Thursday, August 20, 2009

TAMRIN TAHUN AKHIR ( KALI KE 6 )

( wajah2 mereka yg menceriakan program )


( wajah sheikh2 kabir )

Alhamdulillah, setelah mendapat keputusan dari KUDQI, setiap pelajar tahun akhir di maklumkan untuk menghadiri TAMRIN yg mana menjadi satu kewajipan kepda pelajar tahun akhir di setiap tahun. Walau jauh mana pun, WAJIB HADIR..

Tamrin ini berlangsung di Basung, hulu terengganu yg dihadiri seramai 56 peserta ini bermula selepas maghrib pada 10 ogos 09 bersamaan dengan 18 syaaban 1430, yang dimulai dengan solat maghrib berjemaah dan tahlil arwah selepasnya setelah mendapat berita bahawa salah seorang dari penaja Tamrin ini telah kembali kerahmatullah pada petangnya. Semoga beliau dicucuri rahmat dari Allah taala dan diluaskan liang lahadnya. Al fatihah untuk beliau..

Selepas isya`, program bermula dengan ucapan perasmian oleh Ust Kamaruzaman, pensyarah KUDQI dan merangkap sebagai Ketua Hal Ehwal Pelajar di KUDQI. Dengan ucapannya yang bertajuk “KONSEP UBUDIYYAH” itu agak sempoi tetapi berbisa membuatkan kami menjadi lebih bersemangat dalam menempuhi segala mujahadah dalam program ini. Selepas ucapan perasmian, program untuk malam itu ditangguh sementara dengan ice breaking dan tadabbur surah al isra`.

SELASA : 11 ogos 09 ( HARI KEDUA )

( dari kiri : khairul-Pengarah program. safwan-Ajk program..kot.hehe )

Pada pukul 4:30 pagi, program bermula kembali dengan hidangan solat tahajjud, taubah, hajat dan witir 3 rakaat 1 salam tetapi dua tahiyyat.. ( imam sobri hehe ). Kemudian solat subuh yg diimami oleh ustaz azahari, merangkap peserta paling tua dalam tamrin.

Selepas solat subuh, program kami berterusan dengan sajian kuliah subuh, yg telah diberikan dari undian-undian nama peserta dan ditakdirkan nama Mua`z Bin Abd Aziz terkena sebagai pengkuliah yg bertajuk “PALESTIN”. Walaupun dari paras rupanya tampak macam orang yg biasa, tetapi kuliahnya yg boleh dikatakan sebagai warm up pada pagi itu menyebabkan peserta yg lain menganggap dirinya luar biasa.

Selepas itu, barulah kami dihidangkan dengan sarapan pagi yg telah dimasak oleh kaki dan tangan ajk program dan juga merangkap sebagai junior. Walaupun agak sederhana, tetapi makanan itu telah memberikan kekuatan kepada kami. Syukran kepada chef-chef junior kami yg berjaya memujuk perut kami yg agak sensitive dalam memilih makanan ini.. hehe…

Kemudian kami diberikan masa untuk beriadhah dan mandi di sungai yg berhampiran sambil bersenam yg diketuai oleh Sheikh Najmi Aiman.

Tepat pukul 9 pagi, program telah diambil alih oleh Ust Nik Mohd Nor Bin Hamzah, bekas pensyarah KUDQI. Beliau mengambil slot yg bertajuk “KONSEP AMAL JAMA`i DAN IJTIMA`i. Banyak yg beliau coretkan untuk kami bertentangan dengan faedah-faedah hidup berjemaah dan menceritakan tentang matlamat sebenar perjuangan yg mempunyai dua konsep:

1- KHUSUS: kerana Allah taala
2- UMUM : - untuk memperbaiki diri.
- Untuk membina keluarga islam
- Untuk membimbing masyarakat
- Untuk membina sebuah Negara Islam

Banyak lagi yg beliau luahkan pada kami. Kami amat-amat berterima kasih dengan ceramah yg beliau telah berikan.

Selepas tamat slot yg pertama untuk hari yg ke2 itu, program disambungkan semula ke sesi lakonan debat antara pelajar bermasalah, ibubapa, guru, pihak NGO, dan kerajaan. Perdebatan yg bertajuk “MASALAH SOSIAL, PUNCA SIAPA” itu dimulakan oleh Ust Azahari dengan membedil pihak ibu bapa atas ketidak tanggung jawab mereka dalam menjaga anak-anak mereka dan sebagainya. Dan semua pihak melaksanakan tanggung jawab mereka dalam menyelesaikan masalah pelajar tersebut.

Selepas solat zohor, kami diberikan masa untuk berehat kerana pengkuliah untuk slot yg ke2 tidak dapat hadir kerana masalah yg tertentu. Selepas asar, seperti biasa kami beriadhah hingga ke lewat petang dan akhiri dengan makan malam.. Selepas magrhib, kuliah maghrib di samapaikan oleh Ridhuan Mohd diatas cabutan nama-nama peserta yg hadir.

Kemudian selepas solat isyak, program diberikan kepada Ust Azman Shafawi, merangkap timb ketua pemuda pas negeri untuk menyampaikan slot yg ke3 yg bertajuk “ RINTANGAN DALAM PERJUANGAN “ beliau menceritakan tentang ujian-ujian yg bakal dihadapi oleh pejuang Islam dianataranya ialah :

1- Ujian dari orang kafir
2- Ujian dari orang munafiq
3- Ujian dari keluarga dekat atau jauh.
Dan beliau juga membantu kami dengan memberitahu jalan-jalan penyelesaian jika berhadapan dengan ujian-ujian tersebut. Selepas tamat slot yg ke3 itu, kami akhiri malam yg ke2 itu dengan tadabbur surah al isra` dan muhasabah diri.

RABU : 12 ogos 09 ( HARI KETIGA )

Pada pukul 4 pg, seperti biasa, jamuan solat tahajjud, taubat dan witir dilaksanakan serta diakhiri dengan desert solat subuh mengenyangkan kami. Dan selepas itu, kuliah subuh digantikan dengan forum perdana yg dilakonkan oleh peserta cabutan bertuah yg bertajuk jenayah dan pernikahan. Forum perdana tersebut telah membantu kami untuk membuka mata yg separuh tutup atas gara-gara ahli penalnya yg amat berapi isi kandungannya. Terima kasih buat ahli-ahli penal.

Kemudian, senaman pagi luar biasa yg diketuai oleh Sobri dan Luqman iaitu senaman Tai chi yg agak ada gaya dan agak menjadi sikit-sikit..hehe. Dan seterusnya riadhah dan sarapan pagi yg bersederhana. Seterusnya program diberikan kepada Ust Nik Zawawi, merangkap Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas Pusat untuk menyampaikan slot yg bertajuk “TARBIYYAH JIHAD”.

Antara isi-isi penting yg beliau tekankan kepada kami ialah :

1- Jangan terbatas dengan university.
2- University adalah kunci atau asas ilmu sahaja.
3- Ilmu itu hendaklah dicari hingga ke tahap jihadiyyah.
4- Barulah dapat merasa kepentingan ilmu dan halusilah ilmu dengan sempurna

Dan beliau juga menekankan untuk menghidupkan jemaah dan usrah-usrah. Agar tidak berlaku pepecahan antara satu sama lain.

Program seterusnya ialah aktiviti menjual barang dagangan. Dua kumpulan yg menjadi sebagai peniaga dan pembeli dan 1 kumpulan sebagai pemerhati. Motifnya ialah untuk melihat cara-cara peserta melangsungnya jual beli yg berkonsepkan Islam dalam masyarakat umum.

Selepas tamat aktiviti jual beli itu, kami ditontonkan tayangan yg bertajuk “SIKSAAN KUBUR” hingga ke azan zohor. Dan selepas solat zohor, peserta muslimat dihantar ke kawasan perkampungan untuk usrah dan peserta muslimin diberikan masa untuk berehat hingga ke asar untuk mencari bahan-bahan rujukan kerana setiap peserta muslimin telah satu surau untuk memberikan kuliah selepas solat maghrib.
Setelah pulang dan surau-surau, tidak ada program yg akan berlangsung dan kami dizinkan untuk tidur awal kerana kami akan dikejutkan untuk kembara malam pada awal pagi.


( antara peserta2 muslimat )


KHAMIS : 13 ogos 09 ( HARI KEEMPAT )

Tepat pukul dua pagi kami dikejutkan. Dan kami dibawa ke satu jalan yg menghala ke tasik kenyir yg mana setiap muslimin akan dilepaskan seorang-seorang dan untuk muslimat dilepaskan tiga orang dalam satu kumpulan sambil memegang sebatang lilin. Dan kami diarahkan untuk jalan terus dan jangan belok-belok tanpa arahan.=)


( semangat2 untuk kembara malam )

Kami dikumpulkan di satu tempat yg berhadapan dengan tasik kenyir dimana ditempat itu juga kami menyesaikan solat tahajjud, hajat dan witir secara berjemaah. Seterusnya solat subuh yg diimamkan oleh Ust Kamaruzzaman dan kuliah subuh yg terakhir darinya. Kemudian pulang untuk sarapan dan bersiap untuk majlis penutup program.

Majlis penutup pula disampaikan oleh Ust Saiful Bahri, merangkap Timb Pesuruh Jaya k.terengganu. Beliau menerangkan apakah kurniaan dari Allah taala kepada manusia. Dan antaranya ialah :
1- Iman.
2- Aqal . untuk membezakan antara yg baik dan yg buruk.
3- Nafsu.
4- Hati.

dan beliau juga menekankan kepada kami untuk hidup berjemaah dan saling membantu antara satu sama lain. Agar tidak hilang ukhuwah dan akan mendapat banyak manfaat ketika hidup berjemaah.

Setelah tamat ucapan beliau, program ditutup dengan lagu tema yg telah disediakan sambil bersalaman antara satu sama lain.


( wajah2 muslimin tahun 3 sesi 2009 )

Alhamdulillah, walaupun tempatnya agak sederhana, kami memperolehi banyak pengalaman dan pengajaran dalam program tersebut. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih terutamanya kepada Al fadhil Ust Kamaruzzaman yg menjemput kami untuk menghadiri program. Dan tidak lupa juga pengarah dan pengerusi serta fesi-fesi dan ajk-ajk program, walaupun kalian ini junior kami, tidak fakta yg mengatakan bahawa junior tidak boleh me’ngontrol’ senior.kerana kita semua adalah manusia bersama-sama akan memperjuangkan agama Islam tercinta ini.

Akhiran, Semoga usaha kalian tidak menjadi sia-sia dan agar kalian lebih berjaya akan datang dari kami..

Wallahu`alam

P/S :
- kepada pengarah program dan sahabat-sahabat, ana nk mintak maaf sebab xbanyk bersuara dalam program kerana xbeberapa sihat waktu program. tibe2 demam pulak da...

- dan kepada makhluk2 yg ganggu ana waktu kembara malam tu, berhati2 la len kali yer.. hesteria gak anak org...ngeh2..

Monday, August 17, 2009

UJIAN UNTUKKU....

Ya Allah ya tuhanku,

Tidakku nafikan bahawa Engkaulah yg maha kuasa,

Tidakku nafikan Engkaulah yg menciptakan langit dan alam semesta,

Dan tidak juga ku nafikan Engkaulah yg maha esa..


Ya Allah ya tuhanku,

Engkaulah yg maha pencipta,

Engkaulah yg menentukan qada qadar manusia,

Engkau lebih mengetahui apa yg ku tidak tahu,

Dan tetapku beriman dengan segala ketentuanMu..


Allahumma Rabbi,

Apakah diriku ini insan yg terhina,

Apakah diriku ini insan yg alpa,

Apakah diriku ini insan yg telah termaktub namanya di pintu neraka.

Namun tidak sanggupku untuk,

Ke nerakaMu Ya rahman..


Memang ternyata diriku hambaMu yg lemah,

Terpesong kearah jalan yg penuh berdosa,

Kegelapan yg tidak ada walaupun secebis cahaya,

Setiap langkah hanya menyungkurku semata-mata..


Namun tidak ku berhenti berusaha,

Mencari sinaran bak mutiara,

Di taman yg berduri,

Serta dipenuhi haiwan berbisa..


Ku bersyukur padaMu Ya Rahman,

Ku temui sinar yg berkilau,

Terpancar ke wajah dan qalbuku,

Yg telah lama membuta,

di alam kegelapan..


Walaupun hanya secebis cahaya,

Ianya mampu mengubah langkahku,

Dari merangkak ke berdiri,

Dari berdiri ke berjalan,

Dari berjalan ke berlari padaMu..


Namun,

Ku diuji kembali,

Cahaya yg datang kian pergi,

Apakah kerna dosaku Ya Rahman,

Apakah kerna lekaku lagi Ya Rahim,

Terbuktilah diriku hambaMu yg lemah..


Ku berdoa padaMu Ya Allah,

Moga dikurniakan kekuatan dan kesabaran,

Agar redha dengan segala ujian,

Menempuh dengan segala ilmuan..


Ku akur dengan ketentuanMu,

Ku percaya ada hikmah yg akan berlaku,

Menguji keimanan di dada ku,

Sesungguhnya engkau sentiasa disisiku..


Semoga ujian ini mengajarku,

Bahawa teman ini sekadar membantu,

Untuk mencari hidayah dan keredhan dariMu,

Dan mengajar erti pautan hanyalah padaMu...


Wallahu`alam..

Tuesday, August 4, 2009

IMAM AHMAD BIN HANBAL YANG CINTAKAN ILMU..

Pernah berlaku bahawa beliau kadangkala ingin keluar menuntut ilmu sebelum terbit fajar. Ibunya meminta supaya melewatkan sedikit sehingga manusia bangun dari tidur..

Pada mulanya, beliau menyalin kitab-kitab yang berdasarkan kepada pemikiran dan menghafalnya. Kemudian beliau tidak lagi menatapinya bahkan lebih gemar mempelajari hadis. lantaran itu, beliau mula mengumpulnya dari beberapa tempat pada tahun 179H.

Sungguhpun miskin, beliau sanggup mengembara ke Mekah, Madinah, Syria, Yaman dan beberapa tempat lagi hanya untuk menuntut ilmu. Sejauh manapun punca ilmu itu berada, beliau akan tetap pergi ke sana walaupun untuk beberapa kali.

Pada satu masa, Imam Ahmad mengembara dari Baghdad ke Syria unutuk belajar dengan seorang perawi hadis yang masyhur di sana. Setibanya beliau di sana, beliau mendapati perawi yang masyhur itu sedang memberi makan kepada seekor anjing. beliau duduk dan menunggunya. Namun perawi itu tetap juga memberi makan kepada anjing itu hingga beliau jemu..

Setelah perawi itu selesai memberi makan kepada anjing tersebut, perawi itu berpaling kepadanya dan berkata:

"Boleh jadi engkau rasa hendak marah kepada aku."

"Ya." Imam Ahmad menjawab.

Lalu perawi itu pun berkata:
" Di negeri kami tidak ada anjing, anjing ini telah mengikuti aku dan meminta makanan dan makanan dari aku. Sudah tentu ia sedang lapar dan dahaga. Dan aku telah menunaikan hajatnya.. "

" Aku pernah mendengar suatu hadis daripada Abi Az-Zanad daripada Al-Araj dan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah saw pernah bersabda: 'sesiapa yang tidak menunaikan hajat orang yang berhajat, Allah tidak akan menunaikan hajatnya di hari kiamat kelak.."

Lalu Imam Ahmad tersenyum dan berkata :
" Hadis ini sudah cukup untukku.."

kemudian beliau pulang ke Baghdad..

Tidak hairanlah jika Imam Ahmad sanggup mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Walaupun untuk satu hadis, beliau sanggup memerangi segala rintangan yang menghalang beliau untuk menuntut ilmu samaada berbentuk naluri dan fizikal.

Namun bagaimanapun, kewajipan untuk menuntut ilmu itu ada termaktub di dalam hadis Nabi saw iaitu :

"طلب العلم فريضة على كلّ مسلم ومسلمة"
" Menuntut ilmu itu adalah fardu untuk setiap muslim dan muslimah.."

Semoga kita tidak jemu untuk menuntut ilmu di dunia ini, walau sejauh mana ilmu itu berada.. Bukan kerana kita ilmu menanti, tetapi kerana ilmu kita mencari..

Wallahu`alam..

Saturday, August 1, 2009

ILMU...

Kalau engkau hendak menemui aku

Turutilah jalan ku jangan jalanmu

Jalanmu jalan nyata

Jalan ku jalan rasa


Berjalanlah engkau pada jalanmu

Dan aku akan berjalan pula pada jalanku

Ushakan kita sejalan, engkau dan aku

Supaya tercapai yang di tuju


Kalau engkau mengatakan kita sejalan

Engkau harus dapat membuktikan

Bukti yang dimaksudkan

Ialah kesanggupan untuk menurutkan.


Engkau mempunyai keinginan

Aku mempunyai kesanggupan

Engkau di luar aku di dalam

Tempat mu di kiri aku di kanan


Berjalanlah engkau pada jalanmu

Untuk menjumpai aku lebih dahulu

Dalam perjalanan kita bertemu

Engkau dan aku


Aku yang engkau jumpai diperjalanan

Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan

Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam

Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan


Berjalan pada jalanku

Berarti engkau besertaku

Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku

Aku yang selama ini terahsia bagi mu.