawasan kami ini cukup memahami keadaan yang berlaku disekitar. Tidak ada sedikit pun permusuhan bersama anak-anak malaysia disini. Sama juga dengan tempat lain. Tidak semua setuju dengan demo-demo yang berlaku di bandar.

Rumah-rumah disini, tidaklah tersusun rapi seperti di Malaysia. Jika ada tempat yang sesuai untuk membina rumah, mereka akan bangunkan. Maka, susunan rumah-rumah disini amatlah rapat. Amat jarang sekali untuk melihat kawasan rumah yang bertaman, berpagar dan sebagainya. Laluan yang ada cukup untuk laluan motor dan pejalan kaki. Di Malaysia, tanah yang mereka miliki adalah khas untuk mereka yang berhak sahaja. tidak boleh dijadikan laluan umum walaupun untuk pejalan kaki. Akan tetapi, di sini, laluan yang ada adalah untuk semua. Tidak ada yang khas melainkan di dalam rumah. ( agaknya, sebab tu la kot bondaku selalu bising kat umah..haha)

Satu ketika, selepas raya aidilfitri yg lepas, kami ada mengadakan satu jamuan kesyukuran untuk semua pelajar malaysia yang tidak pulang ke tanah air, dan untuk jiran-jiran tetangga kami. Maka, makanan yang dihidangkan ialah nasi ayam dan kuih-kuih buatan malaysia. Apa yang menarik ketika ini ialah, orang indonesia ini, hanya makan nasi dengan ayam sahaja. Sup yang ada hanya la di jadikan seperti minuman. Mereka lebih suka kekeringan dari berkuah. Jika membeli makanan disini, mereka cuma menyediakan lauk-lauk sahaja. satu ketika, sewaktu kami terlewat untuk bersahur, kami turlupa untuk membeli sup bakso untuk dijadikan sebagai kuah. akhirnya,terpaksa berkuahkan air mineral untuk tidak luak ketika bersahur.

Alhamdulillah..sekarang ini sudah masuk bulan yang ketiga. Kenalan-kenalan dari sini juga sudah ramai. Tidak ada masalah lagi untuk kemana-mana. Itulah antara keistimewaan hidup diperantauan.. Walaupun hanya 1jam sahaja dari malaysia, tetap merasakan diri di negara orang.

Sekarang, sedang menghadapi musim hujan. Salah satu ujian yang perlu hadaspi ialah terpaksa meredah hujan selama 15 minit untuk ke fakultas. Hujan yang begitu lebat menyebabkan orang yang berpayung juga basah kuyup. apatah lagi orang yang tidak berpayung. ( tuan blog xsempat2 lagi nak beli payung..haha ) walau bagaimana pun, karena ilmu, kami sentiasa berkorban..(hehe)

itulah serba sedikit tentang keadaan kami disini. Lagi 2bulan kami akan berhadapan dengan ujian akhir semester. Tuan blog dan teman disini amat mengharapkan doa-doa kalian untuk kejayaan kami. dan doakan kesejahteraan kami jua..
Wallahua`lam..

Thursday, November 5, 2009

IMAN DAN HATI.....

Masih tersisa kejahilan dipangkal hati,

Yg mana menetap selamanya disanubari,

Walau ilmu yang banyak telah diperolehi,

tidak mencukupi untuk mengenali diri sendiri,

Apatah lagi untuk mengenali Ilahi.


Tidak dinafikan ilmu itu mengajar kehidupan yang sejati,

Kerna ilmulah kita masih hidup dibumi Ilahi,

Seandainya manusia bisa mengetahui,

Segala ilmu yg ada di alam ini,

Adakah Iman juga bisa diperolehi.


Iman itu tidak muncul sekadar meminta,

Benarlah kita bertawakkal untuk menemuinya,

Tetapi apakah tawakkal itu berhasil tanpa usaha,

Sesungguhnya usaha adalah kunci segalanya,

Maka berusahalah untuk mencarinya,

Selagi tubuh ini masih bernyawa.


Mencintai Allah dan RasulNYA adalah sebaiknya,

Menyerahkan hati ini hanya untukNYA,

Namun terselit juga dihati untuk bercinta,

Mencintai insan yg begitu cinta padaNYA,

Apakah bisa daku mencintai dia.

Untuk melayari bahtera bersamanya,

Yang sentiasa mengharapkan keredhaan dariNYA.


Allahhu akbar Allah yang maha besar,

mengetahui segala yang tersurat dan tersirat,

tika bermunajat hati ini sering bedebar,

kepadaNYA bersujud sepanjang hayat,

tiada tuhan selain Allah,

Nabi Muhammad adalah Rasulullah.

Wednesday, September 30, 2009

Assignment + Scripsi@thesis + Headache + (-.-)zzz + black out = ???

Telah bermulanya kuliah kami yg sebenar.. Secara tidak langsung, rupanya kami telah tertinggal beberapa kuliah sebelum raya ini, di atas kelewatan berangkatnya ke Indonesia. dan jawapannya ialah, dipercepatkan masa untuk menghantar assignment yg mana minggu itu juga nak kena buat, dan minggu tu juga kene present..huhu... ini baru satu hal... no problem la tapi... "i can make it".... mybe....

satu lagi hal, sebenarnya tak perlu risau pun, berkaitan dengan thesis yg panggilannya di sini sebagai "scripsi".. awal lagi sebenarnya untuk nak memikirkan tentang scripsi ini.. akan tetapi, keinginan untuk menyiapkannya dengan awal berkocak2 dalam hati.. Maka, insyallah dalam masa terdekat ini, saya ingin mengajukan tajuk thesis ini kepada dekan. Dengan harapan, insyallah tajuk yg diajukan untuk membuat thesis ini diterima..aminn....

Untuk mengajukan thesis ini, hendaklah ada sebab2 nya mengapa mengambil tajuk itu, apakah tujuannya, dan apakah kesimpulan yg terakhirnya.. Ini mungkin dapat disiapkan. Kerna kakak sulung saya pun ada bagi pertolongan.. tetapi, baru nak mula type, kepala jadi berat pulak.. Dalam hati kata " xpe2 kejap je kot. barangkali mungkin sebab panas tengah hari ni. xpun letih ker ...xpela jgn layan sangat..."

Ditakdirkan memang betul2 sakit kepala pulak.. time2 semangat ni la nak sakit kepala.. Mood nak type scripsi pun dah makin berkurangan.. akhirnya, mengambil keputusan untuk rehat sebentar. Mungkin selepas rehat ini, boleh mulakan pendahuluan scripsi..

Malangnya, baru nak lelap, blackout pulak dah... ish.. time ni la nak black out.. dengan kipasnya tidak berpusing. dengan kebahangan matahari waktu tengah hari ni.. baring aja lah dulu. mungkin boleh rehat.. 5min selepas itu, mutiara2 peluh dah muncul... badan jadi tak tentu hala. memang tidak boleh lama. tidak apalah.. buat tak tau aja dulu..

Sedar2 tak sedar, dengan mata pun tidak boleh tutup, kepala pun masih berdenyut, azan asar berkumandang.. terfikir seketika, " duk masjid je la dulu.. mana tau kat masjid ada letrik. Pas asar ni, boleh rehat jap. xpe darurat.." hehe..

Sesudahnya sampai di masjid, blackout juga.. tapi, memandangkan masjidnya terletak di kawasan terbuka, angin yg keluar masuk, dapat terasa.. alhamdulillah, dapat juga kekusyukan dalam solat asar..

Setelah solat asar, dengan hati yg bertekad untuk rehat di masjid itu, terpaksa di batalkan. kerna, tidak dibenarkan untuk tidur@rehat di kawasan masjid dan halamannya. Sedih pula rasa. hendak beriktikaf juga telah menjadi satu larangan. Dalam hati kata " mungkin masjid ni je kot.. cari masjid lain jela.."

Maka, keputusan seterusnya ialah, berhijrah ke masjid besar fathullah didepan UIN yg mana jaraknya ialah hampir setengah jam berjalan kaki.. Walaupun, dalam keadaan pening, mual, penat, panas dan macam2 lagi, pergi juga ke masjid fathullah, dengan harapan yang sama, " harap2 ade letrik dan dapat rehat sekejap.."

Sampai sahaja di masjid fathullah, harapan tadi tidak kesampaian.. sama juga.. blackout. " agaknya satu Jakarta kot xde letrik.." maka, saya mengambil keputusan untuk rehat sahaja dikaki lima masjid. Terasa sedikit kedinginan angin2 dari luar.. Akan tetapi, ( ade lagiiiii...huhu) org keluar masuk melalui tempat yg saya rehat itu. Tidak aman jadinya untuk beristirehat walaupun sebentar.. Tetapi, saya mengambil endah sahaja dengan manusia2 yg lalu depan saya..

Sementara sedang menunggu untuk melelapkan mata yg tidak dapat2 lagi untuk lelap ini, azan maghrib pula berkumandang. Rasa macam baru 'parking' je kat situ.. Cepat benar masa berlalu.. kepala masih berdenyut seperti biasa.. Seterusnya, mengambil keputusan untuk solat berjemaah.. Walaupun keadaan terhuyung hayang, ia tidak menjadi halangan untuk solat berjemaah.. tp tidaklah sekhusyuk yg selalu. maafkan daku ya Allah...

Dan setelah selesai salam yg terakhir, masjid menjadi terang dengan kembalinya letrik.. dalam hati kata " alhamdulillah.. tidoq masjid je la dulu sampai isyak.." sambil mencari kipas yg betul menghala tuju kepada diri sendiri.. akan tetapi ( ade lagii laaaa..huhu) baru nak lelap, ada kawan dari indonesia memanggil nama saya. Walaupun, agak geram, kerna dikejutkan ketika baru sahaja nak masuk ke dunia lain.. tapi sabar sahajalah.

Ada sedikit kecewa, kerna mungkin saya dikejutkan kerna di masjid itu juga tidak dibenarkan untuk rehat. kerna yg kawan yg memanggil nama saya itu juga adalah ajk masjid tersebut. tetapi, yg berlaku adalah sebaliknya.. Dia berkata " ust, buat apa tidur di situ.. enggak enak gitu jika dilihat kaum muslimat disebelah sana nanti.." ( letih sangat, sampai xnmpak sebelah saya je dah masuk ruangan solat muslimat..haha) katanya lagi, " mari ikut saya ke kamar imam.. ust rehat aja disitu.. " alhamdulillah. lagi aman jadinya.. tapi, sebelum pintu ditutup, kawan yg td itu berkata, " ajan isak saya kejutkan ust.. ust jadi pak imamnya ya..." haha...bersyarat rupanya..=) " insyallah " jawab saya..

agak pelik juga, mengapa dia memanggil saya ust.. dari mula perkenalan hingga ke sekarang. sahabat saya yg lain tidak pula dipanggil sebegitu..hanya dia dan Allah sahaja yang tahu ...pelik, tp saya bersyukur juga kepada Allah taala, kerna saya tidak dipanggil dengan gelaran yg dikeji.. alhamdulillah..

saya langsung pulang kerumah setelah selesai solat isyak , alhamdulillah kepala pun dah ok sikit.. walaupun rehatnya tadi tidak lama.. dan sekarang ini, sedang memandang laptop sambil berfikir dengan harapan mood untuk type thesis tadi datang kembali..( dah ilang kemane pulak laaa mood thesis td nihh....hehe...)

wallahu`alam..

Tuesday, September 22, 2009

SALAM AIDILFITRI 1430.

Assalamuailaikum wrt..

Mengimbas kembali kata yg diucap,
Mengingati kembali janji yg dikata,
Mengimbau kembali masa yg berlalu,
Merenung kembali hati yg terguris,
Menyingkap kembali amanah yg dipikul,
Izinkan saya untuk memohon maaf, kiranya ada lisan yg tak terjaga.. Janji yg terabai.. Hati yg berprasangka.. Dan sikap yg mungkin menyakiti.. mohon berjuta kemaafan dari kalian.. Dari diri yg sentiasa alpa. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & batin.. semoga diri ini dan kalian sentiasa mendapat keredhaan Ilahi di bulan Syawal ini..amiin..

Tahun ini, terasa juga kesayuan beraya tanpa keluarga di perantauan.. terselit juga kesedihan di kalbu di pagi raya. yg seringnya di malam dan awal pagi raya sempat bertakbir bersama keluarga. Tapi apakan daya, berjuang dan berkorban demi ilmu, itulah yg lebih banyak hikmahnya. Mengajar diri erti kesabaran, kerinduan, kesedihan dan ketabahan tika menempuh kehidupan harian. Walau bagaimane pun, segalanya ini perlu ditempuhi. Kerna kapan bilakah lagi bisa kita mengambil pengalaman seperti ini. Dan inilah antara pengalaman yg terindah pernah saya hadapi.

Alhamdulillah, keadaan malam raya disini disambut dengan meriah. Akan tetapi di waktu yg sama juga saya dan sahabat2 keluar ke pasar raya untuk mencari songkok. Agak kelewatan. walau bagaimana pun, berhasil juga pencarian songkok, setelah pusing merata2 untuk mencari yg sesuai. Kami langsung pulang ke rumah setelah berbuka puasa di luar dengan harapan sempat untuk menunaikan solat isyak di masjid dan bertakbir berjemaah. Akan tetapi, azan isyak berkumandang ketika di pertengahan perjalanan. Yang paling bestnya, di dalam pengangkutan awam itu, kami sempat bertakbir beramai2 tanpa menghiraukan manysia di sekeliling.

Ada juga sedikit perbezaan tika malam raya disini. Ahli2 masjid akan bertakbir menggunakan microfon bergerak dari rumah ke rumah. Bukan masuk kedalam rumah, tetapi untuk memanggil golongan2 tua dan muda hinggakan kanak2 untuk takbir bersama mengelilingi kawasan perumahan dan menjemput mereka untuk serta bersama ke masjid dan takbir bersama. Motifnya ialah untuk bertakbir di masjid hingga ke pagi. Dan itulah yg benar2 terjadi. pabila seorang itu letih, akan digantikan dengan yg lain dan saling berganti2 hingga ke azan subuh. Itulah antara keunikan suasana bertakbir disini. tidak berhenti memuji Allah taala hingga keakhirnya.

Setelah matahari terbit,seperti yg dijanjikan dengan sahabat2, kami semua bertolak ke Kedutaan Besar Malaysia untuk solat aidilfitri dan menikmati juadah2 makanan buatan malaysia. Sambil itu, kami berkenalan dengan ahli2 kedutaan dan student2 dari universitas lain. Majlis itu berjalan dengan sempurna dan berakhir serta kami pulang sebelum zohor.

Acara seterusnya setelah pulang adalah program sendiri. Ada yg pergi beraya di rumah jiran tetangga dan yg selainnya mempunyai acara mereka tersendiri.. Dan begitulah begitulah berakhirnya raya pertama kami di sini.

Hari2 seterusnya hingga ke hari ini, hanya duduk dirumah sambil makan megi malaysia..hehe.. boleh dikategorikan sebagai ganti kuih raya sambil menyambung kerja2 assignment.( beraya dengan esemen jela.. )

so, itula pengalaman pertama raya di perantauan. Cuti pun hingga hari khamis ini sahaja. Jumaat kuliah akan bermula. Dan insyallah khamis ini, pelajar malaysia akan mengadakan majlis rumah terbuka sempena hari raya dan sempena untuk mengenali jiran tetangga lebih rapat.. so, semuanya dijemput hadir ya...

akhiran, doakanlah kejayaan dan keselamatan saya bersama sahabat2 disini.. Itulah harapan kami disini dari kalian semua. semoga Allah taala memberikan ganjaran2 yg besar diatas jasa2 kalian insyallah..Wallua`lam..

Wassalam..

( student2 UIN )


( bersama ust dari Jabatan Agama Kedutaan )


( staff2 kedutaan malaysia, jakarta )


( wajah2 student UIN )


( sebelum solat aidilfitri )


( setelah solat selamat selesai )





( dari kiri; farid, ukasyah, riduan, tuan blog, ust azahari )


( bersama songkok baru beli semalam.^_^ )


( توان بلوج ... ade muke sedih ker?? he3 )

Wednesday, September 16, 2009

RAMADHAN YG KIAN PERGI..

" Assalamualaikum wrt. teman2 sekalian, jam menunjukkan pukul 2 pagi. Dan insyallah, untuk memberkati puasa kita esokan hari, marilah kita sama2 bersahur.. SAHURRRRR SAHURRRRR... SAHURRRR SAHURRRRR..... "

Inilah yg dilaungkan oleh ahli2 muazzin dari masjidnya untuk mengejutkan ahli2 rumah yg berdekatan disitu. bermula dari jam2 hingga ke waktu imsak jam 420pg. Terasa bersemangat untuk bersahur pada waktu pertama kali mendengarnya. dan alhamdulillah hinggakan sekarang, tidak jemu mendengar laungan mereka. akan tetapi, di sebahagian tempat yg lain, pabila jam masuk pukul 2, ahli sukarelawan akan mengunjungi setiap rumah2 disini untuk mengejutkan mereka bersahur. Yg menarik minat saya ialah, mereka akan bermarhaban setiap rumah untuk mengejutkan ahli rumah itu. Allahuakbar. permulaan waktu pagi yg mengasyikkan..

Dan tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Sehinggakan tak perasan sudah hampir 3 minggu berada di negara org. Begitu juga dengan bulan ramadhan ini. Mungkin terlalu sibuk menguruskan segala kerja2 hinggakan lupa akan pemergian ramadhan yg kian hampir.

Sebenarnya, ini adalah kali pertama menyambut ramadhan dan beraya di luar malaysia. selama 8 tahun menuntut di South Africa, rezeki untuk pulang berpuasa dan beraya di rumah sentiasa mencukupi. akab tetapi, raya haji memang sentiasa beraya disana.

Terasa juga sedikit kejanggalan tika menyusuli 10 malam terakhir ramadhan di tanah org ini. kerna selalunya, pada 10 malam terakhir ini, saya dan rakan2 sibuk menyiapkan list2 masjid di kawasan kuala lumpur ini, untuk beriktikaf dan berqiamullail di situ. Jika ditakdirkan pada satu malam kami tidak menjumpai masjid yg kami inginkan, tidak juga berputus asa. Kami akan ke masjid yg tidak pernah kami menjejakkan kaki untuk berqiamullail.

Akan tetapi, tidaklah jadi sebegitu disini. Tidak dinafikan, begitu banyak masjid2 yg dibina dikawasan jakarta ini. begitu dekat jaraknya hinggakan, diwaktu azan berkumandang terasa seperti ahli2 muazzin menyahut azannya dengan yg lain. Tetapi, diwaktu qiamullail, terasa sunyi sahaja. wallahualam.

Bermacam2 perasaan yg bermain di fikiran saya. Adakah harus rasa gembira akan ditinggalkan ramadhan ini? atau pun haruskah rasa bersedih? Yg pastinya, rasa gembira untuk beraya itu semestinya ada. Tetapi, bersedih itu lagi banyak terasa. Terasa kehilangan banyak pahala2 yg tidak dikutip. Rindu untuk menjadi imam terawih. kerna tidak tahu, apakah saya akan masih boleh menyambut ramadhan akan datang ini nanti? Wallahualam..

semoga sama2 kita semua menggunakan masa yg terakhir dibulan Ramadhan ini dengan sebaik mungkin. Anggapkan ini adalah Ramadhan kita yg terakhir. dan kita akan terasa kehilanggannya diakhir nanti.. sama2 lah kita renungkan, amalkan dan sampaikan kepada yg lain.

wallahualam..

Sunday, September 13, 2009

HARI YANG BEGITU PANJANG....


Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah swt, dengan limpah kurniaan rahmat, tenaga dan kekuatan darinya kepada kita, dapat meneruskan puasa kita hingga ke hari ini. Sambilan dengan solat terawih berjamaah di masjid atau disurau berserta zikir munajat dan witir. Dan tidak lupa juga masih bersemangat disaat2 akhir ramadhan ini dengan bertahajjud diwaktu malam sepanjang bulan yg mulia ini untuk bertemu dengan lailatul qadar yang mana malamnya lebih baik dari seribu bulan, seperti yg firmankan oleh Allah taala :

"ليلة القدر خير من الف شهر..."

“ malam qadar adalah malam yg terbaik dari seribu bulan..”

Dengan adanya semangat ini, kita dapat mengetahui iman didada kita masih ada walaupun sedikit. kerna masih ingin mencari hidayah dan rahmat dariNya. Masih tidak lupa akan kurnianNya. Dan masih mengharapkan kasih dan sayang dariNya, agar dihapuskan segala dosa2 yg lalu untuk membina diri minaz zhulumati ilan nur. Amiin..

Akan tetapi, biarlah rasa semangat membara dalam diri kita hingga keakhir hayat bukan hingga akhir ramadhan ini sahaja. Biarlah ianya berterus agar bibit cinta kepadaNya kian membara dan kian menyala untuk menjadi hamba yg begitu abdi kepadaNya. Kerna kita juga tidak pasti, apakah kita ini masih bernyawa di bulan Ramadhan yg akan datang nanti. Kita juga tidak bisa mengetahui apakah doa kita dimakbulkan? Dan apakah kita bisa mengetahui bahwa esok kita masih bernafas untuk meneruskan ibadah ini?

Maka dengan itu, haruslah kita berusaha sambil bertawakkal kepada ilahi dengan sebaik2 usaha untuk mendapat rahmatNya dari mula hingga akhirnya. Bukan hanya di bulan Ramadhan atau dimalam lailatul qadar sahaja. kerna mungkin akan terbukti keihklasan kita beribadah kepada Allah taala hanya di bulan Ramadhan sahaja, dan pada bulan yg lain kita akan kembali alpa dan leka seperti biasa.

Maka, sama2 lah kita memanjatkan doa kepada Allah taala agar menguatkan iman di dada kita ini untuk berterusan bertaubat dan bermunajat kepadaNya. Dan dimakbulkan doa dan dihapuskan segala dosa kita. Semoga kita sentiasa didalam iringan doa malaikat dan sentiasa berada dibawah naungan Allah taala.. aminn…

Didalam kesempatan ini, bersyukur juga kepada ilahi, setelah dapat menempuhi sedikit rintangan di tempat baru ini, saya telah berjaya mendaftarkan diri saya sebagai mahasiswa baru di universitas ini. Walaupun sudah 2minggu menetap, proses untuk melayakkan saya memasuki kuliah agak terganggu akibat kelewatan dan kekeliruan dalam mengisi borong2 untuk memasuki kuliah kerna berjauhan dari asrama.

( sheikh Sobri, Saifuddin n Puasa )


( nasrullah n audience )


Walaupun jarak dari asrama ke fakulitasnya hanya 15minit perjalanan sahaja, terasa seperti hampir setengah jam berjalan. Mgkin itu adalah salah satu ujian untuk saya di bulan puasa ini. Dan mgkin cuaca yg panas berserta musim kemarau ini menambahkan lagi rasa kekeringan ditekak yg hampir kontang ini. Dan Alhamdulillah, ujian itu dapat saya lalui dengan sabar dan tenang.

Seperti yg telah dijanjikan oleh pihak universitas, mereka telah mengadakan satu pertemuan khas bagi pelajar 2 international yg baru, untuk mengenali satu sama lain. pertemuan yg bernama “ ORIENTATION DAY for INTERNATIONAL STUDENTS” itu berlangsung selama 2 hari. Ramai kenalan-kenalan yg baru dapat berjumpa. Antaranya dari Turki, Filipin korea selatan dan Afrika selatan.

( Al-fadhil Riduan hamid )

( wakil Malaysia, turki, indonesia, south africa n philipine )

Walaupun mereka ini berasal dari Negara yg jauh, mereka fasih berbahasa Indonesia dari pelajar2 malaysia yg baru ini. Kerna, mereka telah menduduki kelas bahasa Indonesia di Negara mereka terdahulu sebelum menjejaki kaki mereka ke Indonesia. Terasa janggal juga bila bersembang dengan mereka pada mulanya. Kerna sewaktu pertama kali pertemuan, saya mengenalkan diri dalam bahasa English. Akan tetepi, dibalas dalam bahasa Indonesia. Itu lah diantara keindahan keluar Negara. Tidak semua yg kita anggapkan terbukti kesahihannya.

Dan baru2 ini juga, pihak kedutaan telah menjemput semua pelajar2 malaysia di Jakarta ini, untuk menghadiri majlis berbuka puasa di Kedutaan Besar Malaysia, Jakarta. Setelah 2minggu tidak merasai masakan Malaysia sendiri, kenikmatan diwaktu itu amat2 mengembirakan. Dihindangkan nasi beriani brserta kuih2 yg berhasil dari tangan org Malaysia sendiri. ( hehe )



( ustaz azahari, farid n medic student at the embassy )

( a`llamah Ukasyah n Zul )


Alhamdulillah..segala berjalan lancar dan aman. Ada juga rasa sedikit kebimbangan, memandangkan demo yg baru sahaja berlaku di kedutaan tersebut. Dan Alhamdulillah, tidak ada apa berlaku..

So, takat ini dulu.. dan disini saya ingin berserta kan beberapa gambar diatas permintaan ramai. Insyallah, saya akan mengupdatekan apa yang patut jika ada apa2 maklumat.

Akhiran, doakan saya di perantauan di Negara jiran ini..

Wallahua`lam..

Saturday, September 5, 2009

SALAM PERANTAUAN

assalamualaikum wrt...

buat teman2 yg mengikuti blog ini sekalian... disini sy ingin mengambil sedikit kesempatan, untuk mengucapkan jutaan terima kasih diatas sokongan kalian untuk saya menruskan blog ini.. dan terima kasih juga untuk mereka yg sudi ziarah blog ini.. semoga Allah taala sentiasa memberkati diri kalian dan melimpahkan rahmat dan inayahNYA keatas kalian.. terutamanya di bulan yg berkah ini.. amin

disamping itu, saya juga ingin menyusun 10 jari ini, memohon kemaafan diatas segala kesilapan dan kekhilafan yg pernah saya lakukan, selama mana saya masih bernafas ditas bumi ini, samada didalam penulisan, percakapan atau perbuatan.. saya harap kalian semua dapat memaafkan saya..

dan saya juga ingin meminta maaf, kerana mungkin kali ini saya tidak dapat meng'update'kan blog ini selalu, kerana keadaan saya di sini belum kukuh dan tenang.. tetapi insyallah, sy akan cuba untuk menaip jika ada waktu yg sesuai..

saya harap kalian juga doakan keselamatan saya disini.. walaupun disini ada juga yg melakukan demonstrasi di kedutaan malaysia dan memboikot barangan malaysia kerana isu2 yg baru berlaku ini, alhamdulillah tidak ada perkara2 yg tidak diingini berlaku.. dan syukur juga kepada Allah taala, gempa bumi yg berlaku di tasik malaya baru2 ini, tidak menjejaskan kuliah walaupun gegarannya yg kuat itu dapat dirasa dengan ketara.. kita semua dielakkan dari segala bencana.. aminn...

disini sahaja yg dapat saya coretkan.. insyallah, saya akan menaip kembali pengalaman2 saya disini dari mula.. dengan perjalanan, cabaran dan dugaan yg menimpa..

sama2lah kita mengutip pahala2 yg menanti kita di malam nuzul alquran akan datang ini..dan kita mempergunakan masa yg ada dibulan yg mulia ini sebaik mungkin dengan memenuhinya dengan ibadah2 yg berlipat2 kali ganda ganjaranya..wallahualam

akhiran..wassalam....

( bersama mas ojek..hehe )