Saturday, July 30, 2011

ALHAMDULILLAH.. MENDAKAP GELAR SARJANA HUKUM ISLAM


Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah SWT atas kurniaan rahmat dan nikmat dari-Nya, pada tanggal 23 julai 2011 dapat jua ku mengakhiri zaman bujangku di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta, Indonesia.. walaupun terpaksa meredah beberapa ujian dan rintangan sebelum konvo, sungguhku bersyukur dapat melintasi segala masalah2 dengan jayanya..

Pada asalnya, tarikh konvo adalah pada 16 julai 2011. Ayahanda dan bonda juga telah mem`planning` dari awal untuk hadir sekali pada tarikh tersebut. tiket semua dah beli termasuk tiket pulangku pada tarikh 18 julai. saat itu rase gembiranya Allah sahaja yang tahu. sehinggakan kalaulah ada orang pukul pun, akanku senyum je.. (terlalu excited agaknya..kalau je pun.. hehe).. saban hari menanti waktunya hadir, tiba2 dunia jadi gelap. dapat khabar dari universiti, tarikh konvo ditunda seminggu, bersamaan dengan 23 julai. Ya Allah.. waktu dapat berita tu, berlari cari orang yg bagi khabar tu. nak dia bagitau depan mata sendiri. nak tengok riwayat sahih atau dhoif.. bila jumpa je, orang yang bagi khabar tu pun tengah kelam kabut.. sebab dia pun sahabat yang akan konvo sekali. rupanya memang sah.. konvo ditunda ke tarikh 23 julai.. rasa nak gugur jantung.. nak ikutkan, ikut la nak tunda lewat mana pun.. tapi, yang agak sakit hatinya, sebab, lagi 2 minggu nak konvo baru bagi info. mana tak gugurnya.. tiket dah beli. parent pun dah confirm nak datang. waktu tengah kucar kacir tu, terus amik keputusan, "aku tak nak ikut konvo".. balik terus lagi best.. yelakan, nak tukar tarikh tiket, walaupun ke Jakarta je, sah dah sorang rm100.. 3orang kene tukar. tapi, malang masih berpihak padaku lagi, ayahanda dan bonda kene hadir kenduri sepupu kat Bangi tepat pada tarikh konvo tu. Masa tu lagi kuat la rasa nak balik sekali je dengan ayahnda bonda.. Dan akhirnya, setelah dikaunseling oleh keluarga dan fakulti, tewas juga dalam peperangan. "IKUT JUGALAH KONVO".. (anugerah punya pasal) hehe..

Walaupun konvo dah berakhir dengan selamat, ada jugalah rasa sedih tu, tak ada wakil yang dapat hadir ke konvo. Tapi syukur juga, banyak sokongan dari sahabat-sahabat se-Malaysia di Jakarta hadir waktu konvo.. Boleh dikira wakil la jugakan ^_^




Kini gelaran Sarjana Hukum Islam telah dipatri pada nama dan diri.. Secara automatiknya juga, gelaran Alumni UIN Syarif Hidayatullah juga disandarkan. Dan alhamdulillah, disebalik ujian yang diberi, ada juga hikmah-hikmah yang diperolehi, yaitu, mendapat anugerah dekan, serta menerima anugerah mahasiswa terbaik mewakili jurusan siyasah syar`iyyah pada konvo kali yg ke 84 ini.




Insyallah sekiranya ada rezeki, ingin juga menyambung pelajaran ke peringkat MA. Harapnya di Malaysia pulaklah. Sebelum tu, sekiranya tidak ada halangan pada akhir tahun ini, insyallah mungkin akan ke Madinah atau Syria untuk mendalami Bahasa Arab pulak.






Wallahua`lam..

P/S :
-bersabarlah dalam setiap ujian yang telah diberi. disebalik ujian ini pasti ada hikmahnya yang tersembunyi..
- berbincanglah sebelum membuat suatu keputusan. kadang kala seorang manusia ini tidak akan dapat berfikir dengan betul, pabila ada ujian berat yang bakal dihadapinya.
- jangan mengejar anugerah, kerana anugerah semestinya berilmu.. Kejarlah ilmu, kerana ilmulah mengajar kita menjadi manusia yang jitu.

No comments: