Saturday, November 21, 2009

RUMAH ANAK MALAYSIA DI JAKARTA

"bu', jangan lupa ajak pak mukhtasar ke rumah untuk jamuan nanti ya..."kataku pada ibu yuyun. " baik dong.. nanti aku pesan pada pak mukhtasar.." jawabnya..

Ibu Yuyun, jiran saya dan merangkap sebagai wakil renter rumah sewa kami di sini. salah seorang rakyat Indonesia yang mula-mula kami kenal. Banyak information yang kami perolehi dari beliau, samada berkenaan tempat, shopping mall dan sebagainya. Musykil juga pada mulanya, kerana beliau bisa memahami pertuturan kami yang masih fresh dari malaysia ini, terutamanya dari terengganu. Akan tetapi, tuturan beliau tidak dapat kami pahami. Dikit-dikit itu bisalah.. Rupanya, beliau ada menyewakan balik rumahnya kepada student-student malaysia. Padan la..

Setelah beberapa hari menetap bersama jiran-jiran Indonesia ini, kami dapat bertutur sedikit demi sedikit. Bahasanya seperti bahasa baku di Malaysia. Walaupun agak sama, ada beberapa perkataan yang mereka gunakan dalam istilah jawa. itulah yang agak merunsingkan kami untuk sementara. Alhamdulillah, dalam kuliah, lecturernya ( Dosen) tidak menggunakan istilah-istilah jawa.

Ketika berlakunya kekecohan antara Malaysia-Indonesia, jarang sekali kali keluar ke bandar untuk membeli bahan rumah. Jiran-jiran telah memberitahu kami untuk tidak keluar kemana-mana buat sementara waktu. Mereka mengatakan bahawa, orang-orang yang membuat kekecohan di bandar itu adalah mereka yang inginkan publicity media. Suka memperbesarkan hal-hal yang kecil. Alhamdulillah, kawasan kami ini cukup memahami keadaan yang berlaku disekitar. Tidak ada sedikit pun permusuhan bersama anak-anak malaysia disini. Sama juga dengan tempat lain. Tidak semua setuju dengan demo-demo yang berlaku di bandar.

Rumah-rumah disini, tidaklah tersusun rapi seperti di Malaysia. Jika ada tempat yang sesuai untuk membina rumah, mereka akan bangunkan. Maka, susunan rumah-rumah disini amatlah rapat. Amat jarang sekali untuk melihat kawasan rumah yang bertaman, berpagar dan sebagainya. Laluan yang ada cukup untuk laluan motor dan pejalan kaki. Di Malaysia, tanah yang mereka miliki adalah khas untuk mereka yang berhak sahaja. tidak boleh dijadikan laluan umum walaupun untuk pejalan kaki. Akan tetapi, di sini, laluan yang ada adalah untuk semua. Tidak ada yang khas melainkan di dalam rumah. ( agaknya, sebab tu la kot bondaku selalu bising kat umah..haha)

Satu ketika, selepas raya aidilfitri yg lepas, kami ada mengadakan satu jamuan kesyukuran untuk semua pelajar malaysia yang tidak pulang ke tanah air, dan untuk jiran-jiran tetangga kami. Maka, makanan yang dihidangkan ialah nasi ayam dan kuih-kuih buatan malaysia. Apa yang menarik ketika ini ialah, orang indonesia ini, hanya makan nasi dengan ayam sahaja. Sup yang ada hanya la di jadikan seperti minuman. Mereka lebih suka kekeringan dari berkuah. Jika membeli makanan disini, mereka cuma menyediakan lauk-lauk sahaja. satu ketika, sewaktu kami terlewat untuk bersahur, kami turlupa untuk membeli sup bakso untuk dijadikan sebagai kuah. akhirnya,terpaksa berkuahkan air mineral untuk tidak luak ketika bersahur.

Alhamdulillah..sekarang ini sudah masuk bulan yang ketiga. Kenalan-kenalan dari sini juga sudah ramai. Tidak ada masalah lagi untuk kemana-mana. Itulah antara keistimewaan hidup diperantauan.. Walaupun hanya 1jam sahaja dari malaysia, tetap merasakan diri di negara orang.

Sekarang, sedang menghadapi musim hujan. Salah satu ujian yang perlu hadaspi ialah terpaksa meredah hujan selama 15 minit untuk ke fakultas. Hujan yang begitu lebat menyebabkan orang yang berpayung juga basah kuyup. apatah lagi orang yang tidak berpayung. ( tuan blog xsempat2 lagi nak beli payung..haha ) walau bagaimana pun, karena ilmu, kami sentiasa berkorban..(hehe)

itulah serba sedikit tentang keadaan kami disini. Lagi 2bulan kami akan berhadapan dengan ujian akhir semester. Tuan blog dan teman disini amat mengharapkan doa-doa kalian untuk kejayaan kami. dan doakan kesejahteraan kami jua..
Wallahua`lam..

No comments: