Monday, August 1, 2011

Syukur.. Dapat mencipta lirik dan lagu sendiri... ^_^

Alhamdulillah.. Setelah beberapa lama rasa nak menjadi composer, kini barulah berhasil satu lagu karya dan hasil dari diri sendiri.. Memang tak dinafikan.. lirik sahaja berbulan2 baru siap. Begitu juga dengan nada melodinya lagi.. musik background lagi. Alhamdulillah.. baru siap satu.. Rasenya ni kali terakhir juga kot.. hehe..

Lagu yang berjaya berhasil ini masih belum ada tajuknya lagi.. Sebab lagu pun belum sepenuhnya complete. Suara latar pun tak ada lagi.. Saja buat lagu ni sebab nak merasai jugalah kan lagu sendiri.. ^_^ So, hasilnya saya sudah autoplay kan di blog saya sendiri.. Maaf atas kekurangan suara.. Terima kasih kepada teman dari Indonesia atas bantuannya memberi saya peluang sepenuhnya di studia miliknya sendiri.. Semoga Allah membalas jasa dan budi enta.. Di sini saya sertakan liriknya sekali..

wallahua`lam..

**************************


Jarangku dengar namamu,
inilah kali pertamaku,
berterbangan melewati mimpiku,
tersedar dihening fajar..

ku hanyut di dalam lamunan,
mungkin ianya cuma kebetulan,
diterjemah namamu kesetiaan,
ternyata ia bukan khayalan..

(Reff)
tanpa melihat ku senang ketegasanmu,
tanpa mendengar ku akur ketaqwaanmu,
terpaut diriku pada perwatakanmu,
ku tahu ada yang tersembunyi dinamamu..

tatkala bertemu aku hanya menyepi,
diriku seolah hilang percaya diri,
berbisik hatiku bersyukur kepada Ilahi,
ternyata kau umpama seorang bidadari..

terbit dihatiku satu kekuatan,
inilah fitrah dari seorang insan,
tanpa kau sedari ku luahkan hasratku,
pada kedua ayah dan ibumu..


*(Reff)

wahai srikandi dengarkanlah,
hasratku ikhlas adalah kernaNya,
janjiku bukan hanya di atas nama,
seandai ini adalah suratannya..

Harapanku kau sentiasa ceria,
ku bertawakkal segala hanya padaNya,
doakan daku wahai puteri mimpiku,
semoga diriku lebih bermakna..

Composer : Ramadhan Subky
Lirik : Ramadhan Subky
Musik : OIN Takaza

Hak Milik Cipta Terpelihara..

Saturday, July 30, 2011

ALHAMDULILLAH.. MENDAKAP GELAR SARJANA HUKUM ISLAM


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rahmat dan nikmat dari-Nya, pada tanggal 23 julai 2011 dapat jua ku mengakhiri zaman bujangku di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.. walaupun terpaksa meredah beberapa ujian dan rintangan sebelum konvo, sungguhku bersyukur dapat melintasi segala masalah2 dengan jayanya..

Pada asalnya, tarikh konvo adalah pada 16 julai 2011. Ayahanda dan bonda juga telah mem`planning` dari awal untuk hadir sekali pada tarikh tersebut. tiket semua dah beli termasuk tiket pulangku pada tarikh 18 julai. saat itu rase gembiranya Allah sahaja yang tahu. sehinggakan kalaulah ada orang pukul pun, akanku senyum je.. (terlalu excited agaknya..kalau je pun.. hehe).. saban hari menanti waktunya hadir, tiba2 dunia jadi gelap. dapat khabar dari universiti, tarikh konvo ditunda seminggu, bersamaan dengan 23 julai. Ya Allah.. waktu dapat berita tu, berlari cari orang yg bagi khabar tu. nak dia bagitau depan mata sendiri. nak tengok riwayat sahih atau dhoif.. bila jumpa je, orang yang bagi khabar tu pun tengah kelam kabut.. sebab dia pun sahabat yang akan konvo sekali. rupanya memang sah.. konvo ditunda ke tarikh 23 julai.. rasa nak gugur jantung.. nak ikutkan, ikut la nak tunda lewat mana pun.. tapi, yang agak sakit hatinya, sebab, lagi 2 minggu nak konvo baru bagi info. mana tak gugurnya.. tiket dah beli. parent pun dah confirm nak datang. waktu tengah kucar kacir tu, terus amik keputusan, "aku tak nak ikut konvo".. balik terus lagi best.. yelakan, nak tukar tarikh tiket, walaupun ke Jakarta je, sah dah sorang rm100.. 3orang kene tukar. tapi, malang masih berpihak padaku lagi, ayahanda dan bonda kene hadir kenduri sepupu kat Bangi tepat pada tarikh konvo tu. Masa tu lagi kuat la rasa nak balik sekali je dengan ayahnda bonda.. Dan akhirnya, setelah dikaunseling oleh keluarga dan fakulti, tewas juga dalam peperangan. "IKUT JUGALAH KONVO".. (anugerah punya pasal) hehe..

Walaupun konvo dah berakhir dengan selamat, ada jugalah rasa sedih tu, tak ada wakil yang dapat hadir ke konvo. Tapi syukur juga, banyak sokongan dari sahabat-sahabat se-Malaysia di Jakarta hadir waktu konvo.. Boleh dikira wakil la jugakan ^_^




Kini gelaran Sarjana Hukum Islam telah dipatri pada nama dan diri.. Secara automatiknya juga, gelaran Alumni UIN Syarif Hidayatullah juga disandarkan. Dan alhamdulillah, disebalik ujian yang diberi, ada juga hikmah-hikmah yang diperolehi, yaitu, mendapat anugerah dekan, serta menerima anugerah mahasiswa terbaik mewakili jurusan siyasah syar`iyyah pada konvo kali yg ke 84 ini.




Insyallah sekiranya ada rezeki, ingin juga menyambung pelajaran ke peringkat MA. Harapnya di Malaysia pulaklah. Sebelum tu, sekiranya tidak ada halangan pada akhir tahun ini, insyallah mungkin akan ke Madinah atau Syria untuk mendalami Bahasa Arab pulak.






Wallahua`lam..

P/S :
-bersabarlah dalam setiap ujian yang telah diberi. disebalik ujian ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
- berbincanglah sebelum membuat suatu keputusan. kadang kala seorang manusia ini tidak akan dapat berfikir dengan betul, pabila ada ujian berat yang bakal dihadapinya.
- jangan mengejar anugerah, kerana anugerah semestinya berilmu.. Kejarlah ilmu, kerana ilmulah mengajar kita menjadi manusia yang jitu.

Tuesday, March 8, 2011

IMAM MUDA QARYAH

(Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur)

Tuan,

TAWARAN MENGIKUTI PROGRAM IMAM MUDA QARYAH (IMQ)

Dengan hormatnya saya diarah merujuk perkara di atas.

Sukacita memaklumkan bahawa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan mengadakan Program Imam Muda Qaryah (IMQ) bagi melahirkan pelapis generasi muda yang mampu menjadi imam yang berkelayakan dan berkebolahan.

Sehubungan itu, tuan adalah ditawarkan bagi mengikuti program tersebut dan diminta untuk menghadiri sesi pendaftaran dan taklimat pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut;

(surat dari JAWI)
*********

Sebelum pulang ke Malaysia baru2 ni, ayahanda dan bonda ada minta gambar ukuran passport dan butiran2 peribadi. Ingatkan untuk resume kerja atau sewaktu dengannya. Tapi bila tanya, jawapan mereka, " nak daftar awak masuk Imam Muda ". Agak terkejutlah sekejap. Boleh pulak orang yang tak duduk kat Malaysia nak masuk Imam Muda. Nak uji bakat lagi, pendaftaran lagi, macam2la prosudernya. Bila tanya, jawab mereka, "Ini tak payah uji bakat, bukan Imam Muda Oasis tu. Kalau Oasis tu memang la kene uji bakat." Ada pulak imam muda tak payah uji bakat. Apa bezanya dengan Imam Muda Oasis tu.. Pelik la juga pada awalnya tu. Bila dah dapat tahu semua maklumat, baru la paham.. Perbezaannya :

1. Imam Muda Oasis (IM)adalah program realiti, manakala Imam Muda Qaryah (IMQ) ini adalah program seperti kursus sahaja.

2. Peserta IM akan dipilih seramai 10 orang sahaja dari seluruh Malaysia (kalau tak salah) untuk mengikuti program tersebut, manakala IMQ menerima seramai 600 orang perserta yang tinggalnya di seluruh kawasan Wilayah Persekutuan.

3. Program Realiti IM membuka ruang kepada masyarakat Malaysia untuk melakukan undian kepada peserta IM, manakala IMQ tidak mempunyai sebarang undian.

4. Peserta IMQ kesemuanya dapat mengikuti program yang berlangsung ini sehingga ke akhirnya, selama 4 bulan, manakala peserta IM akan dikurangkan pada setiap hujung minggu.

5. Yang terakhir, program IM ini di buat secara langsung masuk ke dalam television, dan IMQ tidak masuk ke layar.

Inilah antara perbezaannya. Pada minggu terakhir, akan dipilih 10 dari 600 orang peserta terbaik IMQ dan diuji 10 orang antara mereka yang mana akan menjadi juara IMQ sesi 2011.
Yang tidak berjaya hingga ke minggu terakhir ini, akan diberikan Tauliyah Imam Muda dari Mufti Wilayah Persekutaan.

Kursus IMQ ini diadakan pada setiap hujung minggu sahaja hingga ke bulan 7. Sewaktu taklimat awal, bila dengar semua modul2 yang akan diberikan, rasa macam tertarik untuk duduk hingga ke akhirnya, dengan tenaga pengajarnya yang bukan calang2 orangnya, modul yang begitu mantap dan padat, dan bermacam2 lagi. Tapi sayangnya, perlu pulang ke Indonesia pada pertengahan bulan 3 ini. So, duduk setakat mana yang sempat jela. Kedatangan yang kurang dari 80% akan di keluarkan nama secara automatik. (terasa macam xnk balik Indonesia la pulak )

Alhamdulillah ini minggu lepas adalah minggu yang ke 3. Cuma tinggal 1 minggu sahaja lagi untuk saya menimba ilmu di IMQ. Tak sempat lagi nak kenal dengan semua peserta. Ramai sangat. So, berkenalan dengan seramai yang mampu.

(xdapat duduk sampai habis pun xpela.. asalkan dapat baju.. hehe)

Oklah. Ini sahaja entry kali ni. nak tulis banyak pun, tak banyak pengalaman yang dapat. Insyallah kalau ada lagi Program IMQ ni tahun depan, nak join la.
akhir kalam, Wassalam..


p/s :

- untuk sahabat2 yang sedang berjuang di dalam IMQ dan IM, semoga berjaya hingga ke akhirnya. Semoga kalian menjadi modal Insan yang berguna pada masyarakat.

- minggu lepas 5-6 haribulan 3, ada uji bakat IM di Kuala Lumpur.. Ada juga yang tanya, xnak cuba ke uji bakat tu. mampu senyum jela.. (xlayak lagi nak masuk IM tu..)

- Walaupun ilmu yang peroleh itu sedikit, jika ia diamalkan dengan penuh istiqamah, ianya lebih baik dari yang menimba ilmu yang banyak tetapi tidak mengamalkannya..