Thursday, December 16, 2010

HOBI DI HUJUNG MINGGU..


( Challet atas bukit..)



(pemandangan dari challet)


( saje2 je nak tunjuk gambar padang kat DUZAK hehe..)

“Dan, bile nak gi Eikenhof lagi?? “ tak sabo aku nak lumbe kude nih.. “ tanya seorang teman..

“Eh..untuk aku 2 kali sebulan ke sana harus tau. Nanti aku bagitau balik “ jawab saya.

Eikenhof, satu kawasan yang terletaknya 5km dari Darul Uloom Zakariyya. Kawasannya yang dipenuhi dengan bukit bukau serta padang tanaman jagung yang besar seluas 2 km. Jadi, kalau nak ke Eikenhof tu, pasti akan melalui padang jagung tu. Tidak lupa juga ada padang ragut untuk haiwan ternakan dilepaskan berdekatan dengannya. Kiranya, Eikenhof ini, dipenuhi dengan ladang-ladang yang menghijau serta kandang-kandang haiwan ternakan seperti lembu,kambing, ayam dan sebagainya. Maka, di situ jugalah terletaknya “Stirrup” iaitu nama tapak perkemahan untuk memburu haiwan dan tapak untuk menunggang kuda. Tapak perkemahan ini sebesar 2-3 km kalau tak salah. Dipenuhi dengan padang-padang yang luas serta bukit bukau. Kalau datang untuk berkemah pada waktu malam, boleh nampak binatang-binatang seperti kijang, kuda belang, seladang dan sebagainya. Tetapi yang pasti, harimau, singa atau yang sama waktu dengannya tu, tak ada di situ. So, tempat yang aman damai dari binatang buas.

Waktu mula-mula naik kuda dulu, memang agak takut. Yelakan, tinggi betul kudanya. Umur sendiri waktu tu pun baru 14 tahun. Lepas tu terdengar pula berita tentang aktor superman pun lumpuh setelah jatuh kuda. Oleh kerana nak ambil pengalaman punya pasal, cuba jugaklah. Beramai-ramai dengan teman se-Malaysia . Kuda yang pertama saya tunggang berwarna putih. Namanya Marsha.

Pada permulaannya tu slow and steady je tunggang kuda. Cuba untuk selesakan dengan kedudukan atas para tu, belajar sikit-sikit macam mana nak ke kiri dan ke kanan. Dan yang penting sekali belajar macam mana nak stop. Oleh kerana masa yang diperbolehkan untuk menunggang hanya selama sejam (tergantung atas pembayaran yang dilakukan), salah seorang senior kami mengajak ramai-ramai ke padang yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut. Sebesar padang bola. Di situlah saya dan teman yang lain, cuba untuk menguji pengetahuan masing-masing tentang teknik menunggang kuda ini dengan berlumba. Subhannallah, cukup menarik sekali sewaktu di atas kuda ketika ia sedang berlari. Rasanya naik motor selaju-lajunya pun tidak akan dapat merasai seperti di atas kuda. Makanya, tidak ada faedahnya merempit. Hehe. Bila dah berjaya menungang kuda dengan laju, hilanglah semua rasa takut-takut yang pernah menyelubungi diri. Alhamdulillah..

(namanya Marsha)

Selepas dari hari itu, kerana rasa terlalu seronok menunggang kuda, saya sendiri menetapkan jadual untuk menunggang kuda 2 kali sebulan. Sebenarnya, nak ikutkan tiap-tiap minggu nak pergi. Tetapi pembayaran yang perlu dilakukan agak mahal untuk sejam. Setiap tahun akan meningkat sebanyak 10 rand = rm 5. Cukupla 2kali seminggu tu. Boleh dikatakan sudah menjadi hobi saya untuk menunggang kuda. Rasanya tak boleh kira dah beberapa kali menunggang.

Kerana terlalu kerap sekali saya ke sana, hinggakan tuan tanah itu sendiri sudah mengenali diri saya. kadang kala, dia memberikan waktu extra sejam untuk menunggang kuda secara percuma. Sebagai ganjaran kerana sering datang beramai-ramai.

Setiap kuda mempunyai level-levelnya. Ada yang beginner, ada yang medium, dan yang terakhir expert. Yang beginner ini, sesuai untuk orang yang baru pertama kali menunggang kuda. Sedikit malas dan tidak begitu pantas larinya. Yang medium pula, kuda yang sedikit jinak, kadang kala itu malas, tetapi ia berlari dengan laju. Dan yang terakhir, expert, sesuai dengan levelnya, kuda yang agresif, sukar untuk dikawal dan larinya juga agak kencang. Seringnya saya hanya menunggang yang medium. Pernah sekali saya diberikan kuda yang expert. Oleh kerana terlalu ganas, saya terjatuh sekali dan langsung dipijak olehnya. Alhamdulillah, cedera yang saya alami tidak begitu teruk. cuma luka di badan di tangan. Selepas itu terasa fobia untuk memilih yang expert.

Tetapi, yang menariknya, lepas kejadian itu, setiap kali saya datang ke sana, pasti akan ada seekor kuda ini yang akan menghampiri saya. Sangat jinak. Seakan saya ini tuannya sendiri. Setelah diperhatikan, ternyata kuda yang sama itulah pernah menjatuhkan saya. Mengapa ia begitu jinak tiba-tiba, wallahu`alam hingga sekarang saya sendiri tidak tahu. Oleh kerana kejinakkannya itu, saya memberanikan diri untuk menunggangnya sekali lagi. Alhamdulillah, memang tidak ada apa-apa yang berlaku. malahan, kuda ini amat mudah untuk dikawal sedangkan ia adalah kuda berlevel expert. Oh ya, kuda ini bernama Ziggy. Maka, setiap kali ke sana, kuda itulah yang sering tunggang hingga ke akhirnya.

( ini lah Ziggy.. tinggi jugak.. )

Kini, semua itu sudah tinggal kenangan. Sudah lama meninggalkan negara selatan itu. Wallahu`alam, tidak tahu bila lagi akan ke sana. Ada juga cuba untuk mencari tempat ternakan kuda di Malaysia. Ternyata tidak sebebas seperti sana. Dengan kawasannya yang kecil dan waktu masa untuk menunggang sangat terhad. Cuma di Terengganu, di pantai teluk ketapang, dapat saya melepaskan rasa rindu untuk menunggang dengan bebas di tepi pantai, setelah sekian lama tidak menunggang. Rasa saying sekali hobi yang ada ini ditinggalkan begitu sahaja. Terasa seperti ingin membeli dan menternak kuda sendiri. Tetapi, semestinya kos penjagaan kuda ini tidak semudah yang dijangka. Takat ini, cukuplah sekadar menunggang sekali sekala di ketapang, itu pun sekiranya pulang ke kampung di Kuala Terengganu.

Wallahua`lam..

( yang ni kuda lain pulak.. namanya, Casper.. dan yang sebelah tu, nama dia Naufal. keh3..nama kuda tu xingat dah.)

P/S : Menunggang kuda juga dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Seluruh otot akan bergerak. Makanya, kita juga akan berasa sedikit keletihan setelah menunggang kuda. Lihat betapa indahnya sunnah Nabi Saw, bukan sahaja terasa nikmat dengan beramal dengannya, malahan dapat menjaga kesihatan kita sendiri. sama-samalah kita mengamalkan sunnah Nabi Saw, walaupun tidak dapat mengamalkan kesemuanya, sekadar kemampuan kita juga ada pahalanya.

- Pernah sekali waktu ingin melihat kuda sepupu bonda di Terengganu, kebetulan di kandang yang sama ada kuda milik Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan. Sayangnya kuda milik Sultan Mizan tidak begitu sihat. Tak dapat nak cuba menunggangnya. ^_^

8 comments:

damey said...

jakarta ad tmpt mnunggng kuda ni x?

ramadhan subky latif said...

em, takat ni xnampak lagi ade ke x.. cari jgk.. xjumpe la.. agak2 kat mne ade??

momoc said...

tiap kali tgk kuda yg ditunggang,saya jadi kesian.tambah2 bila tgk lidah kuda yg terjelir-jelir keletihan.makanya,saya mengelak diri walaupon hati teringin nak pandai & tunggang laju-laju.

ramadhan subky latif said...

oh.. kebiasaannye mmg begitu.. sbb ade besi kat gigi kuda tu.. kalo kesian xpela.. terpulang pada diri sendiri.. belum cube belum tau kan?? ^_^

maisarah said...

ape hukum pompuan tunggang kuda??boleh ke??

ramadhan subky latif said...

hukum yer.
menunggang kuda ni adalah amalan sunnah Rasulullah Saw. Sesiapa pun tak kira lelaki perempuan boleh menunggangnya..
tapi, ianya tidak digalakkan untuk perempuan. Kerana sifat dan jasmani perempuan itu adalah lembut, maka, amat mudah tercedera dan terluka di luaran dan dalaman. kalau terjatuh tu, xterbayanglah kan..
ini adalah pendapat sy sendiri jela.^_^

maisarah said...

oohhh...olrite...faham2..syukran atas pndangan tu... ^_^

ramadhan subky latif said...

alhamdulillah.. afwan2..