Tuesday, August 4, 2009

IMAM AHMAD BIN HANBAL YANG CINTAKAN ILMU..

Pernah berlaku bahawa beliau kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur..

Pada mulanya, beliau menyalin kitab-kitab yang berdasarkan kepada pemikiran dan menghafalnya. Kemudian beliau tidak lagi menatapinya bahkan lebih gemar mempelajari hadis. lantaran itu, beliau mula mengumpulnya dari beberapa tempat pada tahun 179H.

Sungguhpun miskin, beliau sanggup mengembara ke Mekah, Madinah, Syria, Yaman dan beberapa tempat lagi hanya untuk menuntut ilmu. Sejauh manapun punca ilmu itu berada, beliau akan tetap pergi ke sana walaupun untuk beberapa kali.

Pada satu masa, Imam Ahmad mengembara dari Baghdad ke Syria unutuk belajar dengan seorang perawi hadis yang masyhur di sana. Setibanya beliau di sana, beliau mendapati perawi yang masyhur itu sedang memberi makan kepada seekor anjing. beliau duduk dan menunggunya. Namun perawi itu tetap juga memberi makan kepada anjing itu hingga beliau jemu..

Setelah perawi itu selesai memberi makan kepada anjing tersebut, perawi itu berpaling kepadanya dan berkata:

"Boleh jadi engkau rasa hendak marah kepada aku."

"Ya." Imam Ahmad menjawab.

Lalu perawi itu pun berkata:
" Di negeri kami tidak ada anjing, anjing ini telah mengikuti aku dan meminta makanan dan makanan dari aku. Sudah tentu ia sedang lapar dan dahaga. Dan aku telah menunaikan hajatnya.. "

" Aku pernah mendengar suatu hadis daripada Abi Az-Zanad daripada Al-Araj dan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: 'sesiapa yang tidak menunaikan hajat orang yang berhajat, Allah tidak akan menunaikan hajatnya di hari kiamat kelak.."

Lalu Imam Ahmad tersenyum dan berkata :
" Hadis ini sudah cukup untukku.."

kemudian beliau pulang ke Baghdad..

Tidak hairanlah jika Imam Ahmad sanggup mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Walaupun untuk satu hadis, beliau sanggup memerangi segala rintangan yang menghalang beliau untuk menuntut ilmu samaada berbentuk naluri dan fizikal.

Namun bagaimanapun, kewajipan untuk menuntut ilmu itu ada termaktub di dalam hadis Nabi saw iaitu :

"طلب العلم فريضة على كلّ مسلم ومسلمة"
" Menuntut ilmu itu adalah fardu untuk setiap muslim dan muslimah.."

Semoga kita tidak jemu untuk menuntut ilmu di dunia ini, walau sejauh mana ilmu itu berada.. Bukan kerana kita ilmu menanti, tetapi kerana ilmu kita mencari..

Wallahu`alam..

7 comments:

Anonymous said...

" Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.."

hmm saya penah dengar my fren cakap hadis nih hadis palsu. apa istilah hadis palsu tu? hmm saya xingat :p .tol ka? pastu die cakap yg betolnya,

"tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad" (hingga ke liang lahad ke hingga akhir hayat.. hmm camtu la ingat2 lupa :p )

ramadhan subky latif said...

hadis palsu ni bermaksud, hadis yg direka2..tp sy xde dengar lg hadis ni hadis ni hadis palsu.. kalo hadis daif mgkin.. sy kurang arif lg..

tp, sy dpt amik bnyk pengajaran dri hadis ni..

terpulanglah kpd mereka.. wallahua`lam..

ada seorg pernah bertnya kpd Imam Ahamad,:
"sehingga bilakah engkau hendak menuntun ilmu padahalengkau sudah menjadi imam bagi seluruh umat Islam? "

Imam Ahmad menjawab,:
" dari hujung pena hinggalah ke pintu kubur"

ni katanya sahaja.. bukan hadis..

hadis "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad" ni, insyallah sy akan cek balik..

sme2 la kite diskus yer..=)

ramadhan subky latif said...

em, mintak maaf banyk... betul cakap kawan awk tu.. hadis tu mmg palsu.. maaf atas kesalahn saye..

dan "tuntutla ilmu hingga ke liang lahad" tu sy blum jumpe lg..insyallah sy akan cari..

dan hadis yg sy baru tukar ni, sy dapat dari kitab 'Riyadus Solihin' pengarangnye ialah Imam Nawawi..

just 4 ur information.. =)

Anonymous said...

huhu tq. eh xpe. kebetulan saya pernah dengar kawan sy cakap dulu, tu pasal saya tanya hehe..sy lagi la kurang arif dalam bab2 nih

Anonymous said...

salam.. saya baru dapat tau "tuntutlah ilmu hingga ke liang lahad" tu pon bukannya hadis. sbnrnya ada yg tertinggal ("semenjak buaian hingga.... )<- palsu gak nih. hmm tp kwn saya ckp dl, ustaznya yg cakap huhu...

sy xrujuk mana2 buku. tp tgk kat website nih;

http://soaljawab.wordpress.com/2008/06/15/hadith-belajar-sampai-liang-lahad/

http://mypqs.blogspot.com/2009/03/tuntutlah-ilmu-hingga-ke-liang-lahad.html

yg awk tukar tu la tulnya. lagipon awk dpt dr kitab

ramadhan subky latif said...

ic.. tq 4 sharing.. highly appreciated it.. ^_^

em, tp bagus la org math ni ek... dah jd ustzah rupenyer... kihkih...

ala kulli hal, syukran..=)

Anonymous said...

huhu apekah ini? perli ka haha...

sesama.. sy komen apa yg saya tau n apa yg penah saya dengar. yg saya xtau saya diam :p