Thursday, July 30, 2009

SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR....




Pada tanggal 28 julai baru-baru ini, terserlah senyuman dari wajah ayahanda ketika sambutan hari jadinya yang berlansungkan dirumah beliau. Majlis telah dihadiri oleh sahabat rapatnya iaitu Ust Hassan Syukri dan Tn Hj Mursyidi serta dihadiri oleh staff siasah, harakah, staff markaz pas dan saudara-mara terdekat..



Berlangsungnya majlis pada pukul 12 tengah hari yang dimulakan dengan tahlil dan doa selamat yang diketuai oleh Ust Hassan Syukri dan tamat majlis pada petangnya.

(ayahanda bersama Ust Hassan & Wan Azman)

Berbagai-bagai juadah disediakan oleh bonda sendiri antaranya nasi dagang Terengganu, bihun soto, dan nasi berlauk udang masak tumis, daging kambing bakar, keli goreng berempah, daging masak kicap, ayam goreng, asam pedas dan ikan masak lemak. Dan tidak lupa juga kek yang menarik perhatian ramai..





( kek tajaan dari warisan baiduri )


Alhamdulillah jamuan telah berlangsung dengan tenang dan selamat. Namun, setelah jamuan tamat, satu upacara yang telah mengejutkan satu rumah yang telah dilangsungkan oleh salah seorang cucu ayahanda iaitu upacara menghancurkan kek..( nasib tak hancur semua )

( pada awalnya.. )

( Raja Dzia Rayyan irtiza bersama kek mainannya )

( akhirnya..... jadi pe ntah nih... )

Anyway, gembira dapat tengok ayahanda sambut harijadinya. Walaupun sudah yang ke 69, tidak ada bezanya sambutannya dengan 29. Semoga ayahanda dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dan setiasa diberkati ilahi serta diredhai amalanya.. aminn..

( staff harakah & siasah )

( Raja Dhia Nazneen Insyirah )


( ayahanda bersama Taufeeq Yahya & Lutfi Othman -pengarah harakah- )

Wallahu`alam.

2 comments:

aINaa MoHD a'aSRi said...

cantiknye kek tu n budak kecik dlm gambar tu comey.. eh ayah awak penulis harakah ke? smoga dipanjangkan umur..

ramadhan subky latif said...

hehe... cantik dan sedap... tp xabis.. besar sangt.. ingat nk wat frame jer yg baki.. tp raksasa kecik tu awl lagi...haha
penulis harakah?? eh..xder la..tp ramai gak yg ckap camtu.. hehe