Monday, July 27, 2009

PERSOALANNYA...

Nabi Muhammad saw diutuskan untuk membentuk kerajaan Islam bertunjangkan iman, aqidah dan taqwa dan membebaskan manusia-manusia dari jahiliyyah. Dengan pertolongan dari Allah taala dan Al-quranNya, baginda berjaya menempuh segala halangan dan rintangan yang diletakkan dihadapan baginda. Malah baginda berjaya menarik hati-hati manusia untuk berikrar bahawa tiada tuhan selain dari Allah taala dan baginda adalah pesuruh Allah taala…

Ummah nabi Muhammad saw pula diamanahkan oleh baginda untuk memperluaskan agama islam antara satu sama lain. Nabi saw bersabda,

“ummatku adalah ummat yang terbaik dari ummat yang lain..”


Sabda baginda juga,

“barang siapa yang tidak mengikuti sunnahku, maka bukanlah mereka dari ummatku.”


Digolongan manakah kita??


Bintang diciptakan sebagai perhiasan di alam semesta,

Awan diciptakan sebagai tempat untuk berteduh,

Bukit diciptakan sebagai paku di bumi,

Setiap ciptaan Allah taala ada tujuan dan kebaikanya..

Maka apakah kita diciptakan tanpa tujuan??


Firman Allah swt,

"وما خلقت الجنّ وإلانس إلا ليعبدون"

“ tidaklah aku menjadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadat kepadaku..”


Apakah kiita diciptakan sekadar untuk menikmati keindahan alam??

Firman Allah taala,

"إن الذين امنوا وعملوا الصلحت كانت لهم جنّت الفردوس نزلا خالدين فيها"

“ sesungguhnya bagi org yang beriman dan beramal soleh adalah syurga firdaus, yang menjadi tempat tinggal mereka kekal selamanya..”


Syurga manakah pilihan kita? Di syurga firdaus atau di syurga bumi yang hanya sementara??

Sama-samalah kita renungkan..=)

No comments: