Thursday, December 16, 2010

HOBI DI HUJUNG MINGGU..


( Challet atas bukit..)



(pemandangan dari challet)


( saje2 je nak tunjuk gambar padang kat DUZAK hehe..)

“Dan, bile nak gi Eikenhof lagi?? “ tak sabo aku nak lumbe kude nih.. “ tanya seorang teman..

“Eh..untuk aku 2 kali sebulan ke sana harus tau. Nanti aku bagitau balik “ jawab saya.

Eikenhof, satu kawasan yang terletaknya 5km dari Darul Uloom Zakariyya. Kawasannya yang dipenuhi dengan bukit bukau serta padang tanaman jagung yang besar seluas 2 km. Jadi, kalau nak ke Eikenhof tu, pasti akan melalui padang jagung tu. Tidak lupa juga ada padang ragut untuk haiwan ternakan dilepaskan berdekatan dengannya. Kiranya, Eikenhof ini, dipenuhi dengan ladang-ladang yang menghijau serta kandang-kandang haiwan ternakan seperti lembu,kambing, ayam dan sebagainya. Maka, di situ jugalah terletaknya “Stirrup” iaitu nama tapak perkemahan untuk memburu haiwan dan tapak untuk menunggang kuda. Tapak perkemahan ini sebesar 2-3 km kalau tak salah. Dipenuhi dengan padang-padang yang luas serta bukit bukau. Kalau datang untuk berkemah pada waktu malam, boleh nampak binatang-binatang seperti kijang, kuda belang, seladang dan sebagainya. Tetapi yang pasti, harimau, singa atau yang sama waktu dengannya tu, tak ada di situ. So, tempat yang aman damai dari binatang buas.

Waktu mula-mula naik kuda dulu, memang agak takut. Yelakan, tinggi betul kudanya. Umur sendiri waktu tu pun baru 14 tahun. Lepas tu terdengar pula berita tentang aktor superman pun lumpuh setelah jatuh kuda. Oleh kerana nak ambil pengalaman punya pasal, cuba jugaklah. Beramai-ramai dengan teman se-Malaysia . Kuda yang pertama saya tunggang berwarna putih. Namanya Marsha.

Pada permulaannya tu slow and steady je tunggang kuda. Cuba untuk selesakan dengan kedudukan atas para tu, belajar sikit-sikit macam mana nak ke kiri dan ke kanan. Dan yang penting sekali belajar macam mana nak stop. Oleh kerana masa yang diperbolehkan untuk menunggang hanya selama sejam (tergantung atas pembayaran yang dilakukan), salah seorang senior kami mengajak ramai-ramai ke padang yang terletak di tengah-tengah kawasan tersebut. Sebesar padang bola. Di situlah saya dan teman yang lain, cuba untuk menguji pengetahuan masing-masing tentang teknik menunggang kuda ini dengan berlumba. Subhannallah, cukup menarik sekali sewaktu di atas kuda ketika ia sedang berlari. Rasanya naik motor selaju-lajunya pun tidak akan dapat merasai seperti di atas kuda. Makanya, tidak ada faedahnya merempit. Hehe. Bila dah berjaya menungang kuda dengan laju, hilanglah semua rasa takut-takut yang pernah menyelubungi diri. Alhamdulillah..

(namanya Marsha)

Selepas dari hari itu, kerana rasa terlalu seronok menunggang kuda, saya sendiri menetapkan jadual untuk menunggang kuda 2 kali sebulan. Sebenarnya, nak ikutkan tiap-tiap minggu nak pergi. Tetapi pembayaran yang perlu dilakukan agak mahal untuk sejam. Setiap tahun akan meningkat sebanyak 10 rand = rm 5. Cukupla 2kali seminggu tu. Boleh dikatakan sudah menjadi hobi saya untuk menunggang kuda. Rasanya tak boleh kira dah beberapa kali menunggang.

Kerana terlalu kerap sekali saya ke sana, hinggakan tuan tanah itu sendiri sudah mengenali diri saya. kadang kala, dia memberikan waktu extra sejam untuk menunggang kuda secara percuma. Sebagai ganjaran kerana sering datang beramai-ramai.

Setiap kuda mempunyai level-levelnya. Ada yang beginner, ada yang medium, dan yang terakhir expert. Yang beginner ini, sesuai untuk orang yang baru pertama kali menunggang kuda. Sedikit malas dan tidak begitu pantas larinya. Yang medium pula, kuda yang sedikit jinak, kadang kala itu malas, tetapi ia berlari dengan laju. Dan yang terakhir, expert, sesuai dengan levelnya, kuda yang agresif, sukar untuk dikawal dan larinya juga agak kencang. Seringnya saya hanya menunggang yang medium. Pernah sekali saya diberikan kuda yang expert. Oleh kerana terlalu ganas, saya terjatuh sekali dan langsung dipijak olehnya. Alhamdulillah, cedera yang saya alami tidak begitu teruk. cuma luka di badan di tangan. Selepas itu terasa fobia untuk memilih yang expert.

Tetapi, yang menariknya, lepas kejadian itu, setiap kali saya datang ke sana, pasti akan ada seekor kuda ini yang akan menghampiri saya. Sangat jinak. Seakan saya ini tuannya sendiri. Setelah diperhatikan, ternyata kuda yang sama itulah pernah menjatuhkan saya. Mengapa ia begitu jinak tiba-tiba, wallahu`alam hingga sekarang saya sendiri tidak tahu. Oleh kerana kejinakkannya itu, saya memberanikan diri untuk menunggangnya sekali lagi. Alhamdulillah, memang tidak ada apa-apa yang berlaku. malahan, kuda ini amat mudah untuk dikawal sedangkan ia adalah kuda berlevel expert. Oh ya, kuda ini bernama Ziggy. Maka, setiap kali ke sana, kuda itulah yang sering tunggang hingga ke akhirnya.

( ini lah Ziggy.. tinggi jugak.. )

Kini, semua itu sudah tinggal kenangan. Sudah lama meninggalkan negara selatan itu. Wallahu`alam, tidak tahu bila lagi akan ke sana. Ada juga cuba untuk mencari tempat ternakan kuda di Malaysia. Ternyata tidak sebebas seperti sana. Dengan kawasannya yang kecil dan waktu masa untuk menunggang sangat terhad. Cuma di Terengganu, di pantai teluk ketapang, dapat saya melepaskan rasa rindu untuk menunggang dengan bebas di tepi pantai, setelah sekian lama tidak menunggang. Rasa saying sekali hobi yang ada ini ditinggalkan begitu sahaja. Terasa seperti ingin membeli dan menternak kuda sendiri. Tetapi, semestinya kos penjagaan kuda ini tidak semudah yang dijangka. Takat ini, cukuplah sekadar menunggang sekali sekala di ketapang, itu pun sekiranya pulang ke kampung di Kuala Terengganu.

Wallahua`lam..

( yang ni kuda lain pulak.. namanya, Casper.. dan yang sebelah tu, nama dia Naufal. keh3..nama kuda tu xingat dah.)

P/S : Menunggang kuda juga dapat melancarkan peredaran darah di dalam badan. Seluruh otot akan bergerak. Makanya, kita juga akan berasa sedikit keletihan setelah menunggang kuda. Lihat betapa indahnya sunnah Nabi Saw, bukan sahaja terasa nikmat dengan beramal dengannya, malahan dapat menjaga kesihatan kita sendiri. sama-samalah kita mengamalkan sunnah Nabi Saw, walaupun tidak dapat mengamalkan kesemuanya, sekadar kemampuan kita juga ada pahalanya.

- Pernah sekali waktu ingin melihat kuda sepupu bonda di Terengganu, kebetulan di kandang yang sama ada kuda milik Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan. Sayangnya kuda milik Sultan Mizan tidak begitu sihat. Tak dapat nak cuba menunggangnya. ^_^

Wednesday, December 15, 2010

SAYA & NASYID...


Seindah sedamai pantai melambai gemalai
begitulah hati merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir basah di simbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawana
berseri ukhwah dipupuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana.

-Secerah pawana-

Lagu inilah yang membuatkan diri ini meminati nasyid hingga sekarang. Zaman kegemilangan kumpulan Nada Murni mendendangkan bait-bait kata yang cukup indah lagi bermakna. Kemudian setelah beberapa tahun, menyusul pula kumpulan RAIHAN dengan album pertamanya “Puji-pujian”. Waktu ini, lagi dahsyat aura nasyid ni. Setiap kali dengar je, tangan mesti nak berkompang sekali. Tengah makan ke, dalam kereta ke, or mana-mana je, mesti berkompang. Sampai kene marah dengan bonda pun ada. Ye la kan, bising satu hal, pastu, bekas-bekas makanan jadi mangsa kompangnya. Lagi-lagi meja makan. Sedap bunyinya bila di palu. Tapi bila ketuk kompang betul, sikit pun tak menjadi. Hehe. So, dari sekolah rendah, hingga ke luar negara pun, semangat nasyid ni tak hilang.

Tapi, waktu di africa, kebetulan berangkat ke sana lepas raya. So, lagu paling fames waktu tu, lagu “ Lebaran Aidilfitri “ gabungan ahli-ahli kumpulan nasyid. Antaranya, Raihan, Yassin Brothers, Man Bai dan ramai lagi. Memang terus beli kesetnya. (pakai walkman je dulu..^_^) dengan harapan boleh dengar puas-puas di asrama. Tapi, sayangnya, baru seminggu dengar, terus kene rampas dengan ust. Pelik juga pada mulanya, kenapa kene rampas pulak. Dengan dalam bilik je pun, bukan kat kelas. Bila tanya balik ust tu, dia jawab,

“ no music allowed in this place.. don`t you know it`s Haraam?? “

Lagi terkejut dengar jawapan ni. Kenapa tiba-tiba haram pulak? Oleh kerana speaking waktu tu memang fail, tak nak la tanya banyak soalan. Terus balik bilik. Lama lepas tu, barulah tahu, rupanya ada perbezaan pendapat tentang musik. Pada pendapat sesetengah ulama`, memang musik yang berkaitan dengan gitar dan segala macamnya tidak dibenarkan, kecuali kompang. Dan sebahagian ulama` membolehkan, asalkan ianya tidak melalaikan. Makanya, kurangla mendengar nasyid-nasyid Malaysia waktu di sana. Kalau dengar pun, secara senyap-senyap. So, bukan bermakna tidak ada nasyid di south africa. Di mana-mana juga ada. Cuma tanpa musik. Kadang-kadang sedap juga mendengar versi suara sahaja. Itulah alkisahnya. Dan pada akhirnya, semangat nasyid itu tetap ada walaupun lama tak dengar. Bila dapat pulang ke tanah air, update balik nasyid-nasyid yang tertinggal. Sampai la sekarang.

Akhirnya, waktu belajar di Institut Pengajian Azhar,Klang, terdetik pula dalam hati ingin menubuhkan kumpulan nasyid sendiri. Kebetulan, ada juga yang mempunyi semangat yang sama. Maka, kebetulan pada tahun 2008, ada majlis “Malam Kesenian Islam” di Klang. Maka ada jemputan untuk membuat persembahan. Waktu itulah, terwujudnya sebuah kumpulan nasyid dari mahasiswa Institut Pengajian Azhar yang dinamakan FIL-HEART.

Fil-heart adalah slogan dwi bahasa, yang terdiri dari bahasa Arab yaitu Fi- في yang bererti “dalam” atau “di dalam”, dan Heart dalam bahasa ingris yang bererti “Hati” . apabila di terjemahkan kedalam bahasa melayu, terbentuklah ia menjadi “ dalam hati “.

Kumpulan ini bukanlah sebuah kumpulan yang formal. ianya diwujudkan hanya untuk membuat show undangan khusus, sekadar untuk memeriahkan majlis sahaja. Maka, ia tidak mempunyai album sendiri, studio sendiri dan sebagainya. Persembahan yang pernah dilakukan setakat ini, Cuma 3 sahaja.

Yang pertama, pada tahun 2008, di “Malam Kesenian Islam” Klang,

Keduanya, pada tahun yang sama juga, di Balai Umum, di Klang juga,

Dan yang terakhir, pada tahun 2009, di Karnival Keusahawanan & Pertanian, Anjuran kerajaan Selangor, di Klang.

(persembahan pertama, 2008)

( jemputan kerajaan Selangor, 2009)

Inilah hasil dari semangat yang terbina dari kecil. Walaupun tidak banyak yang dapat dipersembahkan, dapatlah juga serba sedikit pengalaman bersama teman-teman seperjuangan. Tidak mementingkan suara semata, tetapi dengan harapan, dapat menyampaikan bait-bait dakwah kepada saudara sesama islam yang lain. Itulah di antara tujuan utamanya sehingga sekarang.

Dan alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah taala, dengan limpahan rahmat dariNya, setelah sekian lama tidak bergerak kerana berada di negara jiran, terdapat juga jemputan dari teman-teman Indonesia yang menjemput untuk tampil ke hadapan mereka dengan mendendangkan nasyid-nasyid Malaysia di Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah. Dengan persembahan yang telah dilakukan, selain dari penyampaian meseg dakwah Islami, kami juga berjaya mengeratkan lagi ukhuwah bersama teman-teman Indonesia. Dan syukur Alhamdulillah, dengan penampilan anggota baru, dapat juga membuat sedikit persembahan di Kedutaan Besar Malaysia Di Indonesia, baru-baru ini.

Kiranya, secara automatik banyak pengalaman-pengalaman baru telah diperolehi sewaktu di sini. Dengan semangat yang dahulunya kompang menggunakan meja, tupperware dan sebagainya, kini mencuba sendiri menyampaikan pesanan-pesanan dakwah kepada yang lain. Begitu juga dengan teman-teman yang lain.


( di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia,

Malaysian Festival 2010 )

Wallahu`alam..

P/S : sesungguhnya, setiap manusia yang bernyawa, di mana sahaja mereka berada, pasti akan ada sesuatu yang baru akan mereka hadapi. Itulah yang akan menjadi pengajaran kepada diri. Sekiranya tersalah guna, perbaikilah ia.. dan sekira baik, hiasi lagilah ia.. kerana itulah manusia akan sentiasa belajar sehingga akhir hayatnya.. ^_^

- Bukan untuk promosi yer.. hehe.. sekadar perkongsian..

- Terasa juga nak buat album, tapi rasa tak mampu lagi pulak...