Thursday, July 30, 2009

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR....




Pada tanggal 28 julai baru-baru ini, terserlah senyuman dari wajah ayahanda ketika sambutan hari jadinya yang berlansungkan dirumah beliau. Majlis telah dihadiri oleh sahabat rapatnya iaitu Ust Hassan Syukri dan Tn Hj Mursyidi serta dihadiri oleh staff siasah, harakah, staff markaz pas dan saudara-mara terdekat..



Berlangsungnya majlis pada pukul 12 tengah hari yang dimulakan dengan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ust Hassan Syukri dan tamat majlis pada petangnya.

(ayahanda bersama Ust Hassan & Wan Azman)

Berbagai-bagai juadah disediakan oleh bonda sendiri antaranya nasi dagang Terengganu, bihun soto, dan nasi berlauk udang masak tumis, daging kambing bakar, keli goreng berempah, daging masak kicap, ayam goreng, asam pedas dan ikan masak lemak. Dan tidak lupa juga kek yang menarik perhatian ramai..





( kek tajaan dari warisan baiduri )


Alhamdulillah jamuan telah berlangsung dengan tenang dan selamat. Namun, setelah jamuan tamat, satu upacara yang telah mengejutkan satu rumah yang telah dilangsungkan oleh salah seorang cucu ayahanda iaitu upacara menghancurkan kek..( nasib tak hancur semua )

( pada awalnya.. )

( Raja Dzia Rayyan irtiza bersama kek mainannya )

( akhirnya..... jadi pe ntah nih... )

Anyway, gembira dapat tengok ayahanda sambut harijadinya. Walaupun sudah yang ke 69, tidak ada bezanya sambutannya dengan 29. Semoga ayahanda dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan setiasa diberkati ilahi serta diredhai amalanya.. aminn..

( staff harakah & siasah )

( Raja Dhia Nazneen Insyirah )


( ayahanda bersama Taufeeq Yahya & Lutfi Othman -pengarah harakah- )

Wallahu`alam.

Monday, July 27, 2009

RESULT??

“Salam.. enta 1 jer yg xluls.. anta kna tasfiyyah ykni maddah Al-Quran..”


Sms ni telah saya terima daripada Al-fadhil Sheikh Mufti `allamah Ust Ikram pada tanggal 23 julai baru-baru ni dimana markah-markah peperiksaan akhir semester dikeluarkan. Sehari sebelumnya, ramai sahabat-sahabat sudah mula bertanyakan bagaimanakah dengan result? Jawapan saya hanya tunggu dan lihat esok..


Memang tidak dinafikan debaran yang melanda atas diri saya pada malam itu. kerana peperiksaan kali ini amat payah dan susah. Tidak seperti semester yang lalu. Mungkin kerana ada sedikit keringanan atas sebab-sebab yang tertentu.


Jika tidak lulus satu maddah, kenalah mengambil ulangan pada 28 julai. Begitu juga dengan 2 maddah. Akan tetapi, jika tidak lulus 3 maddah, pihak hal ehwal akademik akan memastikan mereka yang tidak lulus 3 maddah itu akan dimasukkan kedalam semester 3. Begitu juga dengan 4 maddah. Jika melebihi dari 5 maddah mereka akan dikenakan ulangan tahun..


Dan juga telah disyaratkan kepada tahun akhir, mereka tidak layak untuk mengambil konvo dan sijil jika mereka tidak lulus melebihi dari 2 maddah. Mungkin syarat sebegini dilakukan juga di kolej-kolej yang lain. Inilah sebenarnya yang amat merisaukan saya.


Walaupun hanya satu maddah yang saya tidak lulus, yakni Al-Quran, tidak melemahkan diri untuk bersyukur kehadrat Ilahi. Malahan tergelak ayahanda dan bonda pabila dimaklumkan keputusan saya itu. Bagaikan tidak percaya kerana selama ini tidak pernah lagi tidak lulus dalam maddah Al-Quran. Mungkin takdir Ilahi.


Setelah keputusan itu telah di’comfirm’ kan sendiri oleh ust zailani ( bahagian akademik ), ust ada mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan keputusan yang dimaklumkan. Kemudian, rakan saya menghantar sms,

“macam mane aku nagn ko bleh xlulus al-quran? Pelik tul.. yg xhafiz boleh dapat jayyid jiddan.. yg hafiz dpt dhaif jiddan.. ape cer??”


“eh, aku ingat aku sorg jer yg xlulus.. ko pun xlulus gak ek? Haha.. gi nek bas ngan aku la 26 ni yer..kih3. aku pun xtaula.. mls plk nk gi. Yelakan, kalo makbul tu boleh terima lagi la.. ni dhaif jiddan tuu..xpe la nk aku try member kudqi cek balik..” saya menjawab..


Markah untuk dhaif jiddan ialah lingkungan 15-20 perseratus. Seperti mana yang ust zailani mengatakan, ada sesuatu yang tidak kena. Dan yang amat memushkilkan saya ialah dhaif jiddan. Bukan kerana tidak puas hati dengan markah tersebut. Tetapi seperti tidak memadai dengan jawapan yang telah saya tulis waktu exam.

Setelah menghubungi rakan-rakan di KUDQI, mereka memberitahu saya pihak atasan akan menyemak kembali markah-markah yang telah dikeluarkan. Mereka akan memaklumkan pada 26 julai jika ada perubahan. Maka perasaan debar datang kembali. Dengan harapan LULUS..


Kemudian pada tarikh yang dijanjikan, keputusan yang baru telah diumumkan. Rakan-rakan yang lain sudah mengetahui markah mereka. Saya mengambil keputusan untuk ke Klang untuk melihat sendiri markah yang bakal diperolehi..


Semasa dalam perjalanan ke klang, seorang rakan saya menghubungi saya dan memaklumkan bahawa saya lulus dalam maddah Al-Quran.. begitu juga dengan rakan yang tidak lulus bersama saya itu. namun begitu masih terasa untuk melihat sendiri keputusan yang diumumkan.


Alhamdulillah, syukur kepada Allah taala diatas pemberian nikmatnya dan rasa kasihnya kepada hambanya yang lemah ini, bukan sahaja Al-quran, tetapi lulus kesemuanya..


Ingin saya ucapkan bebanyak terima kasih dan syukran atas pertolongan kalian membantu dan memberikan saya semangat ketika peperiksaan hari itu sehinggalah kini..


Semoga kalian juga memperolehi markah yang lebih tinggi dari saya.. semoga dapat konvo dan menerima sijil bersama..aminn


Wallahua`lam..


p/s:

-firman Allah swt

“ barang siapa yg bersyukur, akan aku gandakan nikmatnya.. dan barang siapa yang ingkar, sesungguhnya azabku amatlah pedih..”


- sheikh iqre, jazakallahu khair...=)haha


-dan barang siapa yang nk tahu markah saya, tanye sendiri lah yer…=)

TAHUKAH ANDA??

Kita selalu mendengar kisahnya Nabi Adam AS.Dan kita juga terlalu tahu tentang kejadianya manusia itu adalah dari tanah. Tetapi apakah kita tahu akan tanahnya itu?

Apakah kita tahu akan prosesnya kejadian itu?

Mari kita baca kupasan yang sedikit ini, mudah-mudahan kita lebih mengetahui tentangnya dan Insyallah dapatlah kita mempelajarinya bersama-sama. Berpesan- pesanlah pada kebaikan dan berpesan-pesanlah pada kesabaran.


BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DARI BUMI UNTUK NABI ADAM AS (ABUL BASYAR / Bapa segala manusia)


Pada suatu ketika, Allah SWT memerintahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi kuathir Adam akan menjadi maksiat kepada Allah.

Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.

Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.

Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
” Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu.”

Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: “Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia.”

Maka kuathirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.Lalu Allah berfirman lagi:

“Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya, dan aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.



JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Mugaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdiringa Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10. Tanah India
11. Tanah syurga
12. Tanah Tha’if

Menurut Ibnu Abbas:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks(berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10.Tulangnya dari tanah Bukit Thursina,alat peneguh tubuh manusia.
11.Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah iman, keyakinan,ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha’if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.






PROSESNYA KEJADIANNYA:

1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam “sifat”.

2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman “Jabarut” kemudian diletakkan didalam “Alam Malakut”.

3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan “tubuh Adam” adalah tanah pilihan Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah, dan dirasmikan dengan air hujan “Barul Uluhiyah”.

4.Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air “Kudral-Izzah- Nya” iaitu sifat “Jalan dan Jammal”.Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.

5.Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada Izrail.

Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai peringatan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan.

Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.

Tujuh buah letaknya adalah di:
1. Kepala : dua.liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah: Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.

Dijadikan pula lima buah pancaindera:
1. Mata alat penglihatan
2. Hidung alat penciuman
3. Telinga alat pendengaran
4. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
5. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.

Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam :

Lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.

Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu
bahagian badannya masih merupakan tanah keras.

Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.

Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka.
Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan
Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata :”Yarhamukallah” yang membawa erti: “Semoga engkau diberi rahmat Allah”.

Oleh kerana itu jika orang bersin, menjadi sunat mengucap “Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya sunat pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:
“Dan adalah manusia itu, suka tergesa-gesa” .(Al-Israk: II)

Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke syurga tempat mula-mula Adam dijadikan.

PERSOALANNYA...

Nabi Muhammad saw diutuskan untuk membentuk kerajaan Islam bertunjangkan iman, aqidah dan taqwa dan membebaskan manusia-manusia dari jahiliyyah. Dengan pertolongan dari Allah taala dan Al-quranNya, baginda berjaya menempuh segala halangan dan rintangan yang diletakkan dihadapan baginda. Malah baginda berjaya menarik hati-hati manusia untuk berikrar bahawa tiada tuhan selain dari Allah taala dan baginda adalah pesuruh Allah taala…

Ummah nabi Muhammad saw pula diamanahkan oleh baginda untuk memperluaskan agama islam antara satu sama lain. Nabi saw bersabda,

“ummatku adalah ummat yang terbaik dari ummat yang lain..”


Sabda baginda juga,

“barang siapa yang tidak mengikuti sunnahku, maka bukanlah mereka dari ummatku.”


Digolongan manakah kita??


Bintang diciptakan sebagai perhiasan di alam semesta,

Awan diciptakan sebagai tempat untuk berteduh,

Bukit diciptakan sebagai paku di bumi,

Setiap ciptaan Allah taala ada tujuan dan kebaikanya..

Maka apakah kita diciptakan tanpa tujuan??


Firman Allah swt,

"وما خلقت الجنّ وإلانس إلا ليعبدون"

“ tidaklah aku menjadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku..”


Apakah kiita diciptakan sekadar untuk menikmati keindahan alam??

Firman Allah taala,

"إن الذين امنوا وعملوا الصلحت كانت لهم جنّت الفردوس نزلا خالدين فيها"

“ sesungguhnya bagi org yang beriman dan beramal soleh adalah syurga firdaus, yang menjadi tempat tinggal mereka kekal selamanya..”


Syurga manakah pilihan kita? Di syurga firdaus atau di syurga bumi yang hanya sementara??

Sama-samalah kita renungkan..=)

Wednesday, July 22, 2009

NIAT...

Islam mengarahkan kita untuk beribadat dan menuruti segala perintah Allah swt,
kita turut..

Islam menyuruh kita mengikut sunnah kehidupan harian Nabi saw,
kita ikut..

Kita diwajibkan untuk mengucap dua kalimah syahadah untuk membuktikan kita beragama Islam,
kita ucap..

TETAPI,

Apakah niat di hati kita ini betul ketika beribadat, mengikuti sunnah dan mengucap dua kalimah syahadah??

Apakah kita beribadat KERANA kita rasa nak turut??

Apakah kita mengikut sunnah baginda KERANA kita rasa nak ikut??

Apakah kita menggelarkan diri kita Islam TETAPI sekadar atas nama??

Apakah solat yang kita lakukan 5 waktu sehari adalah KERANA waktu yang tetapkan??


Wahai sahabatku,
Luruskanlah niatmu, ketahuilah bahawa kepada ALLAH SWT kita beribadat, KERANA DIALAH yang mincipta alam semesta dan makhluk. DIALAH yang maha agung dari segala yang agung. Tiada tuhan selain ALLAH SWT.. Dan ketahuilah bahawa Muhammad saw adalah rasulNya.. Mengikuti sunnah baginda membuktikan kita adalah ummatnya.. Jadilah seorang muslim yang Islam pada amalnya, Islam pada perkataanya, Islam pada sifatnya, dan Islam pada setiap gerakannya,
Semoga kita semua sentiasa diredhai oleh ALLAH SWT. Dan berdoalah kepadaNYA agar segala ibadat kita diterima olehNYA....
AMINNN......

Monday, July 20, 2009

SIFAT MANUSIA SEMUANYA BERBEZA....



“ Nobody is perfect in this world. And nobody is always true.. but as long the imaan is concern, we can try to be perfect and true. That`s why we must learn from the mistakes to be perfect stop lying to be true. This is what Islam has thought us..”

Masih terngiang-ngiang di telingaku, kata-kata ini yang telah diucapkankan oleh ustazku Moulana Muhammed Durwesh Saheb ketika beliau memberi sedikit taklimat didalam kelasnya satu ketika dahulu. Beliau adalah ustaz yang telah mendidik dan mendorongku dari awal hingga tamat pengajianku sebagai seorang Al-hafiz. Walaupun sudah lama tidak bertemu beliau, kata-kata nya yang berhikmah masih kekal di ingatanku seakan baru semalam beliau bermadah. Dan kata-katanya juga telah membantuku untuk terus berusaha hingga keakhir tangga kejayaan..

Sewaktuku berada di tahun 2 kursus alim ( ad-dirasah islamiyyah ) di afirika selatan, prestasi pelajaranku banyak merosot. Markahku menurun dari jayyid jiddan ke makbul. Ketika menerima keputusan itu, ramai rakan-rakanku menanyakan bagaimana keadaan sebegitu berlaku. Mereka pelik dengan markah ku itu. Walaubagaimana pun, ku redha dengan pemberian itu. masih banyak lagi masa untuk terus berusaha..

Akan tetapi, ada juga sebahagian yang memerli dan mengejekku. Mereka membandingkan diriku dengan abangku yang digelar sebagai ‘genius’ kerana selalu berada di tempat pertama dalam kelasnya dari awal tahun hingga akhirnya. Memang tidakku nafikan kekurangan diriku berbanding abangku. Ku akui diriku ini agak payah untuk memahami. Tetapi ku beruntung kerana abangku juga sentiasa membantuku dalam pelajaranku. Dia faham keadaanku. Dan memberitahuku untuk mengabaikan kata-kata orang lain.

Namun begitu, angin-angin tidak puas hati mereka masih dapat dirasai. Ku masih bingung mengapa mereka jadi begitu. Dan juga, ku pelik apakah kaitan markahku dengan abangku. Jika untuk dibandingkan dengan ayahku, mungkin ada juga sedikit logiknya. Dengan pepatah “ayah borek, anak rintik”. Mereka ada mengatakan macam-macam kepadaku. Dan ku abaikan kesemuanya..



Ditakdirkanku seminggu kemudian ku demam selama 2 minggu berturut-turut. Dan ku tidak berdaya untuk hadir ke kuliahku sepanjang itu. Pada awalnya, ku anggap selsema biasa yang akan menyinggap hanya selama 2 atau 3 hari sahaja. akan tetapi lain pula jadinya. Pada itu kedengaran lagi angin-angin yang tidak dapat ku elakkan itu. Mereka menganggap diriku sudah jadi seorang pemalas. Suka meninggalkan kuliah dan lain lagi. Pabila ianya sampai ke telingaku, ku menggagahkan diriku untuk ke kuliah di sesi pagi. Tetapi ku hanya dapat bertahan untuk satu maddah sahaja. kemudian ku ke kamar untuk berehat. Namun, masih tidak dapat membuktikan kepada mereka bahawa diriku bukan pemalas. Hilang sedikit semangatku untuk meneruskan pelajaran .

Setelah ku sembuh, ku pergi bertemu ustaz ku yang mengajarku ketika di kursus tahfiz. Beliau juga agak terkejut dengan keputusan examku. Namun, beliau hanya mengatakan,

“ keep on moving and ignore the others. Appreciated what have been given to you. Believe in yourself. Nobody is perfect in this world. And nobody is always true.. but as long the imaan is concern, we can try to be perfect and true. That`s why we must learn from the mistakes to be perfect stop lying to be true. This is what Islam has thought us..”

Ketika itu semangatku datang kembali. Ku bersyukur kerana Allah swt telah memberikan ku petunjuk untuk meneruskan perjuanganku. Pada waktu ku meminta diri untuk pulang ke kamar, ustazku memesan lagi,

“ before you do something, your intention must be correct. Although you are very-very clever, but your niyyah is for showing, then there are no use. At that time the stupidest person with correct niyyah is more noble than him.”

Ku mengangguk kepalaku dan beredar.

Sebelumku memejamkan mata untuk belayar ke dunia demensiku, ku memikirkan kata-kata yang telah dilontarkan kepadaku. Setiap benda yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Ku sedar bahawa ada juga baiknya mereka berbuat demikian kepadaku. Memberikan ku semangat untuk berusaha lebih lagi. Walaupun ku masih tidak berjaya mendapat markah tertinggi, namun, ku berpuas hati dengan markahku. Kerana bukanlah markah jadi rebutanku. Tetapi keredhaan dan keberkatan ilmu yang telah di berikan kepadaku. Sabda Nabi saw,

ان الله لا ينظر الى صوركم واجسامكم ولكن ينظر الى قلوبكم وأعمالم

“ Allah swt tidak melihat pada rupa dan bentuk kamu, tetapi melihat pada hati dan amalan-amalan kamu.. “

Ku juga teringat satu doa untuk menerangkan hati yang telah diberikan kepada semua pelajar-pelajar disana, oleh seorang sheikhul hadis Moulana Dzulfikar Saheb dalam ceramahnya, dimana ku juga masih mengamalkannya sehingga kini. Dan alhamdulillah, dengan keizininan Allah swt, hatiku telah terbuka dan mudah untuk memahami dalam pelajaranku. Doa itu ialah,

اللهم نوّر قلبي واطلق لساني وزد قوّة سمعي وبصري وجعلني فوق كثير من الخلق

“allahumma nawwir qalbi wa atliq lisani wa zid quwwata sam`I wa basari wa hifzhi wa ja`alni fauqa kathirim minal khalqi “

Sama-samalah kita sampaikan dan amalkan..
Wallahua`lam…

(waktu kakak tunjuk nset baru die)

p/s:
- Janganla memandang rendah terhadap seseorang. Kerana mungkin orang itu lebih tinggi ilmu nya atau keimanannya dari kita..
- Cubalah untuk sentiasa berfikiran positif kepada semua ( حسن الظنّ )
- Janganlah bandingkan kelemahan kita dengan yang lain. Tetapi berlumba dalam kebaikan kerana Allah swt..
- Dan perbetulkanlah niat sebelum melakukan sesuatu,kerana tiada amalan tanpa niat dan tiada niat melainkan hanya kerana Allah swt..

Tuesday, July 14, 2009

CINTA DAN BENCI KERANA ALLAH..

Dalam diri manusia, semestinya ada perasaan cinta dan benci.. Inilah di antara anugerah yang Allah swt berikan kepada manusia untuk menggunakan dan diarahkan pada hal-hal yg positif sesuai dengan yg Allah swt dan Rasulullah saw inginkan.

Kadang kala, manusia belum tahu bagaimana cinta dan benci dalam dirinya diarahkan kearah yg benar.. Seringkali manusia mencintai sesuatu yg tidak ada manfaat baginya.. Begitu juga sebaliknya.. Membenci sesuatu yg sebenarnya punyai manfaat baginya..

Sesungguhnya, cinta dan benci itu termasuk dalam pintu-pintu kebaikan yg dianugerahkan oleh Allah taala untuk kebaikan.. Tidak hanya di dunia, bahkan juga di akhirat kelak. Cinta dan benci akan membawa manusia meraih kebaikan di dunia dan akhirat jika keduanya ditempatkan sesuai dengan petunjuk Allah dan RasulNYa..

Manusia yg beriman kepada Allah akan menyandarkan rasa cinta dan bencinya pada dengan petunjuk dari Allah dan RasulNya.. jika Allah swt mengarahkan kepada hal-hal yg dikehendakiNya, maka manusia yg beriman harus tunduk dan taat kerana pada hakikatnya itulah yg sepatutnya dilakukan.. Kerana bahawasanya semua yg diperintahkan Allah dan RasulNya pasti akan mendatangkan kebaikan kepada manusia di dalam alam...

Wallahualam...

MENGHITUNG HARI....

Setiap kali bangun dari tidur, pasti kita akan melihat jam yg berdetik.. Pukul berapa sekarang nih?? Malam lagi or pagi dah?? Yg penting sekali mesti dimulakan dengan hari.. Kot-kotlah mana tahu kembali ke zaman silam.. Ntah-ntah ke alam barzakh?? Wallahualam...

Maut itu datang dalam keadaan yg berbeza-beza.. Tiada sesiapa pun yg tahu bila ajalnya datang.. Nabi junjungan kita Muhammad SAW, baginda sendiri tidak tahu bila waktu kewafatannya tiba.. Malahan sahabat-sahabat, mereka tidak menghiraukan bilakah ajal mereka.. Bahkan, mereka berlumba-lumba mengejar syahid yg menanti.. Kerana, imam mereka sudah seteguh bukit bukau,yg menjadi paku dipaksi bumi, untuk menjaga kestabilan bumi.. Dan juga seakan akar tunjang di tanah.. Mereka sudah bersedia untuk menghadapi segala rintangan untuk menjejakkan tatap kaki mereka ke syurga..
Namun, mereka juga tidak tahu bilakah tarikh ajal mereka... Apatah lagi kita??



Setiap kaliku melihat kalender yg dilekatkan bersebelahan tv di rumahku, akan ku hitung bilang hari-hari yg akan mendatang.. Tidak pasti apakah yg menyebabkan diri ku jadi sebegini.. Sebelum ini ku cuma menatap kalender, sewaktuku berada di luar negara.. Kerana rinduku untuk pulang, hinggakan sanggup mengira berapa bulan, minggu dan hari untuk bertemu tarikh kepulanganku.. malahan jam dan saatnya juga jadi hitungan... mungkin itula diantara sebab kalender diciptakan.. Senang juga untuk mereka-mereka yg malas dalam ilmu matematik ni.. Boleh jadi rajin gitu.. =)

Namun, ku masih belum menemui jawapannya.. Apakah yg ada di sebalik keresahan tatkala ku menatap kalender yg tidak seberapa ini.. Apakah kerana result peperiksaan sem akhirku? ataupun kerana tarikh konvo ku?? or kerana keberangkatanku ke indonesia tak lama lagi??

walhal, dengan kerana konvoku pada tanggal 14 ogos ini, ku masih seia menghitung bilangan harinya.. Tetapi, mengapa tidak menghitung tarikh keluar resultnya?? bukankah result itu lebih penting dari dari konvo?? Yg menentuku samada dapat ku memakai jubah konvo yg akan disediakan nanti??

jawapannya... malas nak pikir dah.. kita lihat dan tunggu nanti..hehehe....
wallahuallam.....

p/s:
-muslimin kudqi tolong cek result ana nanti...jangan lupa send gambar no...=)
-semoga yg bersama-sama tahun dengan ana dapat menerima anugurah yg selayaknya...
Yg penting kita konvo bersama insyallah... aminnnnnnnnn......

Monday, July 6, 2009

SEBULAN??



dont know what must to do...
screeming?? nope...
jumping?? nope...
running?? nope...
do nothing?? er..nope..
ingat org kene kejar makhluk ker?? nope..
huhu.. nope...
what?? nope...
ei... nope...
ok2.... nope...
nope??? yes...

bende nih...huhu...testing nk cari ilham...tp xjumpe.. wallahualam...insyallah ade la nnti...

erm..jap2... sebab ape title SEBULAN tu??
hehe...nope..
isey.. nope...
ish... nope...
dah datang dah... yup..

em, sebenarnye xperasan lak rupenya dah sebulan berada di terengganu ni...rase macam baru.. tp xpelah...akhir zaman.. cepat mase berlalu..zaman nabi dulu, sahabat boleh berbuat macam2 ibadah dalam mase yg singkat.. mase yg diberkati Allah SWT... but kite ni?? Allahuakabar... dgn dosa yg bertingkat-tingkat.. ibadah yg tersekat-sekat..
ruang zhulumat yg jauh pun dh jadi dekat...astghfirullahal azim...

" Ya Allah ya tuhanku, berkatilah hidup hamba-hambaMu yg lemah ini.. kami memohan keampunan dariMu ya Allah.. ampunilah dosa-dosa kami... letakkan lah kami ke jalan yg Engkau redhai.. Ya Allah, kami tidak nafikan di dalam hati kami ini penuh dengan titik hitam yg mengawal nafsu kami, dan kami tidak mampu untuk melawannya... Ya Allah, kurniakan lah kami kekuatan untuk berhadapan dengan musuh hati kami ini.. teguhkan lah iman kami..terangkan lah hati kami dengan pancaran nur hudayah MU ya Allah, agar dapat kami kami dapat khusyuk dan tawadduk dalam beribadah kepadaMU, hinggakan kami depat merasai kemanisan beribadah kepadaMU ya Allah Ya rahman Ya rahim "... amin...

well, teringat pulak time belajar dulu ek...macam mne dalam mase yg pendek, boleh jadi panjang... wallahualam.. nnti la cite len.. but, syukur alhamdulillah, sebelan ni bermakna exam pun nk abis.. tu yg rase nk melompat pun ade.. jerit pun ade..tp tu sume bukan keje org yg wise la... behold on urself right?? hehe...

anyway, abis exam ni xbermakna abis exam yg len kan?? ade bnyak lagi tanggung jawab yg harus selesaikan.. tanggung jawab yg xkan selasai, selagi kaki kiri belum menapak ke pintu syurga..insyallah kite sume tergolong dalam golangan mereka yg awal ke syurga..

tapi xsalah nk gembira kan...ada batasan nye.. hehe... well, 2 kitab je lagi.. pasni ade program bawah KUDQI lak.. then tunggu result lak... eh, RESULT?????
hmm....another main task....ni yg paling riso ni....huhu...

to be continue............... ^_^