Monday, July 20, 2009

SIFAT MANUSIA SEMUANYA BERBEZA....



“ Nobody is perfect in this world. And nobody is always true.. but as long the imaan is concern, we can try to be perfect and true. That`s why we must learn from the mistakes to be perfect stop lying to be true. This is what Islam has thought us..”

Masih terngiang-ngiang di telingaku, kata-kata ini yang telah diucapkankan oleh ustazku Moulana Muhammed Durwesh Saheb ketika beliau memberi sedikit taklimat didalam kelasnya satu ketika dahulu. Beliau adalah ustaz yang telah mendidik dan mendorongku dari awal hingga tamat pengajianku sebagai seorang Al-hafiz. Walaupun sudah lama tidak bertemu beliau, kata-kata nya yang berhikmah masih kekal di ingatanku seakan baru semalam beliau bermadah. Dan kata-katanya juga telah membantuku untuk terus berusaha hingga keakhir tangga kejayaan..

Sewaktuku berada di tahun 2 kursus alim ( ad-dirasah islamiyyah ) di afirika selatan, prestasi pelajaranku banyak merosot. Markahku menurun dari jayyid jiddan ke makbul. Ketika menerima keputusan itu, ramai rakan-rakanku menanyakan bagaimana keadaan sebegitu berlaku. Mereka pelik dengan markah ku itu. Walaubagaimana pun, ku redha dengan pemberian itu. masih banyak lagi masa untuk terus berusaha..

Akan tetapi, ada juga sebahagian yang memerli dan mengejekku. Mereka membandingkan diriku dengan abangku yang digelar sebagai ‘genius’ kerana selalu berada di tempat pertama dalam kelasnya dari awal tahun hingga akhirnya. Memang tidakku nafikan kekurangan diriku berbanding abangku. Ku akui diriku ini agak payah untuk memahami. Tetapi ku beruntung kerana abangku juga sentiasa membantuku dalam pelajaranku. Dia faham keadaanku. Dan memberitahuku untuk mengabaikan kata-kata orang lain.

Namun begitu, angin-angin tidak puas hati mereka masih dapat dirasai. Ku masih bingung mengapa mereka jadi begitu. Dan juga, ku pelik apakah kaitan markahku dengan abangku. Jika untuk dibandingkan dengan ayahku, mungkin ada juga sedikit logiknya. Dengan pepatah “ayah borek, anak rintik”. Mereka ada mengatakan macam-macam kepadaku. Dan ku abaikan kesemuanya..



Ditakdirkanku seminggu kemudian ku demam selama 2 minggu berturut-turut. Dan ku tidak berdaya untuk hadir ke kuliahku sepanjang itu. Pada awalnya, ku anggap selsema biasa yang akan menyinggap hanya selama 2 atau 3 hari sahaja. akan tetapi lain pula jadinya. Pada itu kedengaran lagi angin-angin yang tidak dapat ku elakkan itu. Mereka menganggap diriku sudah jadi seorang pemalas. Suka meninggalkan kuliah dan lain lagi. Pabila ianya sampai ke telingaku, ku menggagahkan diriku untuk ke kuliah di sesi pagi. Tetapi ku hanya dapat bertahan untuk satu maddah sahaja. kemudian ku ke kamar untuk berehat. Namun, masih tidak dapat membuktikan kepada mereka bahawa diriku bukan pemalas. Hilang sedikit semangatku untuk meneruskan pelajaran .

Setelah ku sembuh, ku pergi bertemu ustaz ku yang mengajarku ketika di kursus tahfiz. Beliau juga agak terkejut dengan keputusan examku. Namun, beliau hanya mengatakan,

“ keep on moving and ignore the others. Appreciated what have been given to you. Believe in yourself. Nobody is perfect in this world. And nobody is always true.. but as long the imaan is concern, we can try to be perfect and true. That`s why we must learn from the mistakes to be perfect stop lying to be true. This is what Islam has thought us..”

Ketika itu semangatku datang kembali. Ku bersyukur kerana Allah swt telah memberikan ku petunjuk untuk meneruskan perjuanganku. Pada waktu ku meminta diri untuk pulang ke kamar, ustazku memesan lagi,

“ before you do something, your intention must be correct. Although you are very-very clever, but your niyyah is for showing, then there are no use. At that time the stupidest person with correct niyyah is more noble than him.”

Ku mengangguk kepalaku dan beredar.

Sebelumku memejamkan mata untuk belayar ke dunia demensiku, ku memikirkan kata-kata yang telah dilontarkan kepadaku. Setiap benda yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Ku sedar bahawa ada juga baiknya mereka berbuat demikian kepadaku. Memberikan ku semangat untuk berusaha lebih lagi. Walaupun ku masih tidak berjaya mendapat markah tertinggi, namun, ku berpuas hati dengan markahku. Kerana bukanlah markah jadi rebutanku. Tetapi keredhaan dan keberkatan ilmu yang telah di berikan kepadaku. Sabda Nabi saw,

ان الله لا ينظر الى صوركم واجسامكم ولكن ينظر الى قلوبكم وأعمالم

“ Allah swt tidak melihat pada rupa dan bentuk kamu, tetapi melihat pada hati dan amalan-amalan kamu.. “

Ku juga teringat satu doa untuk menerangkan hati yang telah diberikan kepada semua pelajar-pelajar disana, oleh seorang sheikhul hadis Moulana Dzulfikar Saheb dalam ceramahnya, dimana ku juga masih mengamalkannya sehingga kini. Dan alhamdulillah, dengan keizininan Allah swt, hatiku telah terbuka dan mudah untuk memahami dalam pelajaranku. Doa itu ialah,

اللهم نوّر قلبي واطلق لساني وزد قوّة سمعي وبصري وجعلني فوق كثير من الخلق

“allahumma nawwir qalbi wa atliq lisani wa zid quwwata sam`I wa basari wa hifzhi wa ja`alni fauqa kathirim minal khalqi “

Sama-samalah kita sampaikan dan amalkan..
Wallahua`lam…

(waktu kakak tunjuk nset baru die)

p/s:
- Janganla memandang rendah terhadap seseorang. Kerana mungkin orang itu lebih tinggi ilmu nya atau keimanannya dari kita..
- Cubalah untuk sentiasa berfikiran positif kepada semua ( حسن الظنّ )
- Janganlah bandingkan kelemahan kita dengan yang lain. Tetapi berlumba dalam kebaikan kerana Allah swt..
- Dan perbetulkanlah niat sebelum melakukan sesuatu,kerana tiada amalan tanpa niat dan tiada niat melainkan hanya kerana Allah swt..

4 comments:

aINaa MoHD a'aSRi said...

hehe gambo tu klakar. wat silap mata ke? ada apa kua kat kaki tu? :p

yup, tul tu sume manusia xsama. stiap manusia tu mempunyai keunikannya yang tersendiri. ada kelebihan and kelemahan masing2...klulah manusia semuanya sama, huru hara dunia

ramadhan subky latif said...

bkn silap mata larr....tu la...jalan xpakai selipar... kene gigit angin daaaa..kihkih

em..btul ape yg awk cakap tu..mmg kalo sume di jadikan same, alamatnye kelam kabut dunia... kalo sorng tu ade tabiat suka makan rumput..kalo sume same, gerenti lembu n kambing xleh idup..hehehe...just example ek..

aINaa MoHD a'aSRi said...

haha kena gigit angin? hmm pandai posing ek. leh jadi model cover majalah nih hehe...

hmm mn da la org makan rumput. makan sayur ijau ada la. example xditerima haha..

ramadhan subky latif said...

kalo laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... huhu...
biler pulk saye posing nih.... tu dag natural gitu kot.. hehe