Monday, November 23, 2009

BONDA..



“ amacam kat sana? Ada duit tak? Nanti mak suh kakak bank in tuk raya haji nih..” ucapan bonda sewaktu saya menghubungi beliau semalam.

Anak kelahiran Kemaman, Terengganu. Dilahirkan pada 6 april 1955. Sentiasa berwajah garang, tetapi sebenarnya beliau adalah seorang ibu yang amat penyayang. Setiap kali saya dan adik beradik saya membuat suatu kesalahan, memanglah beliau akan memarahi. Akan tetapi, setelah beberapa minit kemudian, suasana marah itu akan bertukar keadaan yang ceria. Seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Seolah-olah bonda tidak memarahi kami sebentar tadi. Tetapi, kenakalan saya yang amat tinggi, masih berdegil dan sentiasa membuatkan bonda marah sehinggakan beliau tidak larat untuk memarahi lagi. Itulah satu kesalahan yang amat besar dari seorang anak, sanggup mempermain-mainkan seorang ibu. Harap segala dosaku diampuni.

Teringat satu ketika, sewaktu saya darjah enam, (sri al-abqari, sri Gombak) selepas loceng sekolah berbunyi, semua pelajar-pelajar berlari untuk pulang ke rumah. Akan tetapi, saya dan rakan-rakan sekelas hanya melihat mereka berlumba-berlumba masuk ke dalam kereta untuk pulang kerana kami semua mempunyai kelas tambahan untuk persediaan UPSR nanti. Saya hanya sempat berjumpa dengan bonda ( ketika beliau ingin mengambil adik ) untuk mengambil sedikit wang saku untuk makan tengah hari dan petang. Setelah bonda pulang, saya dan rakan-rakan ( berlima) langsung ke warung berdekatan sekolah untuk menjamu selera.

Oleh kerana, terlalu asyik makan dan bersembang, tidak perasan waktu tuisyen sudah bermula. Salah seorang rakan terus berhenti makan dan berlari ke sekolah, takut dimarahi cikgu. Akan tetapi, saya dan 3 lagi rakan masih duduk dan terus bersembang. Waktu itu, memang kami tahu, jika terlewat, cikgu akan memarahi kami. Maka kami mengambil keputusan untuk memonteng tuisyen untuk melarikan diri dari dimarahi.

Setelah itu, salah seorang rakan mengajak untul memancing di sebuah tasik, berhadapan dengan masjid sri Gombak. Perjalanannya agak jauh, tetapi kami sanggup ke sana untuk menghilangkan rasa bosan yang ada. Hampir 1 jam di sana, kami mengambil keputusan untuk pulang kerana waktu tuisyen juga hampir tamat.

Pabila sampainya kami di sekolah, tuisyen juga sudah tamat. salah seorang dari rakan yang masuk tuisyen itu, memberitahu kami bahwa yang mengendali tuisyen tadi adalah guru besar. Dan sewaktu tuisyen, guru besar ada menanyakan di rakan yang lain. Maka, rakan yang berlari ke sekolah tadi itu, memberitahu guru besar bahwa kami semua masih berada di warung makan dan ingin memonteng tuisyen. Setelah itu, guru besar memanggil kami berempat ke biliknya. Disana kami dihukum dan dirotan olehnya.( berapa kali ntah..haha)

Sepatutnya, saya pulang ke rumah dengan seorang rakan tuisyen. Oleh kerana, saya di panggil dan denda begitu lama, saya ditinggalkan. Akhirnya, saya pulang ke rumah dengan berjalan kaki sahaja. ( nak dekat 2jam jgk tu..)

Sewaktu dalam perjalanan, di dalam hati saya mengharapkan bahwa, janganlah guru besar memberitahu kepada bonda apa yang telah berlaku. Guru besar yang bernama Ustazah Nuridah Salleh ( sekarang ketua dewan muslimat PAS ) amat rapat dengan bonda. Dalam hati saya tidak berhenti berdoa sehinggalah sampai ke rumah.

Beberapa minit sebelum maghrib, saya tiba di rumah. Bonda tidak ada di rumah. Yang ada hanyalah ayahanda dan adik. Terasa amat lega sekali pabila adik mengatakan bonda memang tidak ada di rumah sejak petang tadi. Ayahanda juga tidak mengatakan apa-apa. Cumamenyuruh saya mandi dan bersiap untuk ke surau. Rasa gembira sekali kerana bonda tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku. Memang takut sekali, sekiranya bonda tahu, comfirm saya akan di pukul..

Setelah pulang dari surau, dari tingkap saya ternampak bonda sedang bersembang di telifon. Saya masuk ke dalam rumah dengan perasaan yang innocent sekali. Mengaggap tidak ada apa-apa berlaku. Tamatnya percakapan bonda di telifon tadi, bonda mengambil hanger baju lalu merontan saya. Rupanya, yang telifon tadi adalah guru besar. (haha..kantoi..)

Selepas dirotan, saya terus ke bilik untuk memencilkan diri. ( kononnya merajuk..padahal ssalah sendiri..haha) Saya menengis di dalam bilik dan akhirnya tertidur. Sewaktu saya tidur, saya terjaga kerana merasakan kaki saya di sentuh. Rupanya bonda sedang meletakkan minyak balm pala di kaki saya di tempat mana saya di rotan. Pada ketika itu, saya hanya buat-buat tidur kerana takut bonda akan memarahi saya lagi. ( lihatlah betapa besarnya kesayangan ibu pada anaknya.. )



Pada keesokan harinya, bonda mengejut saya untuk bangun subuh dan bersiap untuk ke sekolah. Sewaktu sarapan, saya banyak berdiam diri, kerana masih teringat kejadian semalam. Bonda melihat saya dan Cuma menyuruh saya dan adik untuk cepat menghabiskan makanan kerana takut lewat ke sekolah. Sewaktu, bonda menghulurkan wang saku sebanyak RM2,dalam keadaan senyum bonda memberitahu saya untuk belajar elok-elok. Ketika itu, hilang rasa gementar dan pelik seolah-olah tidak ada apa yang berlaku semalam. Itu la bondaku. Tidak menyimpan perasaan marahnya walau senakal mana anaknya.

Setiap kali saya keluar bersama rakan-rakan diwaktu malam, bonda sering mengingatkan saya untuk pulang dengan awal ke rumah. Saya Cuma menjawab “ok, sebelum pukul 1 pg nanti, sampailah.” (haha..lewat tu.) keasyikan bersembang dengan rakan-rakan hinggakan lupa sudah melebihi jam satu pagi. Akhirnya mengambil keputusan untuk tutup majlis dan pulang ke rumah.

Sampainya di rumah, bonda memarahi dan mengatakan “ selagi awak tak balik, mak tak boleh tidur tau tak??” saya cuma mengangguk. Terasa juga kekesalan melakukan sebegitu pada bonda. Walaupun, keluar bersama rakan untuk berbincang dan bertukar-tukar pendapat tentang agama, masih merasakan pentingnya lagi janji terhadap bonda. Itulah kesalahan yang masih dilakukan sehingga kini. Maafkan daku bonda.

Memang tidak dinafikan, ramai rakan-rakan saya yang tukut melihat bonda. Kerana wajah seriusnya. Akan tetapi itu hanya permulaan perjumpaan sahaja. setelah mereka mengenali bonda, mereka mengatakan kepada saya, “ sporting la pulak mak ko dan,,” saya mengangguk dan senyum bangga. Memang semua pada mulanya takut. Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya.

Walaupun begitu, kegarangan dan ketegasan bonda itulah yang banyak menjadikan saya seorang manusia walaupun saya boleh dikatogerikan sebagai anak yang tidak soleh,tidak mendengar kata bonda. Saya sering terbayang dengan kata-kata beliau ketika beliau marah. Terasa kekesalan dan berdosa yang teramat kepada bonda. Dan terasa amat terharu, pabila beliau amat-amat risau tentang keadaan saya dimana sahaja saya berada walaupun saya banyak tidak mendengar kata-katanya.

Seperti yang kakak sulung saya tulis dalam blognya, bahawa, walaupun saya berjauhan dari rumah, bonda sering menghubungi saya seolah-olah saya berada di Malaysia. Kata kakak, “anak manja” (haha..)



Itulah bondaku yang bernama Naznah Taha. Bonda yang amat ku sanjung dan sayangi. Siapalah diri ini jika tiadanya. Tidak dapat terbayar budinya walaupun dunia ini bisa diberikan kepadanya. Harapan saya ialah, agar dosa-dosa saya padanya diampunkan. Semoga dirinya sentiasa di bawah keredhaan Allah taala dan sentiasa dilindungi dan diberikan kesihatan..amin…

Wallahua`lam..

_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me

4 comments:

Deng Anaz said...

ini macam penangan homesick jer..kan betul kita cakap, anak manja..baru 3 bulan kat sana..hisyyy

ramadhan subky latif said...

bkn homesick..im used to be far away lar.. haha.. saje nk cite tentang mak kat member2 yang masih beraggapan mak ni "garang n xsporting." haha...pasni cite pasal apak lak..hehe

Anonymous said...

hahaha..madan..nk tgelak aku bace ni..yg ko ponteng tuisyen tu..kekeke..
sape ek 5 org tu???sape yg kantoikan???kekeke...rindu beb kat mmbe2 kite sume..
-faisal-

ramadhan subky latif said...

hahaha.. sume itu di rahsiakan.. mne leh bagi tau sape.. hahaha.. yg pasti ko xde kan.. heee