Thursday, November 4, 2010

MEMASAK..

“Dan, daurah nak buat da`wat untuk budak Malaysia nanti, ko masak boleh? “ Tanya seorang teman kepada saya suatu ketika duhulu di Darul Uloom Zakariyya, South Africa.

“Nak masak mende pulok?” Pertanyaan saya kepadanya.

“Ikut suke ko la. Dieorang tak kisah pun..” Jawabnya.

“insyallah boleh2. Tapi bukan aku sorang la ek..” Balas saya kembali.

“ok.. nanti aku inform balik..” Balasnya sambil berjalan pergi.

Daurah adalah title yang diberikan kepada kelas `alim tahun akhir. Apabila mereka tamat, setiap seorang dari mereka akan diberikan title ‘Moulana’. Itulah saat yang paling menggembirakan mereka apabila tamat pengajian di DUZAK setelah 7 tahun mereka berjuang bersama-sama.

Dan ‘da`wat’ pula bererti ‘jamuan makan’. Dari mana asalnya perkataan ini saya juga tidak tahu. Oleh kerana di sana sering menggunakan da`wat, maka terikut-ikut jugalah tanpa ingin tahu dari mana asal-usulnya.

Memang telah menjadi kebiasaan apabila ada di antara student Malaysia yang bakal menamatkan pengajian, mereka akan memberi da`wat kepada student Malaysia yang lain sebagai tanda memberikan sokongan terhadap mereka-mereka yang masih dalam pelayaran. Sepatutnya student daurah yang diberikan jamuan, tetapi terbalik pula yang terjadi. Itulah rutinnya setiap tahun.

Bukanlah saya ini seorang yang handal dalam memasak,sehingga dijemput memasak. Sekadar membantu dalam masakan, insyallah boleh. Kalau nak masak apa-apa, mesti rujuk buku masakan dulu untuk cara yang mudah. Nasib baik ada yang bawa buku masakan dari Malaysia. Tapi kadang-kadang buku kata lain, saya buat lain. Asalkan sedap dan jadi je la.

Teringat semasa pertama kali saya belajar memasak. Waktu itu baru berumur 15 tahun. Selalunya di cuti hujung minggu kami semua akan memasak beramai-ramai. Saya hanya mampu melihat cara sahabat-sahabat senior saya memasak. Tapi kebetulan pada satu hari itu, sahabat-sahabat senior keluar dan akan pulang keesokan harinya. Maka, pada malam harinya, saya dan sahabat yang seangkatan dan seumur saya hanya duduk di dalam bilik dan bersembang. Tiba-tiba sahaja terlintas di fikiran saya untuk memasak.

“ko tahu masak ke?” tanya salah seorang teman.

“ntah belum cuba belum tahu. Boleh kot, sebab aku ingat dieorang masak camne.” Jawab saya.

“ok la. Ko masak. Aku potong bawang..” balasnya.

Oleh kerana terlalu lapar mungkin, so, nothing impossible la. Yang saya ingat untuk masak waktu itu ialah nasi goreng. Nasib baiklah kami semua sudah dilatih oleh senior-senior untuk masak nasi. Begitu juga potong bawang, agar mudah mereka memasak. Dan tidak lupa juga akhir sekali, selepas masak kami juga yang membasuh. Satu package la kiranya.

Sewaktu tumis bawang semua, saya membayangkan warna nasi goreng itu adalah warna kekuningan. Sama seperti mana masakan bonda di rumah. Tetapi, yang meragukan saya ialah, bagaimana untuk menjadikan nasi itu berwarna kekuningan. Apakah dengan mencampurkan nasi dengan tumis itu sahaja atau dengan minyak yang banyak. Maka, saya bertanya kepada teman saya yang ada, mungkin mereka ingat cara-caranya. Akan tetapi, jawapan mereka semua ialah “tidak tahu”. Setelah itu saya cuba ingatkan kembali. Dan ternyata tidak berhasil.

Sewaktu mencari bahan-bahan rempah di dalam kotak, ternampak serbuk kunyit. Dalam hati saya berkata, “ini kot yang wat nasi jadi kuning..” Tanpa fikir panjang, saya tumiskan sekali serbuk kunyit bersama tumisan tadi, campur air sedikit sehingga menggelegak, kemudian campur dengan nasi. Apabila melihat nasi tadi menjadi kekuningan, saya menghembuskan nafas panjang. Dalam hati memuji diri sendiri, “jadi jugak nasi goreng aku..” hingga terlupa untuk mencuba apakah rasanya.

Sewaktu ingin menghidangkan, salah seorang teman mencuba. Sambil terbatuk dan menjelirkan lidahnya, beliau berkata,

“ dan, ko masak mende ni? ni nasi kunyit la..”

Sahabat yang lain menyelit, “eh, patutlah kuning je aku tengok..”

Apabila kami semua rasa, ternyata rasanya tawar , hamis, dan berminyak. “loh, aku ingatkan letak kunyit.. lupe pulak nak rasa. Hahaha…” jawab saya sambil tergelak. Kemudian diikuti gelak tawa teman yang lain. Maka kesudahannya, membazir satu periuk nasi buang dalam tong sampah.

Setelah kejadian itu, saya belajar sedikit demi sedikit masakan-masakan Malaysia. Alhamdulillah, berjaya akhirnya untuk memasak nasi goreng dan sebagainya.

Sewaktu da`wat daurah tersebut, saya cuma memasak nasi ayam. Walaupun, tidak seenak kedai nasi ayam yang ada di Malaysia, makanan semua berjaya dihabiskan. kata teman yang lain, “ko duk rilek pulak.. kiteorang gi basuh.. “

“beresss..” jawab saya..

P/S : ilmu itu bermacam-macam. Ada yang berpraktikal, ada yang tidak. Maka, yang berpraktikal itu, perlulah kita cuba sendiri untuk mengetahui apakah kita benar faham dengan teori yang diajar. Agar nampak gambarannya. Contohnya, ilmu berkenaan dengan haji, kita tahu kaedah-kaedahnya, tetapi selagi tidak kesana, kita tak akan dapat gambarannya. Maka, jangan mengalah dengan percubaan kali pertama. Berusahalah untuk berjaya untuk kali kedua.

Wallahua`lam..

Wednesday, November 3, 2010

BUAT NOVEL??

Sememangnya terlalu lama tidak meng’update’kan blog ini. Bukan kerana sibuk, tetapi kerana tak tahuapa entry yang perlu di update kan. Mungkin terlalu banyak dalam kepala memikirkan tentang tajuk-tajuk yang sesuai.

By the way, tengah-tengah hujan petang tadi, berjalan pulang dari kampus ke rumah sewa, terlintas tiba-tiba dalam kepala nak buat novel. Sambil dengar nasyid-nasyid yang ada dalam henset ni, tengok sekeliling dapat pulak ilham tajuk apa yang nak buat. Tetapi, bila fikirkan balik, untuk buat novel tu bukanlah semudah yang dijangka. Tutur bahasanya perlulah jelas dan mudah untuk difahami. Apatah lagi ceritanya, perlulah menceritakan yang fakta semata.

Sebenarnya memang lama dah terasa nak buat novel. Kalau bukan novel, mungkin update di blog sahaja. Ini semua adalah ilham sebelum tidur sejak dari bulan puasa tahun 2010 ini lagi. Tajuk yang baru keluar ialah "Selama Hidup Dibawah Naungan Al-Quran dan Perjalanannya". Panjang bukan? Ini cuma tajuk yang spontan.

Rasanya, updata di blog je kot. Rasa tak layak pulak untuk menulis novel ni. Mungkin cerita tentang kehidupan yang dialami sendiri. Perjalanan yang mungkin nampak mudah dari pandangan mata orang lain,tetapi apa yang telah dialami tidaklah semewah yang disangkakan. Ada suka dan dukanya.. Wallahu`alam..

Insyallah kalau ada masa yang kosong, akan saya meng’update’kan blog ini. Esok ada ujian tengah semester pula. Nak update ni pun kena type dalam Word dulu, lepas tu baru copy paste masuk dalam blog. Supaya senang nak edit nanti.

Ok, sampai sini dulu, pendek entry ni. Bila pulak nak update agaknya. Wallahua`lam.

ilal liqa`... Wassalam

p/s : maaf bahasa berubah2. Rasenya pasni kena type dalam bahasa biasa je. Campur2 baku sikit. Asalkan tak rosak bahasa ibonda..^_^