Friday, June 26, 2009

Terkenang ..


“ Dik nak makan apa dik? Apa yang adik nak makan ada tulis dalam menu tu. Ke adik nak tunggu ayah adik dulu?” Tanya seorang pramugari kepadaku. Lalu ku menjawab, “ kak, saya sorang-sorang je dalam kapal terbang ni. Em, bagi saya nasi yang ni.” Saya menunjuk jari pada salah satu makanan yg tertulis dalam menu tersebut. Lalu pramugari itu menganggaguk lalu pergi dengan fikirannya yg penuh tanda tanya..

Inilah saat yg tidak pernah ku lupa, terjadi pada tanggal 11 januari 2002..(kalau tak silap) sewaktu pertama kali terbang berseorangan di dalam pesawat MAS boeing 747 yg sedang menuju ke Johannesburg,South Africa (tempat saya belajar).. Sepatutnya pada tarikh itu, alang (abang saya yg belajar sekali di afrika selatan), terbang bersama.. Tetapi telah ditakdirkan, alang pergi dahulu kerana tidak mahu terlepas kelas pada hari pertama selepas 2 bulan bercuti. Sengaja ku mengambil tarikh lewat ini kerana bagiku, beraya seminggu bersama keluarga tidak mencukupi walaupun telah diberi cuti dari pertengahan bulan sya`ban. Al maklumla, masih belum terlewat lagi untuk mengutip duit raya dari pakcik makcik dan ahli-ahli keluarga yang lain. Umurku ketika itu baru 15 tahun.



Ku mula menjejak kaki ke Darul Uloom Zakariyya (DUZAK) di South Africa untuk menimba ilmu (tahfiz) ialah pada tanggal 17 januari 2000. Selepas menduduki peperiksaan UPSR pada tahun 1999, ayahanda telah memberitahuku, bahawa beliau berhasrat untuk menghantarku ke luar negara bersama alang untuk melanjutkan pelajaran. Pada waktu itu juga, ku menolak hajat ayahanda untuk menghantarku ke luar negara. Namun setelah dipujuk sekian lama, hajat ayahanda ku terima. Tetapi dengan syarat untuk 1 bulan sahaja. Dan ayahanda mengangguk terima dengan syarat tersebut.

Namun, untuk memendekkan cerita, bukan sebulan ku disana, tetapi setahun lamanya. Bukan kerana ayahanda memungkiri janjinya denganku, ianya adalah dengan kerelaan diriku sendiri. Sebenarnya, puasku menangis dan merayu pada ayahanda sehari sebelum beliau pulang ke Malaysia, tetapi setelah beliau menceritakan kepadaku tentang Imam Abu Hanifa ( tak salah saya ) ku perolehi sedikit semangat. Iaitu tentang dengan kesabaran dan ketekunan beliau sewaktu menuntut telah menjadikan beliau sebagai ahli fiqah yg tinggi ilmunya. Ketekunnya hinggakan beliau tidak ada masa untuk membuka surat-surat yg dihantar oleh keluarganya. Setelah tamat pengajiannya, barulah beliau membuka surat-surat tersebut satu persatu dan mengetahui tentang pemergian ibunya kerahmatullah. Walaupun begitu, berita tersebut tidak menyebabkan beliau putus asa, bahkan menjadi lebih bersemangat untuk menimba ilmu dengan lebih mendalam, kerana tidak ingin mensia-siakan pemergian ibunya. Dan akhirnya, beliau menjadi ulama` fiqah yg tersohor dizaman beliau hinggakan di zaman ini.( sama-sama kita hadiahkan untuk beliau surah al-fatihah )

Keesokannya, dalam keadaan menangis, ku mengucapkan selamat tinggal kepada ayahanda sambil mendakap beliau..

Alhamdulillah, apabila hampir mendapat cuti 2 bulan pada pertenganhan bulan sya`ban, telah dimaklumkan tarikh tiketku untuk pulang ke Malaysia sudah di tetapkan. Ku pulang ke Malaysia dengan perasaan yg amat girang dan gembira kerana masih dapat menjejakkan kaki ke tanah air yg tercinta dan juga dapat bersama dengan keluarga walaupun hanya untuk 2 bulan sahaja. Inilah yg berlaku pada setiap tahun selama 8 tahun ku menuntut di sana. Ramai yg bertanya padaku bagaimana boleh hidup disana selama itu. ku menjawab persoalan mereka dengan spontan,

“ wallahualam, kehendak Allah taala. Saya juga agak hairan bila teringat yg saya dah duduk di sana selama 8 tahun.. “

Teringat sewaktu mendengar ceramah yg disamapaikan oleh Moulana Burhan Mia, salah seorang tenaga pengajar di DUZAK, beliau berkata,

“ We shouldn’t waste our time while being studying in the path of Allah SWT. Because not everyone are choosen to study in His deen. If everyone are choosen, then, everyone in this world will be studying His deen. We could see now, outside from place, there are others that wishes to study about Islam. But why they are not here? That is the prove why only the choosen by Allah taala could could be here. And also prove that you all are the choosen one!..”

Betul katanya. Bukan semua yg dapat belajar ilmu islam. Hanya yg terpilih sahaja dapat menuntut tentang agama islam. Dan yg terpilih itulah dipertanggung jawabkan untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu yg telah mereka pelajari. Bukan untuk disimpan sendirian semata-mata. Ada juga yg mengatakan, mereka belajar kerana disuruh dan dipaksa oleh ibubapa mereka. Mungkin ketika itu, mereka belum mengenal erti kemanisan ilmu. Wallahua`lam..



Setelahku menghabiskan makanan yg dihidangkan, ku membuka tirai yg menutupi tingkap untuk melihat suasana di luar. Mungkin dapat menikmati keindahan alam semesta ciptaan Tuhan yg maha kuasa. Tetapi, amat mengecewakan, kerana suasana di luar gelap gelita. Cuma dapat melihat muka sendiri pada tingkap tersebut. Sedih meninggalkan keluarga sehinggakan terlupa masih awal pagi diluar. Baru tersedar pesawat ini baru 3 jam sahaja berada di awanan. Bagaimanapun, saya masih mencuba untuk mencari secebih cahaya dari bawah. Namun hampa. Laluku termenung menghadap kegelapan di luar sambil berfikir, “ lama lagi ke nak belajar kat negara ini? Tamat tahfiz je atau sampai tamat alim sekali? “ sambil mengira anggaran tahun untuk menamatkan tahfiz dan sambung alim sehingga tamat.

“ 11 tahun?? “ ku mengeluh setelah selesai mengira. Pada tahun yg lepas, ku memperolehi 6 juzuk sahaja dan tahun sebelumnya hanya 5 juzuk. Kerana kekurangan dan kelemahan yg ada padaku, menyebabkanku bergerak perlahan dalam menghafal. Namun begitu, ku tetap berusaha untuk menamatkannya. “ Insyallah, tahun ni nak dapat 10 juzuk, pastu tahun depan 10 juzuk.” Azamku ketika itu. Anggaran baru sahaja 4 tahun. Tetapi apabila dicampurkan dengan course alim 7 tahun, telah menjadikannya cukup 11 tahun. Ku mengeluh lagi. Kerana bilangan itu hampir sama dengan bilangan tahun ku berada di Malaysia dari tarikh lahirku sehingga UPSR. “ Jadi orang afrika la aku camni.. “ Ku menyeloroh sambil tersenyum.

Ketika asyik ku mengelamun, suara pilot di pembesar suara telah menyedarkanku kembali ke alam nyata. Ku melihat pada jam yg tertera pada screen dihadapan ku. Jam menunjukkan pukul 8 pg waktu Malaysia. Sudah 6 jam ku berlepas. Tetapi keadaan diluar masih gelap gelita seperti biasa. Pilot memaklumkan bahawa pesawat ini sedang berada diatas sebuah pulau yg bernama Mauritius. Dan memaklumkan pesawat akan terbang dengan ketinggian yg rendah sedikit kerana cuaca yg tidak menentu. Lalu, pabila berada di ketinggian yg rendah, ku melihat dibawah tingkap sambil terpegun melihat cahaya-cahaya di pulau tersebut. “ ini rupenya pulau yg cantik tu.. “ kataku seorang diri. Memang tidak boleh ku nafikan pulau yg bernama Mauritius itu indah. Pernah ku melihat gambar-gambar pulau tersebut yg telah ditunjuki oleh rakanku yg berasal dari pulau itu sendiri. Dengan pantainya yg jernih, pulaunya yg bersih. Walaupun hanya dapat melihat dari jarak jauh dan dalam keadaan yg gelap, keindahan cahaya yg ada dari pulau itu menyebabkanku tidak berhenti memuji Allah yg maha esa. Dengan keagunganNya menciptakan bumi dalam masa yg singkat. Ayahanda juga mengingatkanku agar sentiasa berzikir sepanjang masa tanda kesyukuran kepadaNya. Agar sentiasa hidup dalam rahmatNya.



Pabila ketinggaan pesawat berada di dalam keadaan yg normal, pramugari yg menegurku tadi memaklumkan bahawa dia ingin mengubah tempat dudukku ke tempat duduk yg berhadapan dengan tempat duduknya, dimana terletak bersebelahan pintu keluar pesawat. “ Tempat duduk tu kosong dik, takde orang. Kalau adik duduk situ, boleh la bersembang dengan akak.. takla boring kan? Pastu senang jugak akak nak tunjuk kat adik tempat solat..” katanya. “ nanti bila dah sampai, adik boleh keluar awal..” katanya lagi. Ku mengangguk setuju. Kerana memang pada hakikatnya terlalu bosan berada di dalam pesawat tersebut selama 10 jam tanpa kawan. Dan ketika itu, memang ku inginkan tempat untuk solat. Setelah mendapat kebenaran dari ketuanya, ku dipindahkan.

Gembira rasanya pabila bersembang dengannya. Sekurang-kurangnya, dapat menghilangkan rasa sedihku meninggalkan keluarga dan sahabat-sahabat di rumah. Jika duduk sahaja tanpa buat apa-apa, boleh menyebabkan kehilangan semangat untuk kembali belajar. Banyak persoalan yg ditujukan ketika bersembang dengannya. Dan banyak memberi kata-kata semangat kepadaku. Dia juga mendoakan kejayaanku ( terima kasih kak )

Setibanya di Johannesburg International Airport, ku dijemput oleh Uncle Yusouf Seedat untuk ke DUZAK. Beliau adalah kenalan ayahanda yg berbangsa india muslim menetap di afrika selatan berkenalan sewaktu ayahanda menghadiri mesyuarat di Turki. ( rasanya kot =) ).

Di dalam perjalanan ke DUZAK, beliau menanyakan khabar keluargaku dan banyak menanyakan tetang Malaysia. Kerana hajatnya, ingin bercuti ke Malaysia pada waktu yg terdekat. Walaupun tuturan bahasa inggerisku tidak begitu teratur, tidak menyebabkanku berdiam diri dengan soalannya.. malahan, beliau memujiku dengan keberanian untuk bertutur dalam bahasa yg ku pelajari dengan mendengar sahaja.



Sewaktu kereta yg dipandunya berhenti di dalam kawasan DUZAK, beliau menyoalku buat kali terakhir untuk hari itu. Beliau menyoal,

“ 3 thing that I can’t believe about you. First, you are so small and studying oversea.far from your parents. Second, you came here today by plane alone. What makes you to do this? ”

Ku tersenyum dan bersalaman dengannya dan menjawab,

“ I like to do anything adventure. And adventure teach me lot of things. Because, we don’t know if we could do something once in our life. If you have done something once, you will have no problem to do it twice. And life itself is journey.” sambil mengangkat beg dan berterima kasih padanya. Lalu dia senyum sambil memegang kepalaku. Kemudian beliau beredar.

Ayat itu telah ku ambil dari seorang rakanku yg berasal dari Australia. Ayat itulah yg membawaku untuk memperolehi banyak pengalaman ketika di Afrika selatan selama 8 tahun. Dan selain daripada ilmu, pengalaman juga banyak mengajarku erti kehidupan, kesabaran dan ketaqwaan sambil dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT.. Insyallah, hajatku selepas ini, ingin merantau ke tempat lain pula, untuk mencari pengalaman yg lebih banyak. Jika ada rezeki dan diizikan Allah SWT. Insyaalah taala..

Allhamdulillah, pada 15 september 2003, dengan izin Allah SWT, ku tamat menghafal 30 juz di dada. Dengan berkat doa ayahanda dan bonda serta rakan seperjuanganku telah memberiku semangat untuk menamatkan hafalan al-quran.( terima kasih mak apak dan sahabat-sahabat ) Selepas tamat, ku sambung pula pengajianku ke kursus alim 7 tahun. Tetapi ditakdirkan, ku berada di dalam kursus itu hanya selama 4 tahun. Ada sebab-sebabnya yg tertentu.

Namun begitu, pelajaranku tidak berhenti setakat itu sahaja. ku cuba untuk melanjutkan pelajaranku di UIA, tetapi, tawaran ku ditolak kerana tidak mempunyai syarat-syarat yg mencukupi. Setelah berusaha, akhirnya ku ditawarkan untuk mengikuti kursus 3 + 1 tahun ke azhar diploma dalam bidang syariah wal qanun di Institut Pengajian Al Azhar (IPA), klang.. Sedangku menuntut di sana ku diuji pula pabila mendengar hasrat untuk ke mesir telah dibatalkan. Kerana kerajaan telah membatalkan semua muadalah ke mesir. Ku hampa.tetapi semangatku masih membara. Dan Alhamdulillah, sekarang ini, ku sedang menduduki peperiksaan tahun akhirku. Insyalallah, selepas ini, akan ku ke Indonesia untuk melanjutkan ijazahku disana.


P/S :
- Apabila seseorang itu menimba ilmu Islam, dia sentiasa berjalan di atas lembaran sayap Jibrail as. Dan Allah SWT sentiasa memeliharanya pada setiap masa.
- Doa seorang pelajar sentiasa dimakbul Allah SWT.
- Sentiasalah ber ‘husnus zhon’ terhadap org lain, walaupun pada zahirnya mereka banyak kekurangan. Kerana kita tidak mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di hati mereka. Dan Allah SWT taala sahaja yg mengetahui setiap amalan-amalan hambanya. Kita perlulah berdoa agar Allah SWT memberi hidayah kepada mereka..

Wallahua`lam…

1 comment:

aINaa MoHD a'aSRi said...

“ kak, saya sorang-sorang je dalam kapal terbang ni.

macam sedeyh je bunyi dialog nih. Hmm mesti sedeyh kan sorg2 gi ngara org da la masa tu kecik lg kn..

Yup tul tu. Bukan sume dpt belajar ilmu islam. sy blajar ilmu hisab je lebih.. tau kira2 tambah tolak hehe. Hmm so awak syukurlah cz awk terpilih dapat menuntut ilmu islam dgn m'dalam. all da best :)